« 16 »

1.6K 221 30
                                    

"Hari ini aku boleh duduk dengan kau kan?" soalan Jungkook membuatkan aku terhenti seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hari ini aku boleh duduk dengan kau kan?" soalan Jungkook membuatkan aku terhenti seketika.

Jungkook juga berhenti,aku menghantar jelingan maut padanya.

"Duduk dengan Soo Hee. Aku nak duduk dengan Jimin." jawab aku,langkah aku dibawa menuju masuk ke kelas dan terus ke meja aku.

"Jimin,duduk sini." panggil aku. Jimin bangun dari tempat duduknya dan duduk di tempat Jungkook seperti arahan aku.

"Sorry,Kook. Bukan hari ni." Jimin menepuk bahu Jungkook,mungkin untuk menenangkan dirinya.

Hati aku membara apabila melihat Soo Hee yang dari tadi tersengih macam orang hilang akal bila nampak Jungkook,tetapi pandangan jijik untuk aku.

Sumpah,rasa nak tumbuk je muka cantik dia.

Cantik pun tak guna. Hati dia kita belum tahu. Tapi dari segi cara layanan dia semalam,aku tahu dia bukan orang yang baik.

Jungkook beredar dan menuju ke tempat duduk Jimin. Soo Hee mula mencari perhatian daripada Jungkook.

Aku yang malas ingin memerhatikan adengan tersebut,terus aku alihkan pandangan. Aku mengeluarkan buku untuk subjek yang akan bermula sebentar lagi.

Aku budak rajin belajar okay.

--

"Hey,Hyomin." aku mendongak apabila nama aku dipanggil.

"Oh,kau. Nak apa?" tanya aku kepada gadis itu.

"Aku nak kau jangan dekat dengan Jungkook." aku membulatkan mata. Jimin juga yang mendengar perbualan kami turut terkejut.

Aku menegakkan diri,duduk dengan selesa.

"Kau siapa nak halang aku berkawan dengan dia? Kau mak dia? Kau kakak dia? You even don't know him. " aku meninggikan suara sedikit tapi masih mampu dikawal daripada didengari oleh rakan sekelas yang lain.

Bibir aku mnegukirkan senyuman sinis apabila Soo Hee diam tidak berkata. Dia mengetap bibirnya rapat,lantas dia bergerak ke temat duduknya semula.

Aku tersenyum puas,pandangan aku jatuh pada wajah Jimin. Jimin juga tersenyum riang setelah melihat aku membalas pedas kata amaran si Soo Hee.

Punggung aku labuhkan semula pada kerusi. Tiba-tiba ada segumpal kertas dilemparkan ke atas meja aku.

Aku melihat dari mana datangnya surat itu.

Jimin menunjukkan ke arah Soo Hee melalui isyarat matanya.

Gumpalan kertas tersebut aku ambil dan buka. Ada mesej yang ditulis oleh Soo Hee di dalamnya. Ya,mungkin Soo Hee.

Kalau kau tak ikut apa yang aku kata tadi,taulah apa yang akan jadi nanti. Beware,Hyomin. Don't play fool with me.

-Kang Soo Hee

Kertas tadi aku renyukkan semula,lalu aku simpan di dalam beg. Biar menjadi bukti bahawa dia telah mengugut aku.

Risau kalau kalau Jungkook akan termakan dengan kata-katanya nanti,adalah bukti ingin aku tunjukkan.

"Dia cakap apa?" Jimin mendekat telinganya ke arah aku menyuruh aku  berbisik memberitahu isi kertas tadi.

Aku tertawa kecil melihat gelagat Jimin. Mengalahkan budak kecil.

"Yah,Jimin-ah. Aku tak perlu bisik bisik. Dia cakap,"Kalau kau tak ikut apa yang aku kata tadi,taulah apa yang akan jadi nanti. Beware,Hyomin. and bla bla bla bla~~" jawab aku dengan nada yang saja aku gedikkan.

Ikut rentak si Soo Hee.

Kesian,dah tak ada kawan tu carilah. Bukannya rampas kawan baik aku. Menyemaknya lahai.

Jimin tertawa mendengar jawapan aku.

"Serius dia kata macam tu?" aku hanya mengangguk membalas soalan Jimin. Jimin menyambung gelaknya kembali.

--

tbc

[ ᴄ ] ʙᴇsᴛғʀɪᴇɴᴅ [ᴊᴊᴋ+ᴘᴊᴍ]✔ [ DIBUKUKAN ]Where stories live. Discover now