S2 [8] Hud Sakit?

Start from the beginning
                                    

"Ok." Jawabku. Aku oun terus mendungkung Wallif

~°~

Setelah selesai memakaikan Wallif baju, Wallif pun terus berlari ke arah Tok Aki yang sedang duduk santai di sofa ruangtamu.

"Wallif jangan lari!" Jeritku pelan. Kalau jatuh lagi, tak taulah.

Aku pun terus pergi ke dalam bilik.
Kelihatan Hud sedang duduk di birai katil sambil mengenakan baju tidur petak-petak yang berwarna hitam putih.

Itu adalah baju tidur yang dihadiahkan oleh mama untuk kami. Aku pun ada sama macam Hud.

"Hud.." Panggilku pelan lalu duduk di sisinya. Hud memandangku dengan pandangan kosong.

"Hud sakit ke?" Tanyaku. Aku menyentuh dahi Hud. Panas!

Aku mengerutkan dahiku setelah terlihat dahi Hud.

"Kenapa dahi Hud bermerah ni?" Tanyaku.

"Tadi Hud terhantuk dekat pintu bilik air.." Jawab Hud lemah. Aku sungguh terkejut.

"Hud ni! Lain kali hati-hatilah!" Marahku. Kalau Wallif tu aku masih boleh terima sebab Wallif masih kecil. Hud ni entahlah.

Aku mengeluh kecil. Hud ni kalau dah sakit memang manja sikit.

"Hud bukannya sengaja.." Jawab Hud pelan lalu memegang kiriku. Aku menyentuh lagi dahi Hud menggunakan tangan kanan.

"Hud demam ni.." Aku tak jadi nak marah. Entah macam mana Wallif tahu Hud sakit. Sedangkan tadi dia ikut Harris pergi ke pekan.

"Hud nak rehat.." Hud baring lalu memejamkan matanya. Namun Hud masih menggenggam erat tangan kiriku.

"Hud.." Panggilku pelan. Macam manalah aku nak gerak kalau macam ni. Dah lah aku belum mandi lagi.

"Mia nak panggil Wallif kejap." Kata Mia. Hud hanya mengangguk lemah.

"Nanti Mia letak ubat kat dahi Hud dengan Wallif ya. Mia panggil Wallif dulu." Akhirnya Hud melepaskan genggamannya di tanganku. Aku pun terus berdiri dari dudukku lalu pergi ke ruang tamu.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 10:30 malam.

Tok Tok Tok!

Aku mencelikkan mataku kerana terdengar pintu bilik di ketuk dari luar. Takkan Tok Aki?

Aku membuka menarik tanganku dari genggaman Hud. Aku turun dari katil lalu pergi ke pintu bilik. Aku membuka pintu bilik, kelihatan Wallif berdiri di depan pintu bilik sambil memeluk patung beruangnya.

"Mama.. Baba mana?" Tanya Wallif. Mesti Wallif rindu Hud sebab kebelakangan ni dia jarang bersama dengan Hud.

"Baba dah tido, Baba demam." Jelasku. Wallif terus memegang tangan kananku.

"Boleh tak Wallif tidur dengan Baba dan Mama?" Tanya Wallif. Aku mengangguk. Wallif masuk ke dalam bilik lalu baring di tengah katil. Dia memeluk lengan Hud dengan erat.

Aku menutup pintu bilik lalu pergi ke katil. Aku baring di sisi Wallif. Agak sedikit sempat kerana katil kami tidak terlalu besar. Wallif meletakkan kakinya di perut Hud memberikan aku sedikit lagi ruang.

"Baba.." Panggil Wallif pelan. Namun Hud masih belum bangun.

"Baba..." Panggil Wallif lagi sambil memegang pipi Hud. Aku duduk terus duduk lalu menyandarkan belakangku di kepala katil.

"Baba.. Bangun.." Wallif masih cuba untuk membangunkan Hud. Penatnya aku tidurkan Hud tadi, senang-senangnya je dia bangunkan.

Dia tak tau ke Baba dia ni kalau dah sakit manja tahap tak boleh bincang dah.

"Baba.." Panggil Wallif.

"Hmm.." Akhirnya Hud bersuara.

"Baba bangun." Wallif menyentuh pipi Hud. Akhirnya Hud membuka mata. Mia tergelak kecil.

Hud tersenyum lalu mencium dahi Wallif.

"Baba peluk." Kata Wallif. Hud pun terus memeluk tubuh kecil Wallif.

"Badan Baba panas." Kata Wallif. Hud hanya mengangguk.

"Mia tidolah." Kata Hud saat terlihat aku yang sedang duduk sambil menyandarkan belakangku di kepala katil. Aku pun terus baring.

Sempit macam ni, macam mana nak tido?

Hud memegang tanganku. Tangan Hud masih terasa panas. Macam mana lah boleh demam? Takkan sebab jatuh kan kandang angsa pula?

Aku tergelak kecil bila teringat cerita Hud pagi tadi. Hud ni ada-ada jelah. Aku mengusap tangan Hud dan berdoa semoga Hud cepat sembuh.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now