[6] Mimpi Ngeri

42.8K 1.8K 54
                                    

Aku mencelikkan mataku, kepalaku masih terasa sedikit pening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mencelikkan mataku, kepalaku masih terasa sedikit pening. Aku dekat mana ni?

"Hud?" Panggil mama. Wajah pertama yang ku lihat adalah wajah gembira mamaku.

"Mama.." panggilku pelan. Ternyata aku dah ada kat dalam bilik tidur aku. Aku tak dapat untuk ingat dengan jelas apa yang dah terjadi sebenarnya.

"Bang.. Hud dah sedar.." Kelihatan mama mengoyang-goyangkan tangan Ilham.. Eh, Ilham pula.. Maksud aku Papa.. Mungkin Aku jadi macam ni sebab kepala aku buat hal. Aku gila ke?!

"Maa.. Apa yang jadi pada Hud?" Tanyaku inginkan kepastian yang lebih mendalam sedalam lautan china selatan.

"Hud pengsan tadi.. Tak malu lah Hud ni.. Takut dengan hamster.." Kata mama. Dengar saja nama tikus tu, aku sudah takut. Aku hanya tersenyum kelat.

Aku baru teringat kejadian tadi. Tak sangkah aku pengsan disebabkan benda tu. Mana nak letak muka lepasni?

"Tapi Hud ada dengar suara budak perempuan.." Kataku pelan.

"Hud tak perlu risau tentang tu, selalunya bila seseorng itu terlalu takut dia akan mula berimajinasi." Jelas Roslan yang berkerja selaku doctor peribadiku.

"Hud cuma berimaginasi.." Kata Mama lagi. Aku hanya mengangguk tanda faham. Malas lah nak fikir, benda dah lepas kan. Tiba-tiba aku teringatkan Mia.

"Mia mana?" Tanyaku. Bukannya sebab aku risaukan dia, cuma aku nak tau je dia ada dekat mana sekarang.

Mama, Papa dan doktor Roslan terus meninggalkan aku seorang diri. What? Tak jawab pun soalan aku. Mama menutup pintu bilikku.

Tidak lama selepas itu, pintu bilikku dibuka dari luar lalu kelihatan Mia masuk ke dalam bilikku. Aku terus duduk bersila di atas katil. Mia tidak menutup kembali pintu bilikku.

Aku melihat ke arah bajuku, Mama dah tukar baju aku. Mama selalu macam ni, kalau aku lupa pakai baju tidur mesti mama akan tukarkan. Aku kan dah besar, suka hatilah nak pakai apa kan.

"Fikirkan apa?"

"Maa!" Jeritku kerana terkejut. Aku meletakkan telapak tangan di dada. Sejak bila Mia berdiri dekat sebelah katil aku ni?! Jangan-jangan..

Aku pun terus menarik selimutku lalu bersembunyi di bawah selimut. Mesti dia hantu! Kenapa aku tak fikir dari awal?!

"Ini Mia lah.." Katanya Pelan. Aku memejamkan mataku.

"Bukan!" Kataku, tanganku sudah mula sejuk.

"Ini Mia..." Katanya lagi. Aku dapat rasa yang dia sedang pegang atas selimut aku. Aku pun terus turun dari katil lalu berundur selangkah demi selangkah ke belakang. What should i do? Mia, You make me crazy!

Ada dapat rasakan belakangku sudah menyentuh dinding bilik.

"Hud ni dah kenapa?" Mia pergi ke arahku. Kini dia berdiri betul-betul di hadapanku.

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now