ISTERI 18 TAHUN 10

28K 1K 17
                                    

Tengku Shazmer pantas meluru ke bawah apabila terdengar suara Tengku Aleesya terjerit jerit memaki seseorang. Dan seperti yang dijangka. Amyra mangsanya. Kelihatan Amyra sudah pun terduduk. Tengku Aleesya tiada. Mungkin sudah pulang. Tengku Shazmer serba salah ingin mendekati Amyra.

" Kau okayy? " soal Tengku Shazmer dengan lembut. Amyra mendongak memandang wajah Tengku Shazmer.

" Okayy? Nampak tak ni? Seumur hidup tak pernah saya kena tampar tahu tak! Sedap aje perempuan sundal tu nak tampar saya! Ingat saya ni apa? Ni semua salah awak! " Amyra menolak Tengku Shazmer sehingga terduduk. Amyra bingkas bangun lalu naik ke atas. Tengku Shazmer menjadi serba salah.

" Aleesya! " Tengku Shazmer mengetap bibir. Tangannya mengepal penumbuk.

~•~

" Myra.. " panggil Tengku Shazmer. Amyra buat tidak endah. Tubuhnya dipusing mengiring membelakangi Tengku Shazmer.

" Myra aku mintak maaf.. " ucap Tengku Shazmer. Amyra tergamam. Wait what? Maaf? Serious ah pak belang mintak maaf? Dia tertukar roh ke dengan perempuan tadi?

" Myra.. Kalau kau tak jawab aku.. " Tengku Shazmer menggantung ayat. Tangannya bergerak memegang pinggang Amyra. Amyra terkejut lalu menepis tangan Tengku Shazmer.

" Apa? " Amyra pusing memandang suaminya. Tengku Shazmer merenung pipi Amyra yang masih merah.

" Sorry.. " ucap Tengku Shazmer lalu mengerdip matanya berkali sambil mengukir senyuman selebar yang mungkin. Amyra pelik. Weyh Tengku Shazmer ke ni? Ke aku yang dah termasuk ke alam mimpi lepas kena tampar tadi?

" Err.. Okayy.. " jawab Amyra lalu memusing semula tubuhnya membelakangkan Tengku Shazmer. Otaknya ligat berfikir tentang sikap Tengku Shazmer yang tiba-ii berubah. Eh angin monsun pun berubah pelan-ii tau ke tempat lain!

" Myra! " Tengku Shazmer menarik Amyra agar pusing menghadapnya.

" Sakit lagi ke? " soal Tengku Shazmer sambil mengusap lembut pipi Amyra yang ditampar Tengku Aleesya. Amyra geram.

" Sakit lah! Tanya pulak! " marah Amyra lalu menjeling.

" Alolo sakit lagi.. Syian dia.. Takpe nanti aku pergi penampar balik si Aleesya tu ye! Jahat dia.. Buat isteri aku macam ni.. " ujar Tengku Shazmer. Lagaknya seperti sedang memujuk anak kecil. Amyra hampir tergelak.

" Awak ni kena sampuk ke? " soal Amyra. Wajah Tengku Shazmer ditenung. Kening dijongket. Tengku Shazmer tersengih.

" Saja nak tengok kau ni cepat perasan ke tak.. Dah ah! Tidur. Esok aku tolong balas dendam untuk kau eh.. " ujar Tengku Shazmer lalu menutup lampu. Amyra mencebik. Cis!

~•~

" Myra! Cepatlah aku tak tahan dah ni perut aku memulas! " Tengku Shazmer mengetuk pintu bilik air yang dihuni Amyra bertalu talu.

" Kejap lah! Awak pergilah tandas lain.. " jerit Amyra.

" Ish kau ni! " Tengku Shazmer terus melangkah keluar dari bilik. Bilik Tengku Shazwan dituju.

" Along! Pinjam toilet! " Tengku Shazmer terus menerjah bilik air di bilik Tengku Shazwan. Tengku Shazwan menggeleng.

~•~

" Eh kau tak pergi kelas ke harini? " soal Tengku Shazmer. Pelik apabila melihat Amyra tidak kalut bersiap seperti selalu.

" Kelas apanya. Apa saya nak jawab kalau orang tanya pasal ni? " Amyra menunjuk pipinya yang masih merah.

" Itulah siapa suruh putih sangat. Kan bila lebam nampak sangat kesannya. " ujar Tengku Shazmer lalu menyarung kemejanya.

" Eh biarlah! Tahu lah awak tu hitam! " ujar Amyra dengan selamba. Ceyh! Hitam? Haha tak adalah. Cuma Tengku Shazmer gelap sedikit berbandingnya. Sikit je lah!

" Wah sedap mulut kau.. Aku tak hitam okayy! Aku pun putih cuma tak seputih kau! " Tengku Shazmer tidak mahu kalah. Amyra hanya mencebik.

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now