ISTERI 18 TAHUN 37

26.7K 827 14
                                    

" Amer.. Bila kita ditimpa kesusahan, mengadulah pada Dia.. Dia yang datangkan ujian pada kita dan Dia jugalah yang akan bukak jalan untuk kita selesaikan masalah tu.. Amer ingat pesan mama ye sayang.. " pesan Tengku Marissa sambil tersenyum manis. Ubun-ii Tengku Shazmer diusap penuh kasih.

" Mama! " Tengku Shazmer tersedar dari lenanya. Persekitaran wad yang serba putih dipandang. Tiada kelibat Tengku Marissa mahupun sesiapa.

Peluh yang merenik di dahi dikesat lembut.

~•~

Tengku Shazmer menyudahkan solat sunat taubatnya. Kedua tangan ditadah memohon doa.

" Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa-ii ku. Ampunkanlah dosa-ii orang yang aku kasihi.. Ya Allah.. Aku telah terleka dan tersasar jauh.. Ampunkan aku.. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan tidak berdaya.. Kau berikanlah aku petunjuk dan jalan penyelesaian untuk kesemua masalah ini Ya Allah.. Aku teraniaya.. Kau kembalikanlah isteriku.. Bukakanlah pintu hatinya Ya Allah. Tunjukkan kebenarannya Ya Allah.. Amin ya rabbal alamin.. " kedua tapak tangan diangkat menyapu wajahnya.

~•~

" Riz.. Fea! Jangan nakal sangat boleh tak? Mama pening lah! " marah Amyra apabila kedua anak kembarnya itu berlari lari sehingga menjatuhkan barangan hiasan di atas almari hiasan.

Rizqin dan Sofea terus berlari tanpa mempedulikan Amyra.

" Riz! Fea! Apa degil sangat ni? " Amyra memulas telinga anak-ii nya. Pasangan kembar itu mula menangis.

" Mama! "

" Myra! " jerit Nurwafa lalu meleraikan Amyra dari anak-ii nya.

" Kau ni dah kenapa? Diorang budak lagi lah.. Tak tahu apa! " marah Nurwafa lalu memujuk anak-ii kecil itu.

" Dulu kau nak anak.. Sekarang bila dah ada anak kau buat macam ni pulak.. " Nurwafa merenung tajam wajah Amyra.

Amyra terduduk di sofa. Rambutnya diraup kasar ke belakang.

" Sekalipun kau marahkan Shazmer.. Jangan jadikan budak-ii ni sebagai mangsa! " ujar Nurwafa dengan keras lalu memimpin anak-ii kecil itu naik ke atas.

Amyra terpempam. Ya Allah.. Apa aku dah buat ni.. Amyra menekup wajah dengan kedua tangannya.

~•~

Amyra berlari anak menghabiskan pusingangan yang ketiga mengelilingi tasik. Peluh di dahi dikesat. Fikirannya yang berserabut ditenangkan dengan aktiviti riadah.

Amyra duduk sebentar berehat di kerusi batu. Botol mineral yang diusung dibuka penutupnya. Air putih itu diteguk rakus.

Amyra termenung memikirkan tentang kehidupannya. Fikirannya buntu. Dia tidak dapat membuat sebarang keputusan buat masa sekarang. Keluhan kecil dilepaskan.

Hampir 10 minit Amyra duduk termenung di taman tasik itu, dia berlalu menuju ke keretanya. Sebaik sahaja tangannya ingin membuka pintu, seseorang menekup mulutnya menggunakan sapu tangan.

Amyra meronta sebelum perlahan lahan terkulai tidak sedarkan diri.

Dia tersenyum. Tempat parking yang sunyi memudahkan kerjanya. Amyra diheret masuk ke dalam keretanya.

~•~

" Ish mana pulak perempuan ni pergi.. " Nurwafa memandang jam di dinding yang sudang menginjak ke angka 2 petang. Amyra keluar dari rumah sedari jam 7 pagi dan masih belum pulang.

Nombor Amyra didail berpuluh puluh kali namun tiada jawapan. Hanya masuk voicemail.

" Myra.. Kau pergi mana.. " gumam Nurwafa perlahan.

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz