S2 [30] Hud Balik Kl

1.2K 97 0
                                    

Mia duduk termenung di tangga rumah selepas melihat kereta Hud keluar dari perkarangan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia duduk termenung di tangga rumah selepas melihat kereta Hud keluar dari perkarangan rumah.

"Assalamualaikum Mia." Kelihatan Harris memberi salam.

"Waalaikumsalam Harris." Mia menjawab salam Harris.

"Hud mana?" Tanya Harris.

"Hud balik Kl kejap, ada kerja." Jelas Mia.

"Ohh naiklah, tak elok Mia duduk dekat tangga ni. Nanti kena gigit nyamuk." Kata Harris. Mia tersenyum.

"Harris fikir Mia ni masih budak-budak ke?" Tanya Mia. Harris membalas senyuman Mia.

"Harris selalu kena gigit nyamuk sebab duduk dekat tangga tau." Jelas Harris. Nyamuk kalau ingin mengigit tidak akan mengira usia. Tua atau muda, sama saja bagi nyamuk.

"Wallif mana?" Tanya Harris, kerana dah tenghari tapi Wallif belum pergi ke rumahnya. Harris sudah berjanji ingin membawa Wallif ke kolam umie untuk tengok kura-kura lagi.

"Wallif dekat atas, masih sedih sebab Hud balik KL." Kata Mia.

"Harris naiklah dulu, Wallif ada tu dekat ruang tamu." Kata Mia lalu dia berdiri dari duduknya. Mereka berdua pun terus masuk ke dalam rumah.

"Tok Aki." Sapa Harris sebelum menyalam tangan tua Tok Aki. Tok Aki hanya tersenyum.

"Wallif." Panggil Harris saat melihat Wallif yang sedang terbaring di atas sofa ruang tamu.

"Pakcik Harris.." Panggil Wallif pelan. Baru sekejap Hud pergi, Wallif sudah merindui Hud.

"Kenapa ni?" Tanya Harris. Wallif bangun lalu pergi ke arah Harris. Harris terus mendukung tubuh kecil Wallif.

"Baba balik KL." Kata Wallif tanpa senyuman di bibirnya.

"Baba ada kerja kan, nanti Baba Wallif balik lah tu." Pujuk Harris. Mia hanya tersenyum memandang Harris yang sedang memujuk Wallif.

"Wallif dah lupa?" Tanya Harris.

"Lupa apa?" Tanya Wallif. Memang sah Wallif sudah terlupa dengan janji mereka hari ini.

"Kan Wallif nak ikut pakcik Harris pergi kolam umie tengok kura-kura." Kata Harris.

"Wallif dah lupa." Wallif tergelak kecil.

"Jom tengok kura-kura!" Kata Wallif bersemangat.

"Jom!" Akhirnya Harris berjaya memujuk Wallif.

"Mia, Tok Aki saya bawa Wallif pergi kolam umie kejap yaa." Harris meminta izin pada Mia dan Tok Aki.

"Yelah." Kata Tok Aki.

"Hati-hati." Pesan Mia.

"Mestilah hati-hati, kan Wallif." Kata Harris pada Wallif.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now