[M] TRUTH 16 DARE 16

726 40 26
                                    

Dare from @MimiJamahari

"Gempa! Ade dare untuk kau! Dan Gopal!" jerit Thorn.

"Hah, untuk aku dan Gopal?" soal Gempa.

Secara tiba-tiba, muncul Author bersama Gopal. "Author datang ni, cume nak bawa Gopal.. Tu je.." kata Author lalu menghilangkan diri.

"Hah, Gopal! Tepat pada masanya!" kata Thorn.

"Ye.. Aku tahu.. Ade dare.." kata Gopal dengan nada yang malas. Takde mood agaknya.

"Baiklah.. Korang berdua kena makan 10 paket biskut Yaya.." kata Thorn.

Gopal tiba-tiba tersedak, aik, dia ni macam Halilintar jugak? Takde minum apa-apa pun tersedak. Gempa pula hanya mengeluh berat.

"Kau biar betul?!" kata Gopal sambil menggoncang badan Thorn. Apalagi, Thorn terus berasa pening.

"Woi! Adik aku tu!" marah Gempa yang cuba melepaskan pegangan Gopal.

Gopal yang perasan melepaskan pegangannya lalu mengeluh berat. "Okey.. Bile nak mule?"

Thorn yang pening sudah pengsan. Kesian dia...

"Sekaranglah.." kata Gempa yang sudah memaling wajahnya ke arah lain. "Tapi... Sebelum tu..." Gempa memandang semula ke arah Gopal. Gempa kemudian menumbuk perut Gopal.

Perghh, sakit tu... "Kenape kau pukul aku?!" tanya Gopal dengan nada yang marah.

"Tu sebab kau pengsankan Thorn.." kata Gempa dengan selamba lalu pergi ke dapur. Kadangkala, dia ni kejam jugak kan? Terutama kalau orang cederakan adik dia.

Di dapur, Gempa sudah menyediakan 10 paket biskut Yaya. "Baik, jom kita mulakan.."

Gopal sudah menggigil ketakutan nak sumbatkan biskut tu ke dalam mulutnya. "Aku menyerah!!"

"Kalau kau menyerah, kau kena renjatan elektrik Halilintar... Author katalah.." kata Gempa yang sedang bersantai je makan biskut Yaya. Dia ingat tu biskut biasa ke? Biskut Yaya tu! Boleh bawa maut!

"Biarlah!" Gopal memandang Gempa. "Kau... Kau tak pengsan?!"

"Aku dah biasa.. Jadi.... TOLONG DIAM SEBAB AKU NAK HABISKAN BISKUT NI!!!" tengking Gempa.

Gopal menelan air liur. Sudahlah dia kena pukul tadi, sekarang, kena tengking. Kesian...

Gopal pun pergi ke bilik Halilintar. Halilintar membuka pintu biliknya sebaik sahaja mendengar ketukan pintunya.

"Hah, kau nak ape Gopal?" tanya Halilintar yang memegang sebuah buku.

"Aku... Aku menyerah pasal dare aku tu... Jadi..." Belum sempat Gopal memberitahu apa tujuan dia pergi jumpa Halilintar, dia sudah dikenakan renjatan oleh Halilintar.

Apalagi, Gopal pun pengsan di situ. Halilintar pula hanya membiarkan Gopal terbaring di situ. Ish, tak berhati perut langsung.

Berbalik kepada Gempa, dia sudah habis makan 10 paket biskut Yaya. Sekarang, dia tengah minum air kosong. Gempa berjaya menyelesaikan darenya sedangkan Gopal, sudah menyerah. Apelah...

√√√√√√√

"Kapten!!" jerit Author yang tiba-tiba masuk ke dalam rumah Fang dan Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo yang berada di ruang tamu hanya menahan marah. "Ade ape?"

"Ade dare untuk Kapten..." kata Author.

"Dare lagi... Ape dia?" tanya Kapten Kaizo.

"Kapten tak boleh minum air teh hijau.." kata Author.

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now