Time traveler : Teaser

319 11 2
                                    

Notes : the plot will be in 10 years in the future, means they are now 20 something. And after the whole fiasco they graduate from ritdya highschool and begins their journey into adulthood world. But Something happens to them that make them falling apart and some of them even drifted away. A reunion intended to gather all the gifted class again, supposed to be a happy reunion but what they don't know theres something more than that wait for them in the schools.

Kau akan menyesal dengan perasaan kau.

Bukan aku yang tak nak buat apa-apa dengan perasaan aku. Tapi...

Tapi tu merujuk pada alasan Wave...suka betul hidup dalam penafian.

Bang!

Wave menghentam tangannya pada meja. Dari sudut mata Claire yang hanya melihat sekilas, dia melihat Wave masih memakai gelang tangan yang sama.

Gelang dia dan Pang.

Mempunyai satu charms yang berlainan namun menghubungkan keduanya. Saling berkait rapat.

Matahari dan Bulan.

Namun sejak kejadian yang lalu... gelang Wave bertambah satu lagi charms. Di mana charms itu pernah menjadi milik Pang.

Claire hanya menatap datar pada tingkap kaca yang diselaputi dengan titisan air hujan.

Di luar hujan begitu lebat. Wave tak menyangka yang dalam banyak-banyak orang dia akan mempunyai perbualan sebegini mendalam bersama dengan Claire.

Semua orang tahu jika bersama Claire, diri mereka akan dibaca seperti membaca buku. Jadi agak mustahil untuk menipu tentang perasaan.

Dan di sinilah mereka. Selepas 10 tahun berlalu mereka kembali bertemu di sebuah cafe yang terletak di tepi jalan dan agak tersembunyi.

Wave yang kebetulan ketika itu mencari tempat untuk menikmati masa rehatnya setelah semalaman bermalam di officenya, secara kebetulan juga terjumpa dengan Claire yang sibuk membaca sebuah naskhah skrip.

Claire menjadi seorang pelakon popular sejak dia menamatkan ijazahnya dalam bidang teater dan perfileman. Dia menempa nama sebagai beauty with brain dan juga kerana bakatnya yang tak dapat disangkal lagi di mata dunia.

Wave melihat Claire dan gadis itu juga nampak agak terkejut melihatnya. Tetapi tak lama kemudian Claire melambai ke arahnya dengan penuh bersemangat.

Lucu... dan bila mereka berdua mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama dan mengingat semula zaman persekolahan mereka.

"Andai kata kalau masa boleh diputarkan kembali... saya nak luahkan perasaan saya sebetulnya pada orang tu..."

Claire mengetap bibirnya. Di jari manisnya tersemat cincin emas yang bertatahkan satu berlian. Simple tetapi elegant.

"Orang tu? Kau tak bahagia dengan Punn?"

Hanya ketawa yang halus terlepas dari mulut Claire. Ketawa yang mengejek pada masa silamnya terdahulu, yang membawa kekesalan kemudian hari. Which is pada masa sekarang. Kerana dia baru dapat merasakannya.

"Kau tak hargai perasaan kau pada Punn. Kau curang."

Wave tak mahu sugar coating Claire. Baginya yang salah tetap salah. Buat apa dia berkata apa yang sedapkan hati Claire? Kawan jenis apa dia? Kalau kau adalah jenis kawan yang mahu tengok dia jatuh ke dalam jurang besar dan tak dapat diselamatkan. Kau tak layak pun cakap kau kawan dia. Kalaulah dengan teguran kasar ni boleh selamatkan Claire, dibenci pun dia sanggup.

Itulah gunanya kawan.

Claire tersenyum kelat. Dia mencapai teh chamomilenya dan menghirup cecair perang itu.

The Gifted : Our Last Days (HIATUS)Where stories live. Discover now