[M] SPECIAL CHAPTER

342 23 2
                                    

"Boboiboy!!" Boboiboy menoleh tatkala namanya disebut oleh seseorang. Iaitu Author.

"Kenapa?" soalnya.

"Boboiboy jangan berpecah ye.." - Author

"Hah? Kenapa?" Berkerut dahi Boboiboy mendengarnya.

"Adalah.. Nanti kau tahu jugak.." ujar Author, mengundang perasaan pelik dalam diri Boboiboy.

~~~

Beberapa jam kemudian, Boboiboy baru sahaja balik dari rumah Cikgu Papa kerana Boboiboy kena tolong Cikgu Papa bersihkan halaman rumahnya.

Pintu dibuka dari luar. Boboiboy menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenape gelap semacam ni? Takde elektrik ke?"

Boboiboy menghampiri suis bekalan utama elektrik. Dia kemudian menarik suis (?) berwarna merah ke bawah. Lampu dan kipas mula terpasang dengan pantas. Tatkala Boboiboy pandang ke belakang, dia terkejut.

"SELAMAT HARI JADI BOBOIBOY!!!!! 🎉🎉🎉"

Rupanya, Tok Aba, Ochobot, Gopal, Fang, Yaya, Ying dan Author buatkan kejutan untuknya secara senyap. Dia juga terkejut kerana Cikgu Papa turut berada di situ.

Boboiboy tersenyum gembira. "Korang..."

"Hohohoho... Dah besar dah anak murid kebenaran ni!" Cikgu Papa memeluk bahu Boboiboy dengan perasaan gembira.

Boboiboy mempamerkan senyuman yang paling manis kepada mereka semua. Dia berasa dihargai kerana mengingati hari jadinya.

Dan hari itu hari yang bahagia untuk Boboiboy. Setiap dari mereka berikan hadiah kepada Boboiboy termasuk Author.

"Ape hadiah aku? Author pun nak bagi hadiah kat aku?" soal Boboiboy.

Author mengangguk sambil tersenyum. "Haah.. Author nak bagi hadiah istimewa untuk Boboiboy.."

"Ape dia?" Boboiboy sabar menunggu hadiah daripada Author.

"Nah!" Author memberikan hadiah sekeping gambar Boboiboy waktu kecil iaitu waktu kanak-kanak berusia 5 tahun.

Membulat mata Boboiboy melihatnya. "Dari mana Author dapat ni?!"

"Adelah.. Okeylah, kena pergi dulu.. Bye!" Dan seperti biasa, Author hilang begitu sahaja.

TAMAT








Maaflah kalau tak berapa best sebab takde idea dan Author malas nak taip panjang-panjang. 😂 Apepun, enjoy!







BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now