3 bulan yang lalu...
" Kau dah kenapa Zain, dari tadi aku tengok kau termenung je," kata gerangan yang sentiasa berada disisinya tak kira susah mahupun senang. Zain menoleh ke arah David dan mengeluh lalu bergerak ke arah punching bag untuk berlatih. Baru sahaja Zain ingin memulakan latihan, seorang perempuan melayu melangkah masuk ke gymnasium. Wajahnya sangat polos dan ayu, lagi memikat hati apabila dia mengenakan tudung bawal ungu. ' Argh lantaklah ayu mana pun ' desis hatinya lalu menyambung latihannya dan membiarkan David sahaja yang melayan perempuan itu.
David datang ke arah Zain " Bro perempuan tu nak training martial art kat gym kita, boleh tak? "
" Hmmph " keluh Zain. " Panggil lah dia ke sini, " kata Zain pada David .
" Alright macam inilah kawan aku ada semangat nak mengajar, " kata David sambil berjalan ke arah perempuan bertudung ungu tadi.
Apabila perempuan itu datang ke arah ku seorang diri dengan muka polosnya. ' David ni nak kena dengan aku, ada ke dia suruh aku ajar perempuan ni seorang diri ' desis hatinya.
"Hai , nama saya Intan dan umur saya 20 tahun , selamat berkenalan, " kata Intan pada Zain sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
Namun Zain mematung disitu dan melihat Intan atas bawah seperti hendak makan sahaja perempuan kecil di depannya itu.
Lantas Zain berkata " Aku tak tanya pun " " Pergi warm up sana " kata Zain dengan tegas gamaknya.
" Sombongnya kau ni ," kata Intan.
" Apa kau cakap ? ," soal Zain
sambil menjegil mata pada Intan.
" Takde apa," kata Intan sambil berlari untuk warm up.
' Kau ingat hensem ke buat tegas camtu nak je aku siku mamat tu ' desis hati Intan.
Sambil menunggu Intan habis melakukan warm up, Zain mengeluarkan buku novel romantis yang sering dibacanya. Zain sebenarnya seorang yang jiwang disebalik kehebatan dan ketangkasannya bertarung di gelanggang.
Intan berjalan ke arah Zain yang sedang kushyuk membaca novel. ' Aikk mamat ni tadi garang tapi layan novel cintan cintun, haih dasar mat jiwang ' .
" Ehem, Abang Zain saya dah selesai warm up " tegur Intan.
" Huh ok " balas Zain . " Eh jap, sape abang kau? Panggil aku coach Zain " balasnya lagi sambil menunjukkan tangannya ke arah punching bag.
Selesai sahaja latihan tadi Intan terus pulang ke rumah tanpa berjumpa Zain.
" Kurang asam punya mamat, dia ingat dia bagus sangat, poyo punya mat jiwang " .
Maisuri kawan Intan menoleh ke arah kawannya yang baru balik ke rumah .
Lalu Maisuri bertanya " Kau dah kenapa makcik, balik-balik tetiba merapu ni? " " Mat jiwang mana yang ayat kau kat gymnasium tadi huh ? " kata Maisuri sambil tergelak dengan perangai kawannya.
" Takdelah, kat gymnasium tu coach yang mengajar aku tu yang mat jiwang " kata Intan .
" Ooo, coach nilah yang ayat kau. " duga si Maisuri.
" Eh bukan, dia mula-mula garang dengan aku pastu tetiba lepas aku warm up aku datanglah dekat dia." " Tengok-tengok dia tengah baca novel cinta kau tahu " Maisuri dan Intan ketawa terbahak-bahak.
" Nanti kau jatuh cinta dengan dia baru tahu " kata Maisuri. " Argh jangan mimpi " kata Intan.
Maisuri hanya angkat bahu tanda malas nak layan rakan baiknya yang brutal itu.
YOU ARE READING
MAT JIWANG 💗 MINAH BRUTAL
RomanceAPABILA DUA JIWA BERBEZA BERTEMU PASTI MENCETUSKAN FENOMENA YANG HANGAT
