23 | Doktor

66 4 0
                                    

Sehun membawa Kai berjumpa dengan seorang doktor psikiatrik. Dia mahu rakannya itu sembuh dan kembali seperti dahulu.

"Doktor Kim Minseok ada di dalam?"

Sehun bertanya kepada jururawat yang berada di kaunter.

"Kamu dah buat janji temu?"-jururawat

"Sudah."

"Tunggu kejap ya. Dia ada dengan seorang pesakit sekarang."-jururawat

Sehun dan Kai duduk untuk menunggu giliran. Sehun perasan bahawa Kai kelihatan agak resah-gelisah. Peluh pada dahi Kai laju sahaja turun membasahi wajahnya.

"Kau okay tak?"-Sehun

"Aku rasa tak sedap badanlah. Kita balik jelah."-Kai

Kai menarik tangan Sehun dan sudah bersedia untuk pulang. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Kai.

...Lima tahun yang lalu...

"Kim Jongin."

Nama Kai dipanggil untuk masuk berjumpa seorang doktor. Seorang menarik tangannya lembut dan mengajak masuk bersama ke dalam bilik rawatan. Senyuman yang terbit pada wajahnya berjaya menenangkan Kai.

"Annyeonghasaeyo, Doktor Lee."

Mereka berdua menunduk hormat kepada Doktor Lee yang sedang duduk menunggu mereka.

"Boleh saya tahu apa hajat kamu berdua ke sini?"-Doktor Lee

"Sejak dua menjak ni saya tengok perangai boyfriend saya, Jongin dah berubah sikit. Mungkin ada kena-mengena dengan kematian ibu bapanya dua minggu lepas. Saya harap doktor boleh buka hati dia dan pulihkan dia."

"Mungkin dia masih terkejut. Takpa Cik boleh tunggu di luar."-Doktor Lee

Ketika gadis itu cuba keluar, Kai pantas menahannya.

"Kajima. Aku tak nak kehilangan kau lagi sekali."-Kai

Gadis itu melepaskan lengannya daripada genggaman kuat Kai.

"Aku tunggu kat luar jelah."

"Tak mengapalah. Cik boleh tunggu sekali."-Doktor Lee

Mata Kai tidak lepas daripada memandang gadis yang masih lagi di sebelahnya.

[OG]Serial Lover (연속 연인)🔪 | EXO BBH KJIWhere stories live. Discover now