"Nama sebenar aku ... Kim Jong Dae,"

"Siapa yang memanggil aku??, "

"Cuma aku, abang aku, ibu bapa kandung aku, bonda dan dia saja yang tahu namaku yang sebenar," bisik hatinya.

Alex, keluar dari tempat persembunyiannya. Dari tadi dia di situ kerana takut bertarung dengan pelajar lain. Dia terpaksa keluar juga kerana situasi tegang itu. Dia terkejut melihat Tania yang terbaring berlumuran darah.

Alex cepat-cepat memangku kepala Tania. Dia panik. Dia ingin menjerit meminta bantuan namun dihalang Tania. Tania menggenggam kuat baju Alex.

"L!! Buka pintu ni!!," Nauto masih lagi mengetuk kuat pintu tandas itu dari luar.

Tania dan Alex saling berpandangan.

" L takde kat sini. Aku takut nak keluar. Aku tak mau bergaduh ,"  jerit Alex dari dalam tandas.

Tanpa balasan kedengaran tapak kaki Nauto berlari menjauhi tandas itu.

" To..to..long .." kata Tania terketar -ketar.

" Aku nak tolong kau tapi macam mana?"  Alex masih lagi panik.

" Tolong buka balutan di da..dada aku. Aku tak..tak boleh bernafas, " Menuturkan permintaannya tercungap-cungap.

Alex membuka balutan di dada Tania. Alex terkejut melihat susuk tubuh perempuan Tania. Namun yang lebih menjadi tumpuannya ialah luka di dada tania. Luka itu berdarah tanpa henti.

Alex membuka jaketnya dah menekan luka itu menggunakan jaketnya untuk menghentikan pendarahan. Namun luka itu berdarah tanpa henti. Tania semakin pucat.

Tania mula tidak sedarkan diri , jantungnya berhenti berdegup, Alex mula panik, dia menampar-nampar lembut pipi Tania agar terus sedarkan diri, namun tidak berjaya. Alex mula memberikan bantuan pernafasan seperti yang dibelajarnya kepada Tania. Dia melakukan CPR kepada Tania, berulang kali tanpa putus asa.

Alex mula menangis. Sambil melakukan CPR..

" L !! Bangun L !!, jangan tinggalkan aku, " Katanya dalam tangisan.

Kedegang...!!! Kedengaran pintu tandas ditendang dari luar.. Nabe dan Nauto tanpak cemas. Alex segera menutup dada Tania yang terdedah menggunakan jaketnya. Alex meneruskan bantuan CPR nya tanpa memperdulikan Nabe dan Nauto.

" L!! Bangun L .." air mata Alex semakin deras menuruni pipinya. Namun Tania tetap tiada respon. Tubuhnya semakin sejuk dan pucat.
Alex terhenti apabila menyedari dia tidak mendapat respon lagi daripada Tania.

Alex memeluk tubuh Tania dengan erat sambil menangis.

Nabe dan Nauto panik.

" No!! Please don't die. You're the only person that care about me from the very beginning.. even though you  do it secretly..i know, i know it all.. please don't leave me, I have nobody here. Please wake up, "  tangisnya lagi.

" I promise you, i will protect you, i do whatever i can.. please open your eyes. I'll risk everything, even with my own life. I can even sell my soul to the devil. Without you here, I don't think I can survive," air mata Alex menitik, mengalir pada luka di dada Tania.

Luka itu hilang, sembuh serta merta.

Alex masih lagi menangis. Nauto menumbuk dinding tandas itu dalam linangan air mata. Nabe pula cuba menenangkan Nauto.

" Aku tak patut libatkan L dalam hal ini. Aku tak sanggup kehilangan lagi, " Katanya meratapi pemergian Tania.

Nabe mula berlinangan air mata juga.

Alam lain

" Kau beruntung kerana masih ada orang yang perlukan kau di sisi mereka. Aku akan tunaikan  permintaan Alex. Dia akan sentiasa bersama kau bagi melindungi kau.. jika dia melanggar janjinya maka  nyawanya sebagai ganti." Kata Shadow kepada Tania

" NO!! Don't you ever dare do that !! Cukuplah aku dengan perjanjian aku. Jangan kau menjerumuskan lagi orang lain dengan janji palsu kau.!, " kata Tania memarahi Shadow.

" Tania..Tania.. kau tau kan. Kewujudan aku adalah apabila manusia mula terdesak dan  meminta-minta pertolongan di saat-saat sukar, tipis dan sulit sekali untuk mendapatkan bantuan. Dengan adanya aku, aku bisa membantu mereka.," kata Shadow dengan penuh bangga.

" Tidak , kau salah. Kau hanya mematerai janji tanpa kerelaan dan persetujuan mangsa. Kau hanya menambah beban ," kata Tania lagi.

" Kau harus ingat Tania, kau tak akan bernafas sampai sekarang tanpa bantuan aku. Ingat tu ?! Tanpa aku jasad kau mungkin akan terus tenggelam ke dasar sungai tanpa ada siapa yang tahu, tanpa  pengkebumian, tanpa ada doa- doa yang mengiringi pemergian kau, "  ayat-ayat pedas dari shadow itu  membuatnya terkesima seketika.

" Aku tak pernah rela dengan kehidupan abadi yang telah diberikan kepada aku. Aku tak pernah minta untuk dihidupkan semula. Kau punca segala ini terjadi. Kau juga yang menyebabkan memori kehidupan aku berselerakkan ke serata dunia. Kau ikat jantung aku dengan mentera kau agar aku tidak bisa melawan kau. Kau sengaja berbuat demikian bukan? Untuk melengah-lengahkan aku. Apa yang kau peduli adalah kuasa yang ada pada aku. Kau iri dan terkejut kerana aku bisa mengawal dan menerima kuasa ini bukan? Kerana kau tidak berani menanggung risiko kerana kuasa ini akan menghancurkan perumahnya, tetapi ajaibnya aku terselamat. Apa aku ini hanya bahan eksperimen kau? Kau terkejut bukan kenapa manusia biasa seperti aku bisa mengawalnya ?," Marah Tania panjang lebar.

" Hahahahha!! Tentu saja aku tahu kau bisa mengawalnya. Sebab kau juga bukan manusia. Kau sama sahaja seperti aku. Adalah satu kebanggaan bagi aku dapat membuktikan lagenda itu benar. Kau sudah terlambat Tania, terima saja nasibmu yang telah tertulis. Hahaha!! " Shadow ketawa dengan kuat dan terus menghilangkan dirinya.

"Tunggu!!!!!!," Teriak Tania.

Tiba-tiba roh Tania seolah-olah diserap masuk kembali ke tubuhnya.

Tangan Tania mula bergerak. Matanya perlahan-lahan dibuka.

"Shadow..!"




 TANIAWhere stories live. Discover now