"Ain Humairah!"

Bang!

Langsung terhinjut bahu Ain apabila suara garau ayahnya tiba-tiba menerjah gegendang telinga. Bunyi paluan di pintu bertambah-tambah deras dan kasar apabila si ayah yakni Encik Farzlan mula masuk campur. Dan hal itu membuatkan Ain langsung terputus nyawa. Karena sesungguhnya apabila Encik Farzlan mula naik angin, dia tidak pernah selamat daripada kesialan. Akan ada perkara tak terjangka yang sering berlaku, dan itu semua gara-gara hasutan daripada Puan Azirah dan anak-anaknya.

Anak kandung sendiri dianak tirikan. Dan dia akan menjadi 'hamba kuli' kepada orang-orang di dalam rumah itu.

Sememangnya tragis.

Bang!

Pintu kamarnya berjaya dirempuh. Terus, batang tubuh Encik Farzlan menyerbu ke dalam dengan wajah menyinganya. Dia menunduk melihat tubuh kecil si Ain yang terperuk di bawah meja, lalu terus menyambar tangan si anak yang terketar-ketar bahu menangis. Tidak semena-mena, Ain terjerit ketakutan. Meronta-ronta dia cuba melepaskan diri daripada Encik Farzlan. Tubuh juga cuba diberatkan daripada terus diheret. Namun, apakan dayanya? Puan Azirah dan anak-anaknya hanya melihat dari belakang. Mereka tersenyum sesama sendiri; penuh kesetanan.

"Ayah, lepaskan Ain, ayah! Sakit..." Ain berterus-terusan merayu. Namun, Encik Farzlan hanya menghiraukan, malah dia lantang memberikan arahan kepada Puan Azirah.

"Azirah, kau angkut sekali segala pakaian budak ni ke bawah! Dah tak ada gunanya kita nak simpan lagi budak sial ni," ujar Encik Farzlan seraya menjeling tajam ke arah Ain. Hatinya membara. Melihatkan hal tersebut, langsung Ain menggeleng kalut. Air matanya berjuraian lagi dan lagi.

"Ayah, jangan ayah... Ain takut!" bentaknya, terdesak. Sesungguhnya... Ain ada fobia yang pelik. dia takut dengan orang. Dan hal ini berkemungkinan besar tercetus kerana tekanan yang dia alami daripada kekejaman ibu tiri dan adik-beradik tirinya yang lain.

Sampai saja di muka pintu utama, terus Encik Farzlan tolak tubuh kecil anaknya itu ke luar. Langsung tersembam Ain di muka lantai. Puan Azirah yang baru muncul di belakang tubuh Encik Farzlan segera melemparkan beg pakaian Ain. Dia merengus sinis sebelum berpeluk tubuh.

"Sudah-sudahlah tu... Kau tak payah nak berdrama lagi! Berambus dari sini! Tak mati punlah kau dekat luar tu," ujar Puan Azirah sinis. Ain pejam matanya sesaat; cuba untuk menghadam kata nista itu. Danisha dan Qashriq hanya bertepuk-tampar di belakang. Seronok benar mereka melihat adengan yang sedang berlaku.

"Berambus kau dari sini; jangan datang lagi! Aku takkan terima jejak kau di sini!" Encik Farzlan bersuara setelah beberapa detik berlalu. Matanya terjegil penuh amarah. Melihatkan hal tersebut, perlahan-lahan Ain bangun dari lantai seraya menyeka air matanya yang lencun di wajah. Tersedu-sedan dia menarik nafas dan menenangkan diri.

Suasana tiba-tiba jadi hening.

"Terima kasih... Untuk segalanya," ujar Ain perlahan, memecahkan kebuntuan. Sedikit demi sedikit, ulas bibirnya melengkung membentuk segaris senyuman tipis yang pilu. Dalam diam, dia kepal tangan erat-erat menahan rasa pilu yang kembali menghentam raksa. Ah, teganya mereka... Hati kecil Ain kembali merintih sendu.

"Sudah-sudahlah berdrama... Pergi main jauh-jauh! Meluat aku tengok muka sok suci kau tu." Danisha yang berdiri di sisi Puan Azirah, segera menyampuk. Riak wajahnya jelas meluat. Namun, Ain sekadar mengulum senyum, sebelum dia menundukkan badannya sembilan puluh darjah lagak orang Jepun. Buat ke sekian kalinya, air matanya tumpah menimpa lantai.

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now