" Apa maksud kau. Aku tidak pernah punya kuasa seperti apa yang kau katakan. Aku cuma manusia biasa," Tania mulai risau saat mengetahui kuasa yang ada padanya.

"Aku Rebecca," katanya memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangannya. Namun tidak disambut Tania. Dia mengerti bahawa Tania masih lagi terkejut.

" Aku adalah seekor labah-labah malang yang telah ditangkap dan dikurung oleh penghuni rumah ini sejak 1 dekad yang lalu. Aku hampir sahaja terbunuh apabila salah seorang daripada mereka cuba membakar aku menggunakan kanta pembesar,"  Kata Rebecca, bercerita tentang masa lalunya.

" Pada ketika itu satu kejadian aneh terjadi. Suasana tiba-tiba menjadi gelap dan penghuni rumah ini tiba-tiba lenyap. Hilang secara tiba-tiba . Tambah pelik lagi aku bisa bertahan selama ini di dalam balang yang kau pecahkan. Aku juga telah memerhatikan kau dari hari pertama kau menjejakkan kaki ke sini. Dengan harapan kau akan melepaskan aku tapi kau tidak bisa melihat mahupun mendengar aku," katanya sedih.

" Apabila kau bersedih dan berduka, suasana akan menjadi gelap gelita dan semua tumbuhan menjadi layu dan kering. Adakalanya apabila kau bahagia, tumbuh-tumbuhan di sini akan tumbuh menjalar, dan bunga - bungaan akan mekar indah.. apabila kau marah.. suhu akan menjadi panas dan mendidih. Kau merupakan kejadian kedua yang aneh yang pernah hadir di rumah ini.," Dahi Tania berkerut mendengar ceritanya. Sukar untuk mempercayainya.

" Malam tadi aku sangka itu merupakan malam terakhir buat aku. Aku tidak dapat menahan kepanasan yang membahang dalam rumah ini. Tapi.. aku berjaya terlepas daripada kurungan apabila balang itu pecah kau baling dengan buku. Darah kau yang mengalir akibat terluka mengenai aku,  memberikan kesembuhan pada aku," katanya lagi.

" Jadi terimalah hadiah daripada aku. Aku punya 4 pasang mata. Sepasang aku berikan kepada kau. Aku masih punya 3 pasang mata lagi, " katanya menamatkan ceritanya sambil menggengam erat kedua-dua belah tangan Tania.

" Terima kasih kerana memberikan peluang kebebasan ini kepada aku.
Aku telah lama ingin pulang dan berjumpa keluargaku ," Tania tergamam. Tania seakan tidak percaya akan apa yang telah terjadi. Rebecca memeluknya sebelum beredar meninggalkannya.

 Rebecca memeluknya sebelum beredar meninggalkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 TANIAWhere stories live. Discover now