Bab 5

24 3 1
                                    

-Laila
Kau siapa?

-Unknown
Aku rasa engkau jatuh motor je,tak amnesia lagi kan?

Amboi...pedasnya bahasa...
Dengan perangai macam ni aku dah tahu dah kau siapa.

Sejak bila pula aku bagi nombor telefon?
Cis! Ini mesti dia tengok diary kerja aku haritu.Sudahlah segala maklumat penting tertulis di dalam itu.

Memandangkan dia baru sahaja dapat gaji,Laila bercadang untuk mencari kucing jalanan untuk dikasikan.

"Kamu guna jelah kereta mak tu,mak ni bukannya nak pergi mana-mana pun..." kata Che Itam.

"Orang pinjam harini je mak sebab nak bawak kucing..." balas Laila.

Che Itam sudah naik pening memaksa Laila menggunakan kereta miliknya.Ada sahaja alasannya untuk mengelak membawa kereta.Laila tetap berdegil hendak membawa motosikal arwah suaminya.Walaupun Laila agak brutal,dia tetap anak perempuan yang disayanginya.Ibu mana yang tidak risaukan anaknya.

Laila mengambil kunci kereta Proton Saga milik ibunya di atas meja kopi.Lokasi sasarannya hari ini ialah sebuah restoran makanan Thai yang tidak jauh dari rumahnya.Banyak kucing yang dibuang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di situ.Semasa sedang comel dibelai-belai,bila sudah semakin besar mahu dibuang pula.

"Banyaknya kucing terbiar kat sini..." Laila mengeluh seorang diri.

Laila mengambil totebag yang terisi makanan kucing.Dia memberi kucing-kucing tersebut makan.Gelojoh sekali mereka makan.Setelah semuanya selesai makan,Laila mengambil seekor kucing jantan dan bawa ke dalam kereta.Setibanya di klinik haiwan,dia memasukkan kucing tersebut dalam carriage.Kucing jantan lebih mudah untuk dijaga selepas pemandulan kerana cuma menjalani minor operation.Proses penyembuhan juga jauh lebih cepat berbanding kucing betina.Ini salah satu usahanya untuk mengurangkan populasi kucing supaya stray cat berkurangan.

Setelah berurusan dengan staf klinik,Laila terus pulang ke rumah.Kucing yang hendak dikasikan perlu ditinggalkan semalaman di klinik kerana kucing perlu dipuasakan sebelum pembedahan.

^^^

Wak Jeril,Eka dan Sya tunggu di pondok tempat kebiasaanya mereka lepak.Hanya Naim sahaja yang tidak menonjolkan diri.Asalnya,mereka mendapat universiti yang berlainan.Tetapi tiga sekawan itu sama-sama meminati diploma seni lukis dan seni reka.Hasil rayuan pertukaran dalaman,disini mereka berada.Di pusat pengajian yang sama.

"Mee goreng yang aku suruh kau bagi Naim semalam dia makan ke?" tanya Sya kepada Wak Jeril.

"Em aku yang habiskan semalam weh.Dia kata dia tak terima rasuah." balas Wak Jeril sambil mencebik bibir.

"Aku dah pesan,jangan buat hal.Kan dah kena palau.Kau tahu kan Naim tu lelaki tanpa cinta..." sampuk Eka.

Sya membuang pandangnya pada pen yang berada di tangannya.

Sampai begitu sekali kau tak sukakan aku Naim?

^^^

Dalam perjalanan pulang ke rumah,Laila singgah di Taman Rakyat.Dia menikmati udara segar sambil duduk di atas sebuah kerusi kayu.Acap kali dia memikirkan tentang kehidupannya.Melihatkan sahabat-sahabatnya menyambung pelajaran,kadang kala terbit rasa cemburu.Ini kelemahannya.Suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain.
Tapi tidak mengapa,lain orang lain kisah hidupnya.Lantas Laila menuju ke kereta dan terus pulang ke rumah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta BulusWhere stories live. Discover now