ISTERI 18 TAHUN 23

28.3K 1K 35
                                    

" Kak Neesa.. Maafkan Leesya.. Leesya tahu Leesya salah. Leesya menyesal akak.. " ucap Tengku Aleesya sambil menatap sekeping gambar. Wajah arwah kakaknya, Tengku Aneesa Afrina direnung dengan perasaan bersalah yang menggunung.

~•~

" Aku nak kahwin hujung minggu ni. " ujar Tengku Shazmer tanpa rasa bersalah. Amyra hanya beriak biasa. Kau kena kuat Amyra. Kau kena buktikan yang kau bukannya lemah!

" Selamat pengantin baru.. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.. " ucap Amyra dengan nada sinis. Tengku Shazmer memandang Amyra yang sedang bersiap.

" Kau nak pergi mana? " soal Tengku Shazmer.

" Pergi lah mana-ii pun. " Amyra terus mencapai handbagnya sebelum berlalu meninggalkan Tengku Shazmer.

~•~

" Okayy harini.. Kak Qila belanja! Myra dengan Nia cakap je nak makan apa.. " ujar Aqilah sambil memimpin anaknya, Alina.

" Okayy kalau macam tu.. Hm Nia nak makan masakan thai boleh? " soal Rania sambil mendukung anaknya, Shahir.

" Myra macam mana? " soal Aqilah. Amyra tidak menjawab. Tangannya memegang kepalanya yang terasa berpinar. Pandangannya mulai kabur.

" Myra.. Myra kenapa ni? " suara Aqilah kedengaran samar-ii sebelum pandangannya menjadi gelap.

~•~

" Myra kena bagitahu Amer! Mesti dia tak jadi kahwin bila dia tahu Myra mengandung! " ujar Aqilah. Rania mengangguk tanda setuju. Amyra tersenyum tawar lalu menggeleng perlahan.

" Tak ada gunanya kak.. Dia dah khianati cinta Myra.. Kepercayaan Myra.. " ucap Amyra dengan sayu. Perutnya yang masih kempis diusap perlahan. Aqilah dan Rania terdiam. Kandungan yang sudahpun berusia 8 minggu langsung tidak menunjukkan tanda-ii kehamilan menyebabkan dia sama sekali tidak menyedari kehadiran anak itu.

" Biarlah dia hidup dengan pilihan dia. Myra akan undur diri. " ucap Amyra lalu tersenyum tawar.

~•~

" Aku terima nikahnya Tengku Aleesya Afrina Tengku Harun dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai.. " dengan sekali lafaz, Tengku Aleesya sah menjadi isteri Tengku Shazmer. Amyra hanya tersenyum. Air matanya sudah kering. Ianya tidak patut dibazirkan untuk seseorang seperti Tengku Shazmer. Dia perlu buktikan pada Tengku Shazmer bahawa dia seorang yang kuat.

~•~

" Tahniah Aleesya.. " ucap Amyra sambil tersenyum manis. Tengku Aleesya agak terkejut dengan reaksi Amyra yang hanya tersenyum manis.

" Awak.. " panggil Amyra lalu meraih tangan Tengku Shazmer. Dicium tangan si suami dengan penuh rasa hormat.

" Saya doakan awak bahagia. Saya pergi dulu.. " ucap Amyra dengan sayu sebelum melepaskan tangan Tengku Shazmer. Tengku Shazmer terkelu. Amyra terus melangkah menuju ke teksi yang telah pun bersedia menunggu di luar pagar rumah.

" Myra.. " panggil Tengku Shazmer. Amyra terus melangkah tanpa menoleh sedikit pun. Terima kasih cinta pertamaku.. Kau telah lukai aku setelah apa yang ku lakukan untukmu. Semoga kau bahagia bersama si dia. Aku pergi dulu. Mencari kembali kekuatan dan kepercayaan yang telah kau hancurkan.. Tengku Shazmer ingin mengejar Amyra namun kakinya seakan dipaku. Tengku Aleesya tergamam. Amyra.. Aku tahu kau rela Shazmer menikah dengan aku sebab kau tak sanggup kehilangga dia. Maafkan aku.. Maafkan aku sebab dah hancurkan cinta kau..

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now