[M] TRUTH 33 DARE 33

391 32 3
                                    

Dare from GempaIsCool

"Hai Boboiboy!" Probe menyapa Elemental Brothers dengan ceria.

Terkejut Elemental Brothers melihat Probe masuk ke dalam rumah mereka. Apalagi, serang! 😂

Namun, serangan mereka tidak berkesan disebabkan ada perisai di sekeliling Probe.

"Korang ni.. Nampak dia je terus nak serang" Author muncul di belakang Probe.

Elemental Brothers terus berhentikan serangan mereka lalu tersengih. "Author tahu tak, kitorang terkejut kot tengok dia masuk rumah ni" ujar Thorn.

"Jadi, dah kenapa dia datang sini?" soal Halilintar yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Probe di situ.

"Dia tolong bagitahu truth dan dare korang untuk hari ni.." - Author

"Aik? Kenapa? Author sakit ke?" soal Solar pelik.

"Takdelah.. Author pun dapat truth dari peminat korang" - Author

"Oohh.."

"Kejap" Author memetik jari lalu muncul Kapten Kaizo dan Fang di sebelahnya. Kapten Kaizo hanya berpeluk tubuh manakala Fang menayangkan muka menyampah. Tak sukalah tu. 😂

"Baiklah, mari kita mulakan" ujar Probe sebaik sahaja mereka semua duduk.

"Truth untuk Gempa.. Dia kata, menurut Gempa, siapa yang paling susah diatur?" ujar Probe yang membaca pada sehelai kertas.

Gempa memegang dagunya lagak seperti berfikir. "Rasanya Blaze sebab dia yang paling aktif"

Probe mengangguk lalu memandang ke arah Author. "Antara semua ketujuh Boboiboy, siapakah yang Author paling suka?"

"Taufan" - Author

Mata Taufan bersinar. "Yeay!" Yang lain mengeluh.😂

Probe mengangguk faham. "Truth yang ni untuk Kapten Kaizo.. Kapten Kaizo kenapa selalu garang?"

Kapten Kaizo menghela nafas. "Aku garang waktu serius macam pertarungan.. Tapi, aku ada masa untuk berlembut bila aku dan Pang luangkan masa bersama"

"Ooh macam tu" ujar mereka semua sambil mengangguk faham.

"Jadi, sekarang aku dah boleh balik kan?" soal Kapten Kaizo dingin.

"Okey, Kapten dah boleh balik" Author memetik jarinya lalu Kapten Kaizo hilang dari pandangan mereka semua. "Teruskan Probe"

Probe berdehem seketika. "Sekarang dare.. Dare ni untuk Halilintar.. Kau kena bertukar sifat dengan Gempa.."

"Hah? Berapa hari?" soal Halilintar tidak berpuas hati.

Probe memandang ke arah Author. "Author, kat sini takde tulis berapa hari.."

Author menghela nafas. "Kau buat sehari jelah.." Halilintar membalas dengan anggukan.

"Dare ni untuk Fang.. Fang kena jadi macam Taufan.. Kat sini pun takde tulis berapa hari.." ujar Probe.

"Kau pun kena buat sehari dan tinggal kat sini.. Probe, tolong awasi mereka.." arah Author sambil berdiri.

"Baik Author!" Probe mengangkat tangan seperti berikrar tanda akur dengan arahan itu.

Sebaik sahaja Author memetik jari, dia pun hilang seperti asap.

~~~

"Halilintar, aku dan Blaze nak keluar sekejap.. Boleh?" soal Taufan. Dia terpaksa bertanya kepada Halilintar kerana Gempa menolong Ochobot di kedai Tok Aba.

BOBOIBOY'S SIBLINGS: TRUTH OR DARE Where stories live. Discover now