MIA : SPECIAL

16.9K 749 27
                                    

Hud POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud POV

"Hud.. " Panggil Mia lalu Mia duduk di sebelahku. Mia memandangku dengan pandangan pelik. Datang bulan lah ni.

"Kenapa? Period ke?" Tanyaku.

"Yaa.." Jawabnya lalu melihat ke arah tv. Dah agak dah.

"Mia nak makan apa?" Tanyaku. Mia kalau dah period, dia akan berkelakuan pelik macam orang yang tengah mengandung tu.

"Mia.. Tak nak makan apa-apa.." Jawab Mia. Pelik, bulan lepas Mia nak makan gula-gula je. Setiap hari mesti beli gula-gula.

"Oh, betul ke?" Tanyaku inginkan kepastian.

"Yaa.. Hud.." Panggilnya. Pandangan kami bertemu.

"Yaa?" Tanyaku.

"Pergilah mandi lepastu jangan pakai minyak wangi yang Hud tengah pakai ni. Mia rasa sakit hati.. " Katanya. Dia melihatku dengan pandangan kosong.

"O.. Okey.." Jawabku pelan. Bulan ni Mia akan berkelakuan pelik lagi...

~°~

Saat berada di dapur, tiba Mia mendekatiku. Pasti Wallif dah tidur.

"Hud tengah minum apa?" Tanya Mia. Dia berdiri di sebelahku.

"Teh.." Jawabku ringkas.

"Ohh.." Mia melihat cawan yang berisi teh itu. Macam nak termuntah pun ada juga.

"Kenapa ni? Mia okey?" Tanyaku. Aku menyentuh dahi Mia untuk memerikasa suhu.

"Teh Hud tu busuk betul lah.." Dia menutup hidungnya lalu pergi meninggalkan aku sendiri.

"Bukan tadi pun Mia minum teh ke?" Tanyaku sendiri.

Selepas selesai minum teh, aku pun terus pergi bilik. Kelihatan Mia sedang baring di atas katil.

Aku baring di sebelah Mia lalu memejamkan mataku.

"Hud.. " Panggil Mia pelan. Aku mencelikkan mataku.

"Yaa?" Tanyaku. Mia melihatku pandangan kami bertemu.

"Boleh buatkan Mia teh?" Tanyanya. Mia buat muka sedih.

"Kenapa Mia sedih ni?" Tanyaku risau. Aku mengusap pelan rambut Mia.

"Mia nak minum teh.. Tapi Mia nak Hud yang buatkan." Jawabnya pelan.

"Bukan Mia tak suka teh ke tadi? Kalau Mia muntah macam mana?" Tanyaku risau.

"Tak, tapi Hud jangan letak teh tu dalam cawan ya.." Katanya lalu tersenyum.

"So nak letak kat mana??" Tanyaku pelik.

"Kat mangkuk.." Katanya. Aku mengerutkan dahiku. Yang bukan-bukan jelah Mia ni.

"Mia, are you okey?" Tanyaku. Mungkin Mia cuma bergurau kan?

"Sebab kalau letak dekat cawan, teh tu jadi busuk.." Jelasnya dengan yakin. Aku memandangnya lama. Ikutkan jelah kemahuan Mia.

"Okey, but kiss me first." Kataku. Mia terus mencium pipiku.

Aku tersenyum menampakkan gigi arnabku.

"Nak teh je?" Tanyaku.

"Yaa.." Jawabnya singkat.

"Betul?" Tanyaku lagi.

"Yaa, cepatlah.." Mia dah nak marah.

"Betul ni?" Tanyaku lagi. Mia terus mencubit lenganku kuat.

"Ah! Okey, okey. Hud gurau je lah." Aku mengusap lenganku yang terasa sakit.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now