Special MSDME 6

9.6K 491 24
                                    


HARRAZ merebahkan kasar tubuhnya di atas katil. Nafasnya kian tak teratur apabila teringat kembali mesej Aysyafie.

-Syafie-

Cepat jadi matang Zaf. Kau lambat, Reen mungkin berubah hati...

Dia tak matang kah? Serasanya dia sudah cukup matang untuk menguruskan keluarga sendiri. Bekerja dengan bersungguh - sungguh kerana isteri dan anak - anaknya.

Harraz memejam matanya. Tangan kanannya diletak pada wajah melindungi cahaya yang merobos masuk ke dalam biliknya.

Dari dulu hidupnya hanya kerana Ayreena. Kekuatannya hanya kerana isterinya. Tak mungkin dia mampu menerima kenyataan jika isterinya membuatkan keputusan untuk menarik diri dari hidupnya.

Kasar keluhan dilepaskan.

Panas hati bila ada lelaki jauh lebih baik cuba memikat isterinya. Kalau nak diikutkan api amarahnya, mahu saja dipaksa isterinya tinggal bersamanya.

Harraz membetulkan tubuhnya di atas katil apabila terasa katil dinaiki seseorang.

Cepat saja dia berpura tidur tatkala merasakan tubuh kecil anak kembarnya bersentuhan dengan tubuhnya.

Rahang Harraz dicium - cium Aydeel buat Harraz simpann senyum. Tubuh kecil Aydeen pula naik menindih tubuhnya. Tak henti bibir nipis itu mengucup pipi dan rahangnya.

"Papa angun...", Kata Aydeen kuat sambil melekapkan tapak tangannya pada dada bidang si ayah.

"Hey, kenapa kacau papa? Papa penatlah". Harraz membetulkan duduknya. Tubuh Aydeel diperbetulkan sedikit. Tubuh Aydeen yang berada di atas dadanya diletakkan di atas perutnya.

"Napa papa tak ebel denan tami?" Soal Aydeel sambil terkebil - kebil merenung wajah kosong si ayah.

"Tami yicau!" Laju Aydeen menambah kata - kata si abang.

Harraz simpan senyum.

"Kenapa Deel dan Deen nak risaukan papa? Bukan Deel dan Deen seronok ke bila papa tak membebel?" Soal Harraz semula.

"Tami cuta tenok papa ebel. Besh". Celah Aydeen dengan wajah teruja. Gigi yang baru ditumbuhi beberapa batang gigi.

Harraz ketawa kecil.

Pandai pula anak kembarnya ini memujuk dirinya.

"Papa tenapa muta papa cedih? Papa licau acal abang yang anggil mama antik tu te?" Soalan Aydeel buat tawa Harraz mati.

"Tak adalah. Buat apa papa nak kisah sangat?" Nafi Harraz sambil tersenyum kelat.

Kepala kedua - dua anak kembarnya diusap lembut. Bulat mata kedua - duanya merenung wajahnya.

"Deel... Deen", Harraz menyeru lembut anak kembarnya.

"Pa papa?" Soal kembar nakal itu serentak.

"Andai kata lelaki yang puji mama cantik tu akan ganti tempat papa suatu hari nanti... Deel dan Deen terima tak?" Soalan Harraz buat wajah kembar nakal itu berubah masam.

"Tak cuta!"

"Menci!"

"Kenapa pula? Takkan Deel dan Deen tak suka lelaki yang sempurna dan jauh lebih baik dari papa?" Soal Harraz lagi.

"Tami cuta papa yang tuat ebel. Tami tamau papa bayu!" Bentak Aydeel.

Aydeen yang berada disisi abang kembarnya laju saja mengangguk mengiakan kata - kata si abang.

Harraz tersenyum kecil.

Senang hati mendengar jawapan anak kembarnya. Nampaknya dia masih lagi mempunyai ranking yang terpenting dalam hati anak kembarnya.

Special  MSDME (B3)Where stories live. Discover now