S2 [36] Jangan Tinggalkan Mia

2.5K 102 0
                                    

Mia mencelikkan matanya dan mendapati dirinya sudah baring di katil rawatan Hud

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia mencelikkan matanya dan mendapati dirinya sudah baring di katil rawatan Hud. Mia yang cemas terus duduk di atas katil.

"Hud!" Panggil Mia. Mia melihat ke kiri dan kanan namun Hud tidak juga kelihatan.

"Hud.." Jantung Mia berdegup kencang, dia tidak tau kenapa dia berada di atas katil Hud tadi. Mia turun dari katil lalu pergi ke pintu bilik rawatan Hud. Belum sempat Mia membuka pintu rawatan itu, pintu itu sudah terbuka dengan sendiri.

Ternyata Hud yang membuka pintu itu dari luar. Hud pun masuk, langkahnya terhenti saat Hud melihat Mia yang sedang berdiri di depan pintu.

"Hud!" Mia terus memeluk Hud dengan erat. Hud tersenyum lalu membalas pelukan Mia.

"Sayang.." Hud mengusap pelan rambut Mia. Mia sudah menangis teresak-esak di dada Hud.

"Hud.." Mia masih lagi memanggil nama Hud.

"Yaa sayang." Jawab Hud lagi.

"Jangan tinggalkan Mia lagi.." Mia masih menangis di dada Hud.

"Hud takkan tinggalkan Mia lagi." Hud memejamkan matanya sambil mengeratkan pelukannya.

"Mia takut sangat." Mia menangis teresak-esak. Tiba-tiba air mata Hud mengalir di pipi. Dia masih ingat dengan jelas saat melihat Mia di ikat pada kerusi hari itu.

Hud menyesal kerana telah meninggalkan Mia. Kalau dia tidak pergi ke KL pasti semua ini tidak terjadi. Katanya dalam hati.

Hud meleraikan pelukannya lalu menatap wajah Mia. Hud mencium dahi Mia lama lalu mengesat air mata Mia menggunakan ibu jarinya.

"Hud duduklah.." Kata Mia, dia baru teringat yang belakang Hud masih cedera.

Hud pun terus duduk di birai katil.

"Belakang Hud masih sakit?" Tanya Mia lalu dia duduk di kerusi sebelah katil Hud.

"Sakit sikit." Jawab Hud kerana tidak mahu membuat Mia risau padanya. Mia memegang tangan Hud. Hud tersenyum menampakkan gigi arnabnya.

"Hud ok." Kata Hud sambil mengusap lembut tangan Mia.

"Hud pergi mana tadi?" Tanya Mia.

Tok tok tok!

Belum sempat Hud menjawab, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu rawatan Hud. Tiba-tiba pintu terbuka lalu Wallif masuk ke dalam bilik rawatan Hud bersama Puan Shila, Puan Sofia dan Encik Ilham.

"Baba! Mama!" Wallif terus berlari ke arah Hud dan Mia lalu memeluk Hud. Hud tersenyum sambil mengusap rambut Wallif.

"Alhamdulillah." Kata Puan Sofia saat melihat Hud yang sudah sedarkan diri.

"Mia.. Mummy ada bawa sarapan ni, Mia makanlah dulu." Kata Puan Shila.

"Baik Mummy." Kata Mia namun dia masih belum melepaskan genggamannya di tangan Hud.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now