47

349 56 3
                                    

CM-MYG

••••••

   -----
Bab 47
   -----


Point of view;
Min Yoongi.








Pap!








Bahagian lengan Baekhyun yang ditembusi dengan peluru aku belit kemas di bahagian atas dan bawahnya dengan kain fabrik hitam.








"Hiks...hiks... s-sakit.... Aku nak p-pergi h-hospital... bawak aku pergi h-hospital sekarang!!!" sendu Baekhyun sambil menekup wajah pada bantal peluk yang tersedia di dalam kamar usang ini.








"Tak boleh, bahaya. Tahanlah sikit!" kataku lantas membuka satu botol arak dan dihulurkan buat lelaki itu.









"A-aku tak minum arak," tolaknya dengan wajah sendu.








"Ini sebagai bius. Minum, supaya kau tak rasa sakit sangat nanti," terangku sebelum meletakkan botol arak ke atas lantai bersebelahan dengan tempat pembaringan lelaki itu.




"Jangan sentuh lengan aku. Aku tak p-percayakan kau. Y-yeona hantar aku ke h-hospital, aku--." Terus sahaja ikatan kain pada lengan itu diperkemaskan lagi sehingga membuatkan lelaki itu meraung kesakitan.








Botol arak diangkat dan ditenguk laju olehnya. "A-aku a-akan mati," katanya sebelum kembali menenguk arak sehingga licin.









"Dino, Woozi tolong aku pegang Baekhyun," kataku mengarahkan dua lelaki yang sedang berdiri di sebelah Yeona iaitu di sebelah kerusi malas.






"Aa ah ah... huh...," nafas kasar Baekhyun kedengaran dikala aku mula menoreh kulit dagingnya dengan Scapel iaitu pisau kecil yang berbentuk convex. Hujungnya rucing dan tajam.







"Aaa~ haha-- s-sakit aaa... haha," rengek Baekhyun, sesekali dia ketawa kecil dengan wajah berkerut menahan sakit sebelum botol arak yang telah dibuka menutupnya di dicapai dan ditenguk laju.








Scalpel aku masukkan ke dalam bekas berisi air sehingga air putih bersih kian bertukar kelam dengan warna darah.









Clamp jenis tang atau nama lainnya Koorntang yang dibungkus dengan kain bersih dicapai dan peluru aku cuba cungkil keluar. "Tampar dia, jangan biar dia tidur," arahku apabila perasan mata lelaki itu kian kuyu. Malah, nafasnya juga semakin lemah.





"Hiks... hiks... n-nak balik... hiks... omma...," tangis lelaki itu ketika matanya kembali tercelik dengan bahagian pipi yang membahang.







"Sikit lagi," kataku.






Pap!





Peluru terjatuh ke atas lantai sekaligus dengan clamp ditanganku. "Ambil jarum dan benang--."





Aku menoleh memandang ke sisi sekaligus huluran jarum serta benang yang sudah sedia terikat disambut laju.







Luka lelaki itu aku jahit mengunakan teknik simpul tunggal sebelum lengan lelaki itu dilap sekilas mengunakan kain basah dan dibalut mengunakan kain kasa.








"Biarkan dia rehat," kataku sambil memandang wajah Baekhyun yang sudah terlelap berbantalkan lengan Dino yang memeluknya daripada belakang.








"Baek akan ok ke? Tak akan kena jangkitan kuman kan?" soal Woozi sebelum mengeman bibir sendiri memandang keadaan lelaki malang yang sudah tertidur itu.








"Haraplah tak kena,"  kataku sebelum menoleh ke sisi. "By the way, thank sebab sudi datang sini, Senior Nana," ucapku pada gadis beruniform polis yang sedang meneliti peluru kecil ditangannya.






Manakala, gadis berpangkat sarjan itu hanya mengangguk sebelum mula membuka bicara sambil meneliti peluru di telapak tangannya. "Senjata yang digunakan adalah senapang patah, Remington M870. Ukuran panjang peluru mungkin dalam 10 inci dan tembakan boleh disasarkan dalam jarak 40 meter."




Aku hanya diam, mendengar keterangan yang keluar daripada mulut Sarjan Nana itu.




"Senapang patah jenis ini memang sukar didapati di sini, dalam pasaran gelap pun sama. Si penembak bukan calang-calang orang, Min Yoongi," katanya sebelum kembali berkata-kata, "Dia mahir dalam pengunaan senjata api.  Kau bermain dengan orang yang salah."






"Dia Jeon Jungkook...."





Aku mula memandang diri Yeona yang duduk diatas kerusi malas dengan kepala berbalut dengan kain kasa. "Apa dia? Jeon Jungkook?"






"Orang yang awak jumpa dekat banglo mafia Ssangyongpa... lelaki yang putuskan tali, ingat tak?" soalnya membuatkan aku memenjamkan mata mencuba mengingat memori lama.







"Habistu kenapa dia serang Baekhyun?" soalku.





"Dia bukan sasarkan Baekhyun. Tapi, dia sasarkan awak, Min Yoongi. Dia pernah cakap yang dia ada memanterai satu kontrak kerjasama dengan sebuah kumpulan mafia... Mungkin kumpulan mafia kokuja," teka Yeona sambil mengeluh kasar dengan tangan yang asyik memainkan kad bercorak arnad hitam.






"Kita dah makin hampir...," kataku pelan.





"... dan akan ada banyak pertumpahan darah bakal terjadi nanti. Jungkook... Dia tiada rasa simpati, mungkin dia juga yang membunuh Sehun... kawan dia sendiri dan dia tak akan teragak-agak untuk bunuh awak," sambung Yeona sebelum mula bangkit daripada kerusi malas dan beredar keluar melalui pintu kayu yang agak usang.










••••••

to be continue

[✔] Catch Me - mygOù les histoires vivent. Découvrez maintenant