Time Traveler 2 : The beginning to an End

291 7 4
                                    

Badannya terasa seperti diawang-awangan. Ringan dan bergerak menyelusuri sebuah terowong yang gelap. Tak lama selepas itu terowong itu bercahaya dan bagaikan berfungsi seperti projector, dia melihat imbasan image dirinya dan Pang. Semuanya berkisar masa-masa lalu mereka yang bahagia.

Sehinggalah dia melalui satu fasa di mana dia pernah mengabaikan Pang. Dan menyebabkan Pang terpuruk kesunyian dan selalu menantikan dia pulang.

Namun dia selalu menghampakan Pang. Sehingga Pang menjadi murung... dan...

"Saya berikan awak satu peluang... untuk awak menghargai masa. Awak dan seorang lagi.... awak sangat tidak menghargai masa bersama yang tercinta. Manakala seorang lagi mengsia-siakan masa dengan menipu dirinya sendiri."

"Jadi kali ni... tolong hargai dia."

Suara tu... macam dia kenal...

Ktang! Ktangg!!!!

Huishh sape yang buat bising pagi-pagi buta ni?

Wave menyumpah seranah pada jiran sebelah menyebelah kerana awal-awal pagi macam ni pun masih ada tenaga untuk buat kecoh. Rasa macam nak bom je rumah sorang-sorang.

Dia mengambil bantal extra lalu menekup telinganya. Barulah boleh bernafas dengan lega. Takder lagi bunyi bising.

Ktang!!! Ktang!!!!

Eahhh! Dia buat lagi! Ini sudah lebih! Dahlah ni hari cuti dia! At least bagilah dia berehat dengan aman!

Menjadi seorang inspektor di ibu pejabat polis di tengah-tengah kota tidaklah sesenang seperti semua orang jangka. Memberi arahan pada anak buah dan goyang kaki di office surf internet website shopping atau websites gambling macam orang selalu gembar-gemburkan tu.

Kepala dia. Kalau dah sesenang macam tu, takderla ada eyebag berkilo bawah mata dia ni. Takderla dia selalu balik lewat, takderla masa cuti dia terhad yang amat. Takderla dia... abaikan Pang.

Wave mengeluh lagi. Dia dah takder rasa nak tidur balik. Dengan paksa rela dia bangun dari tempat beradunya dan menuju ke toilet. Baru sahaja kaki kanan melangkah masuk ke dalam, tiba-tiba...

Ktang!!! Ktangg!!!

Okay! Dah! Cukup!

Orang sebelah rumah sepatutnya tahu bertoleransi bila hidup berjiran macam ni! Ini tak! Buat macam satu taman ni dia yang punya!

Wave dah hilang sabar, dia terus menuju ke lantai bawah (rumah 2 tingkat). Ya dengan rambut kusut masai, gigi tak bergosok, mandi pun tak. Oh lupa pasal fakta yang dia tido dengan masih pakai baju semalam.

"Aku dah tak tahan lagi- "

"Morning Wave!"

Langkah Wave terhenti. Suara tu datang dari arah dapur. Suara tu.. suara yang sangat dirindukannya. Suara yang sentiasa menenangkan jiwanya...suara tu hanya dimiliki oleh seseorang...

Tak mungkin...

Wave tak mahu berpalingkan tubuhnya untuk melihat ke ruang dapur. Dia takut... dia takut yang dia dah hilang akal warasnya akibat terlalu rindu. Dia sedar yang Orang itu sudah tiada dan semakin menghampakannya kalau dia berpaling.

"Wave? Awak okay?"

Derapan kaki yang sangat dikenalinya. Perlahan-lahan memijak lantai kayu rumahnya... tidak.. dahulunya rumah mereka berdua.

"Wave?"

Sebuah tangan yang menyentuh bahunya. Terasa begitu benar sekali.

Semakin kuat keinginan dia untuk berpaling.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now