Bab 2

28 5 2
                                    

Usai solat Jumaat,Naim terus ke rumah Laila.Sengaja dia mahu bersua muka dengan gadis comel itu.Meskipun satu flat,susah benar mahu melihat kelibat Laila.Rindu semakin menebal.Ada hal penting juga hendak diberitahunya tentang rancangan Sabtu ini.Sambil menyelam minum air.
Terer mencari peluang,ini baru Naim!

Assalamualaikum!

Mendengar suara Naim mengetuk pintu,Laila segera mencapai tudung sarung untuk menutup rambut ikal mayangnya.
Naim yang sudah lama mengenali keluarga itu dijemput masuk oleh Laila dan Che Itam.Naim mengambil tempat di hadapan Laila di meja makan.

"Naim nak bubur kacang tak? Mak boleh hidangkan." ujar Che Itam.

"Boleh je mak,perut ni muat lagi kalau nak diisi..." seloroh Naim.

Naim memang sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya.Lihat sajalah bagaimana Che Itam selesa menggelarkan dirinya 'mak'.Che Itam menuju ke dapur dan meninggalkan dua sekawan itu untuk berborak.

"Weh,esok ikut aku jom.Pro Diet ada anjurkan aktiviti 'Feed Stray Cat' kat Shah Alam."

Laila yang memang excited bab-bab kucing ini hampir saja menjerit keriangan.

"Yesss sape je lagi yang join?"

"Eka,Sya dengan Wak Jeril ready dah nak join."

Cun...

"Esok jangan lupa bawak baju spare nanti kau berpeluh.Haaa air kosong pun bawak takut kau haus nanti..." Naim mengingatkan Laila.

Macam nasihat anak nak pergi camping je uolllssss...

Laila teringat akan adiknya,Najmi.Pasti dia teruja mahu ikut.Tapi esok dia ada latihan bola...

"Nah,bubur kacang untuk anak-anak mak."

Terdengar suara ibunya,Laila berhenti dari lamunan.Mereka pun makan sambil berborak memecah kesunyian...

^^^

Langit cerah dan awan yang berkepul menjadikan Hari Sabtu itu sebagai hari bercuaca baik.Sesuai benar dengan aktiviti sukarela yang bakal mereka lakukan pada hari ini.Selepas berbincang dalam group WhatsApp malam tadi,semuanya bersetuju untuk tunggu di Restoran NZ Corner.Untuk menjimatkan minyak dan mengurangkan pencemaran alam sekitar,carpool memang alternatif mereka setiap kali mahu keluar bersama.

Naim,Laila,Eka,Sya, dan Wak Jeril. Cukup sekumpulan sahabat yang gila-gila.

Setibanya di Padang Shah Alam,suasana nampak meriah kerana ramai orang yang menghadirkan diri untuk ativiti 'Feed Stray Cat'.Suasana menjadi semakin gamat apabila pihak Pro Diet memilih Nabil Ahmad sebagai jurucakap program itu.Terdapat juga booth yang menempatkan kucing-kucing untuk dipamerkan.

Majlis perasmian sudah tamat dengan kata-kata akhir pengasas jenama Pro Diet.Makanan kibbles mula diagihkan pada para sukarelawan.Semuanya mula berpecah untuk memulakan pencarian bagi membantu haiwan jalanan yang kurang bernasib baik.

Naim dan Wak Jeril berada di hadapan Laila,Eka dan Sya.Setakat ini sudah 8 ekor kucing mereka beri makan.
Eka yang kepenatan duduk di sebuah tembok di hadapan 7 Eleven.Laila dan Sya menyertai kawan mereka untuk berehat sebentar.Lampu denyar telefon pintar Laila menyala menunjukkan ada mesej masuk.

-Mak
Tadi mak dah check email kau. Dari Jimmy Holdings. Syukur nak,kau lulus temuduga tu.....

"Alhamdulillah..." suara perlahan Laila dapat didengari Eka dan Sya.

Cinta BulusTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang