6 || MIMB

7.1K 217 2
                                    

Sedar tak sedar dah seminggu kami bertugas sebagai intern. Dalam seminggu ni jugalah, kami berkenalan dengan staff yg ada.

Dalam seminggu tu jugak, aku belajar apa perlu aku buat dalam unit AVSEC ni. Hanya bahagian pengkeranian sahaja, bab lain is P&C.

Sesibuk aku melayan drama Tuan Husin dengan Sarjan Maila, Encik Jaili datang menyapa.

"Bila tu si Nana sampai?"

"Besok dia dah ada tuk report duty. Malam ni dia sampai dari KL" jawabku.

"Haa besok masa briefing bolehlah dia buat persembahan silat nanti." Tuan Husin mencelah. Sarjan Maili ketawa mendengar.

"Kalau dia mahu, saya boleh siapkan pentas silat esok." Tuan Noh pula menyambung yg tiba-tiba datang dari bilik Tuan Fizz.

"Mun iya mahu Tuan nada masalah nganya tu Tuan." Si Qila pula mencelah siap pelat slang lagi.

"Ermm Layla, nanti ikut saya meeting dengan bakal kontraktor eh. Tolong catat minit." Arah Tuan Noh kepadaku.

"Saya yg menurut perintah." Balasku berlucu. And yes, aku perasan jelingan Tuan Fizz kepadaku. Dah kenapa??

Phoneku vibrate tanda ada whatapp masuk. Lampu putih kelip-kelip. Segeraku capai tanda whatapp personal sampai...

✉️ Abg Fy: Kenapa awak pula yg masuk meeting?

Lerr 🤦🏼‍♀️

✉️ Manala saya tahu kenapa saya yg perlu masuk sekali Tuan. Dah Boss request.

✉️ Abg Fy: Eleh mesti awak suka tu kan. 😤

Asal si Mr. Boss niiii? Aku mengutuk dalam hati. Whatappnya aku biarkan sepi, malas nak balas.

✉️ Abg Fy: Hello Ms. Intern, awak taknak reply ke??

Allahu. Aku baca dari noti bar. Makin lama makin banyak pula dia spam whatapp aku. Sedikit penyesalan pula aku bagi number privacy aku ni. Patut aku bagi number yg satu lagi.

✉️ Abg Fy: Mesti sekarang ni awak tgh menyesalkan sebab bagi number awak yg ini kat saya?? Kannn??

Aku tepuk dahi. Ahli nujum ke? Sememangnya dia tahu aku punya dua number sebab dia juga begitu. Lain untuk private contacts dan lain for public contacts. Dan! Hanya aku seorang sahaja yg ada number dia yg satu ini.

✉️ Haah nyesal jugaklah kejap. Baik Tuan berhenti Whatapp kalau tak block number dua2  number Tuan nanti.

Aku hantar whatapp ugutan. Harap dia berhenti sebab kerjaku masih banyak, dan aku mahu siapkan sebelum masuk meeting nanti.

✉️ Abg Fy: Awak block saya, awak tahulah saya nak buat nanti haaaa 😈

Selesai sahaja baca, aku tepuk dahi. Si Qila disebelah  aku geleng kepala. Tahu sangat kisah drama aku dengan Tuan Fizz.

Layla!

Terdengar suara Tuan Noh memanggil. Dah nak meeting ke?

"Yaa Tuan." Kelam kabut terus aku membawa buku dan kertas kehadiran yang sudah aku print awal.

Phone aku juga turut aku bawa keduanya sekali. Dalam meeting, aku duduk tidak jauh dari Tuan Noh.

Lancar tanganku mencatit apa sahaja yg dibincangkan dalam meeting tersebut. Tuan Alfred yg turut terlibat dalam meeting itu tidak habis-habis menganggu fokusku.

Tulis itulah tulis inilah. Sabarlahh tangan yg boleh menulis ni satu je! Aku lepas geram dalam hati, keningku bukan main lagi bergabung tanda aku tidak suka. 

Sambil mencatit, aku buka whatapp group kami. Terlihat gambar si Fira bergambar dengan org-org ENG di bilik shiff di hujung sana.

✉️ Kamu..Uncle Ijoi bawa lunch hari ni. Jom join.

Aku mencebik. Ye ke? Setahu aku Uncle Ijoi tu tak pernah nak beramah mesra dengan aku atau Qila. Angin mana bertiup bawa kami pi lunch pula.

✉️ Takpe lah Fira. Aku dan Lay dah janji dengan kawan-kawan kami nanti lunch sama.

Qila membalas. Sekali lagi aku kerut dahi tapi tanganku masih ligat mencatit apa yg dibincangkan. Multitask person sangat!

Aku buka window chat Qila.

✉️ janji dengan sapa ui?

✉️ aku saja cakap ada janji, kau nak ke join si fira. Tah betul ke tak uncle ijoi tu bawa.

✉️ memang taklah aku nak join. Hahahaha. Baik makan kat SCR nanti.

✉️ aku baru nak bawa kau kat sana. Karang aku try call si Fei dan Fara. Kot dorang boleh join.

Nice! Aku senyum. Sekejap aku toleh arah Tuan Noh Gulp! Dia tengah perati aku ke? Alamak mati Lay mati kau macam ni! Bisikku dalam hati. Phone segera aku simpan dan teruskan tugas azali aku.
.
.
Sejam kemudian...

"Okeylah. Kita tangguh meeting harini. Kalau ada benda nanti boleh cari saya." Ujar Tuan Noh menangguh meeting.

Selesai mereka bersalaman, aku tunggu keluar paling last.

"Layla, lepas lunch awak masuk bilik saya dengan minit tadi." Sambung Tuan Noh ketika kami berganding keluar.

"Err, baik tuan." Jawabku. Qila menunggu aku didepan pintu. Ada 30minit lagi untuk masa lunch. Nak minta teman ke tandas katanya.

Aku simpan buku notes dan kehadiran tadi dimeja Tuan Husin,tempat aku sementara.

"Huishh best dak meeting?" Qila menyoal ketika kami keluar ke tandas.

"Best hotak hang. Tepu kepala aku catit, manalagi dengan Tuan Alfred dekat sebelah pot pet pot pet. Tangan aku satu je tau yg reti menulis." Luahku dengan Qila.

Galak Qila mengetawakan aku. Amboi sakan sangat ketawakan aku.

"Kau tunggu nanti bila kau jadi pencatat minit, ngam lagi bila Tuan Alfred tu sebelah kau. Kau nak ngadu dengan aku." Sumpahku geram.

"Wei janganlahh sumpah aku camtu, mulut kau tu masin. Asal cakap je jadi." Qila memegang lenganku.

"Haah tahu kau takut. Dah cepatlah pi tandas. Kita keluar teruslah. Malas pula aku nak balik pi office."

Qila masuk ke tandas segera. Aku duduk di bench yg disediakan. Baru seminggu dah macam-macam kejadian. Belum lagi 6 bulan. Aku mengeluh.

Sekembali Qila dari tandas, kami berjalan beriringan sambil ketawa. Entahlah cerita kami tu ada sahaja lucunya. Maka kami sendiri tak tahu apa yg lucu sangat pun.

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now