ISTERI 18 TAHUN 42

53.6K 1.3K 149
                                    


" Amboi! Aiskrim lagi.. " tegur Amyra apabila melihat anak-ii kembarnya sedang menjilat aiskrim sambil berjalan memasuki rumah.

" Sayang okayy? " Tengku Shazmer memeluk bahu isterinya seraya mencium ubun-ii Amyra. Amyra hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.

" Dia nakal tak? Hm? " soal Tengku Shazmer lembut sambil menarik Amyra agar duduk di sofa.

" Tak.. Dia baik.. " jawab Amyra perlahan. Tengku Shazmer tersenyum lalu menyentuh perut Amyra yang sedikit membulat.

" Sorry tak dapat teman abang lawat kubur arwah Haira.. Myra tak larat sangat.. " ucap Amyra perlahan.

" It's okayy sayang.. Abang ada dua orang ' bodyguard '. " Tengku Shazmer ketawa kecil.

" Diorang mesti merungut and susahkan abang kan sebab bosan.. Myra dah cakap jangan ikut.. Diorang nak ikut jugak.. " ujar Amyra.

" Takpe sayang.. Diorang bukannya susahkan orang lain.. Papa diorang jugak.. " Tengku Shazmer mengukir senyuman manis.

" Baby Iq mana? " soal Tengku Shazmer.

" Ada dekat atas.. Tengah tidur. Yen temankan dia.. " ujar Amyra lembut.

" Hm baguslah.. Biar dia belajar jaga adik sebab ramai lagi adik dia yang nak datang.. " seloroh Tengku Shazmer. Amyra ketawa kecil lalu menampar lembut lengan Tengku Shazmer.

Tengku Shazmer memerhati anak kembarnya bermain sambil tersenyum..

" Papa! Mama! Nak tenok baby! " pinta Rizqin.

" Pergilah.. Cuci tangan dengan nulut dulu.. Comot! " arah Anyra.

Rizqin dan Sofea terus berlari ke dapur untuk membasuh tangan sebelum berlari naik ke atas.

" Riz, Fea, jangan lari! " pesan Tengku Shazmer.

Alhamdulillah Ya Allah.. Terima kasih untuk segalanya. Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan Mu..

~ • flashback • ~

" Kami dah cuba yang terbaik dan alhamdulillah kami berjaya keluarkan peluru tu. Kami akan pindahkan Puan Amyra ke wad dan boleh dilawat nanti.. " ujar doktor itu.

~ • end flashback • ~

Ya.. Amyra selamat.. Rasa syukur yang tak terhingga ku panjatkan kepada Illahi.

Baby Iq a.k.a Baby Nashriq Haiqal. Anak aku dan Haira. Ya.. Haira mengandung kesan daripada peristiwa itu. Pada mulanya aku tak dapat terima Haira dan anaknya namun Amyra memujuk. Dia kasihankan Haira dan anak itu atas dasar sesama wanita.

Dan akhirnya aku memaafkan Haira. Aku menerima kehadiran anak itu meskipun dia hanyalah anak luar nikah yang terhasil akibat dari perbuatan Haira sendiri. Walau bagaimanapun dia tetap darah dan daging aku..

Namun umur Haira tidak panjang. Dia pergi sejurus sahaja melahirkan bayi kami. Aku dan Amyra bersama sama membesarkan anak-ii itu.

Nashrin Haiqal, anak tiri aku iaitu anak Aleesya dan Taufik.

Zarith Rizqin dan Zarith Sofea, anak aku dan Amyra.

Nashriq Haiqal, anak aku dan Haira.

Dan sekarang ni, Amyra sedang hamil. InshaAllah kami akan menimang cahaya mata lagi hujung tahun ini.

Abang Shazmin pula sudah pun berkahwin. Eryna nama isterinya. Mereka juga bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Usia kandungan Amyra dan Eryna hanya berbeza lebih kurang sebulan.

Abang Shazwan juga bahagia bersama keluarganya. Abang Shazren juga begitu.

Daddy? Aku juga telah memaafkan daddy namun.. Dia juga telah pergi dijemput Illahi kerana angin ahmar. Namun aku bersyukur kerana sempat berbaik dengannya sebelum dia pergi.

Maria? Dia telah pun berhijrah ke luar negara membawa hatinya yang duka atas pemergiaan suami tercinta. Hubungan kami baik. Aku berhenti menyalahkan dirinya atas ketiadaan jodoh antara kami.

Begitulah kehidupan.. Setiap perjalanan hidup, pasti ada dugaan dan halangannya. Sebagai hamba, kita mestilah redha dengan ketentuan-Nya. Namun percayalah.. Disetiap kedukaan pasti ada sinarnya.. Disetiap sedih.. Pasti ada tawanya.. Dan disetiap perbuatan pasti ada balasannya..

Tamat

Hey! Hey! Akhirnya Mr. Hazel Is Mine telah pun melabuhkan tirainya setelah hampir sebulan huhu. Maaf andai ada cacat cela. Maaf kalau cerita ni buat anda sedih dan sakit hati. Maaf kalau cerita ni tak memuaskan. Maaf atas semuanya.

Thanks untuk yang sudi membaca, vote dan komen. I love you. Harap anda semua tak bosan baca karya saya. See you in next story 😻

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now