44 || MIMB

5.7K 165 6
                                    

"Lay masih tidur ke Tuan?" Qila bertanya pada Tn Noh.

"Haah. Macam best betul tidurnya tu. Dah ada brang dia kirim tu?"

Qila menunjukkan plastik Watson dan plastik bag berisi palazzo. Dia meminta diri dan menuju ke bilik office Tuan Noh.

Perlahan dibukanya pintu. Terlihat Lay tidur sakan atas sofa berlapikkan surat khabar. Emergency!

"Lay! Bangun. Ni aku bawakkan kau benda kau kirim tu. Pad and seluar ganti."

Terdengar suara Qila, pantas aku bangun. Aku tersangat tidak selesa sekarang ini, pantas meyambar plastik ditangan Qila dan mengajaknya ke tandas bahagian departure.

Selesai tukar apa yg patut, pakai apa yg patut. Aku keluar mencuci muka dan memulakan kembali simple make up ku. Qila hanya melihat aku tanpa kata.

"So lepasni apa jadi Lay?" Soal Qila bila aku finish touch up dgn lipstick. Aku menoleh arahnya.

"Dont know. Aku serah dgn pihak polis. Mereka lebih arif benda macam ni. Lagipun statues of limitation belum sampai lagi, so aku rasa kali ni kalau Karim guna alasan otak dia sewel susah kot nak lepas." Kataku.

Kami berjalan beriringan menuju ke area departure.

"First time aku tengok kau jadi Hulk tadi Lay."

"Wei tu aku rasa bukan lagi Hulk wei. Siap jadi Thor kot. Tak pun jadi Captain Marvel. Punya panas aku bila ingat siapa dia." Kataku. Geramku masih berlegar dalam hati.

"Dah okey dah Lay. Semua dah okey. Kita serah dgn undang² , tugas kau sekarang ni ialah pergi ke PBB sebab laki kau nak berlepas kejap lagi." Ujar Qila. Aku bulat mata. Pantas aku berjalan arah pintu PBB yang masih kelihatan para penumpang sedang berbaris menunggu turn masuk ke dalam pesawat.

Aku terlihat Tn Noh melambai arahku. Dia sedang berdiri ditepi bersama DO bertugas dan ENG unit. Terlihat juga dia menuju arahku di pintu.

"So, anything to say?" Tanya Tuan Noh sambil angkat kening.

"Hermm nak XR." Aku buat muka comel. Tuan Noh geleng kepala. Staff MAS hanya ketawa melihat gelagat kami berdua.

"Benda lain?"

"Hermm sorry." Kataku perlahan. Dia kulihat angkat kening. Sengih je lah Lay, desisku dlm hati.

"So inilah plan yg kononnya 'we got a long day' tu?"

"Memang long day sangatkan B. Dah nak berminggu kita letak umpan baru sekarang ni dia nak muncul. Hah, mungkin sebab B pi outstation. Tapi kan semalam dah jalan cemana sampai cepat kat sini?" Fuhh satu nafas aku bercakap. Semput jap.

"Allahu. Cuba bawak bernafas nak serbu B. Semalamkan B gi KK dulu, petang ni baru flight gi sana. Tengah nak gi brunch tadi dapat call Helmi. Uihh jantung mana tak keluar dgr ayang oiii." Mr. Bigboss pun terjangkit satu nafas menjawab.

Aku ketawa sahaja melihat dia cuba mencari nafasnya kembali sambil menggosok belakangnya perlahan. Kujeling pintu pesawat yg hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi.

"Alah, thank you sudi dtg balik sini sampai tak sempat nak brunch tadi. Sampai nanti makan dulu tau. Sorrylah ayang takde pulak belikan makanan." Ucapku sayu sekejap. Aku sengaja dekatkan hidungku arahnya.

Perlahan aku menarik nafas cuba mencari baunya. Semerbak bau Vanilla menjengah corong hidung. Aku senyum.

"Rindu bau Vanilla B ni." Bisikku perlahan. Dia ketawa kecil.

"Dahlah. Gi masuk. Tinggal sikit lagi tu que. Sampai nanti call ek." Pesanku sambil menyorong dia menuju ke pintu.

Ketawa kecil staff yg ada sana termasuk Qila.

"Sudahlah Tuan. Saya ada ni teman Lay." Kata Qila. Tuan Noh ketawa sambil mengangkat tangannya kearah kami semua. Acah karisma lebih sebab depan staff dia. Aku dan Qila hanya ketawa melihat gelagatnya.

Aku hanya melihat kelibatnya masuk kedalam pesawat dan perlahan-lahan pesawat berundur meninggalkan PBB.

"So, kita buat apa sekarang ni? Aku yakin dan pasti sekarang office tgh sibuk daftar kelab-kelab makcik bawang dan pakcik dodol." Tanyaku pada Qila.

"Ada sajalah kau ni. Makcik bawang pakcik dodol bagai. Darimana pulak pakcik dodol ni datang. Adui Lay."

"Ye lah. Kalau makcik-makcik, kan bergosip time ada bawang-bawang nak dikupas. Habistu pakcik-pakcik? kau rasa tak bergosip, mestilah masa gaul dodol dorang bergosip." Jelasku sambil sengih pada Qila.

"Biul aku dengan kau ni Lay. Macamana lah aku boleh tahan berkawan dengan kau ni Lay? Misteri sungguh." Balas Qila. Kami berjalan beriringan menuju office ikut jalan belakang.

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri Qila." Kataku.

"Setanlah kau ni." Balasnya lagi. Kami ketawa terbahak-bahak diluar pintu. Kira² 10minit macamtu baru kami masuk sambil mengelap airmata akibat terlalu ketawa. Nak cakap lawak biasa je dimata orang.

Kami masuk pun ribut depan pintu siapa nak masuk dahulu. Tiba-tiba...

"Lay. Sini kau!" Tuan Helmi memanggilku dari pintu biliknya. Aku angguk sahaja dan perlahan menuju biliknya. Qila pula kembali ketempat Kak Zira dan Nana.

Aku menutup pintu bilik Tuan Helmi.

"Ya Tuan?"

"Nah." Katanya sambil menghulurkan sesuatu.

"Apani Tuan? Surat warning ke?" Gelabah juga aku sekejap. Teringat onar yg aku buat di parking kereta beberapa jam lalu.

Tuan Helmi ketawa.

"Haah. Surat warning dari laki kau ni. Bagus² ada handphone, gagah dihumban pi kepala orang sampai berkecai. Free je aku jadi posmen korang berdua." Katanya.

Aku mengambil sampul putih depanku. Kubuka didepan Tuan Helmi. Silih berganti aku membuka dan memandang Tuan Helmi yg tersengih depanku.

"Hai Ayang! Terasa macam tulis surat cinta pulak lah. Siapa suruh baling X macam baling bantal? Kan dah terima surat cinta dari B. Hehehe. Actually B nak bagi face to face dengan Ayang tadi but kesian pula B tengok ayang kerut² rest tadi. Lagipun kan tengah period, B tahu sebab dah tanya Qila tadi. Hahaha. Sorry B tak dapat stay lama dengan ayang so B nak cakap B bangga dengan ayang sebab berani berdepan dengan trauma ayang dan berani bongkar kebenaran. Dan B nak bagi reward ni. Dalam sampul ada kad B. Pergilah dengan Qila cari ganti X tu. Sukahati ayang nak yg mana, B belanja. I love you ayang! See you this Sunday. Wahh dah rindu ni acaner ni ??!"

Aku ketawa membawa 'surat warning' kononnya dari Tn Noh aka Mr Bigboss ku. Tuan Helmi berdehem.

"Eh lupa pulak ada org depan ni. Jealous ler tu." Usikku.

"Sudah baca tu, keluarlah. Pi meja sendiri sambung angau tu. Aku jealous ni, nak call bini sendirilah camni." Kata Tuan Helmi menghalauku dari biliknya.

Aku hanya ketawa sahaja mendengar. Mahu bertanya pasal kejadian tadi tapi aku diamkan sahaja sebab tidak mahu lagi berfikir benda itu.

"Ye lah nak keluar lah ni. By the way Tuan, ada anggota nak tambah tak?" Soalku tiba-tiba.

"Eh tak payahlah pulak. Dia bukan warganegara." Kataku lagi tiba-tiba. Tuan Helmi menggeleng. Aku sengih.

"Thanks Tuan for this 'surat warning' and for calling him too." Kataku ikhlas. Dia hanya angkat kening acah macho. Sebijik sahaja perangai macam Tuan Noh. Aku mencebik sambil membuka pintu keluar.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now