Nah, ini secubit bebel di kamarmu

115 11 2
                                    

Adapun
seperti memandang ke dalam mata kamu;

penuh urat selirat banyak arah simpang-siur tak tahu ke mana menangis boleh bawa lari ke tempat-tempat di ceruk dunia atau benar apakah ketawa sejenis riang yang wajar kamu raikan di pesta dengan memukul pinata kemungkinan itu milik anak jiranmu.

Nol. Segalanya sifar.

Kamu mahu penggal segala rutinitas hari demi hari selagi mana ruang dan tuan minda asing diberi histori nescaya kamu bakal jelajahi andai lepas habis bertongkat paruh segala isi dari gebu bibir mereka.

Itu buat kamu tumbuk hati sendiri!

Kamu tahu dari kepala ke kakimu bukan dua tiga tipu-tipu lalu kamu katakan lepas habis boneka segala inci badan biarkan kamar itu dipujuk sendiri dalam kira sejam dua dan demi tuhan mahu saja aku katakan bodoh kamu itu terkadang menjengkelkan.

Iya, cuma kamu saja tahu apa kamu mahu.

Kali terakhir, pada wajahmu aku lihat;

"Berikan spasi untukku los."

Seyogianya, bilangku.

Cuma kota misteri dalam kepalakuWhere stories live. Discover now