ISTERI 18 TAHUN 30

27.9K 895 19
                                    

Amyra mendekati katil Tengku Shazmer perlahan lahan lalu duduk di kerusi pelawat yang disediakan.

" Abang.. " air matanya tidak dapat ditahan. Ianya gugur jua membasahi pipi. Tangan tengku Shazmer yang disambung dengan beg darah digenggam.

" Maafkan Myra.. " ucap Amyra perlahan.

" Myra berdosa dengan abang.. " tangan Tengku Shazmer dibawa ke bibir.

" Myra mintak ampun.. " suara esakannya dikawal.

" Kenapa baru sekarang? " soal Tengku Shuhana sambil berpeluk tubuh lalu berjalan mendekati Amyra. Amyra menoleh.

" Kenapa kau datang balik dalam hidup dia? " Tengku Shuhana merenung tepat wajah Amyra. Amyra hanya mampu menunduk.

" Aku harap kau yang terlantar atas katil tu.. Bukannya dia.. " ucap Tengku Shuhana tanpa nada. Amyra mengetap bibir.

" Saya.. "

" Aku dah buat segalanya supaya dia pulih dari depression. "

" Tapi Haira.. "

" Leave.. " Tengku Shuhana tidak memberi peluang kepada Amyra untuk berkata apa-ii. Amyra tersentak.

" Now! " ujar Tengku Shuhana dengan keras. Amyra akur. Sebelum Tengku Shuhana mengamuk besar, dia mengalah. Dia bangun perlahan lahan dan ingin berlalu.

" Leave him forever.. He is mine.. " ucap Tengku Shuhana tanpa memandang Amyra. Amyra keluar dari wad itu dengan perasaan bercampur baur. Meskipun berat hati untuk meninggalkan Tengku Shazmer, dia terpaksa.

~•~

Amyra duduk termenung di tepi tasik. Keluhan dilepaskan.

" Kalau dia boleh bahagiakan abang.. Myra rela lepaskan abang.. Myra tak sanggup tengok abang menderita lagi disebabkan Myra.. " Amyra merenung kosong air tasik yang tenang.

" Mama! Mama! " suara Sofea memecah kesunyian. Amyra beralih memandang si kembar perempuan.

" Ye sayang.. " Amyra tersenyum manis.

" Piya apat eskrem! " Sofea menayang aiskrim di pegangannya.

" Yiz pun apat! " Rizqin turut menayang aiskrimnya. Amyra cemas.

" Siapa bagi? Kan mama dah cakap jangan berbual dengan orang yang tak kenal.. " Amyra menarik anak-ii nya agar mendekatinya.

" Tak kenal apanya.. Bakal bapak tiri diorang jugak kan.. " tegur satu suara dari belakang. Kelihatan Taufik tersenyum manis memandangnya. Amyra mengeluh perlahan. Dia lagi!

" Ama! Acik ni agi eskrem! " ujar Sofea dengan pelatnya. Rizqin mengangguk setuju.

Taufik tersenyum memandang anak-ii Amyra lalu mengambil tempat di sebelah Amyra. Amyra menginjak sedikit agar kedudukan mereka tidak begitu rapat.

" You look unhappy.. " tegur Taufik. Amyra tersenyum tawar. Tidak berminat untuk berbual dengan Taufik.

Dari jauh, seseorang memerhati gerak geri mereka. Telefon bimbit dikeluarkan. Beberapa keping gambar Amyra dan Taufik diambil.

~•~

" Sayang.. Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Buatlah apa pun tapi tolong jangan tinggalkan abang please! Myra I need you in my role life! "

" No! I will never come back to you! You are such a ungrateful person! I hate you! " Amyra menjerit lalu berlari meninggalkan Tengku Shazmer.

" Myra! " jerit Tengku Shazmer. Matanya pantas terbuka. Dadanya turun naik menarik nafas. Diperhati ruang sekeliling yang serba putih. Dilihat raut wajah yang sedang merenungnya.

" Abang.. Abang dah sedar? Doktor! Doktor! " Tengku Shuhana pantas menjerit memanggil doktor apabila melihat Tengku Shazmer sudah pun membuka matanya.

Setelah diperiksa oleh doktor, Tengku Shazmer dibenarkan dipindahkan ke wad biasa.

" Abang ada nak makan apa-ii? Haira belikan.. " Tengku Shuhana tersenyum manis memandang Tengku Shazmer. Tengku Shazmer menggeleng menandakan dia tidak mahu makan.

Keluhan kecil dilepaskan. Alangkah bagusnya jika Amyra yang bertanya. Sudah pasti dia akan mengangguk. Sudah hampir tiga hari Tengku Shazmer sedar namun wajah Amyra tetap tidak kelihatan. Abang-ii nya turut pelik dengan kehilangan Amyra secara tiba-ii.

Tengku Shazmer langsung tidak mahu bercakap, makan mahupun minum. Perutnya dibiar kosong. Puas dinasihat dan diugut oleh doktor namun hanya makian yang mereka perolehi dari Tengku Shazmer.

~•~

" Abang.. Lupakan dia please.. Dia dah ada orang lain.. " Tengku Shuhana memandang tepat wajah Tengku Shazmer. Tengku Shazmer merenung tajam wajah adiknya.

" How do you know? "

Tengku Shuhana mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar-ii yang ditangkap tempoh hari ditunjukkan pada Tengku Shazmer. Tengku Shazmer merenung gambar Amyra dan Taufik yang sedang duduk di tepi tasik. Terdapat juga kedua anak kembarnya di dalam gambar itu. Tengku Shazmer merengus geram.

Tangan Tengku Shazmer bergerak ingin membaling telefon bimbit itu namun dengan pantas Tengku Shuhana merampas telefonnya sebelum hancur berkecai.

" Dia tak pernah pun ingat fasal abang. Melawat pun tak. Abang je yang terkejar dia. " Tengku Shuhana cuba menghasut.

" Kau keluar sebelum aku hentak kau dengan benda ni.. " Tengku Shazmer memberi amaran sambil tangannya memegang besi beroda yang menggantung drip air.

Tengku Shuhana menelan liur. Langkah diatur kasar menuju ke pintu keluar. Bunyi kasut tumit tingginya nyaring menghiasi kesunyian.

Tengku Shazmer termenung bersendirian. Tak. Aku tak boleh percaya selagi aku tak dengar dari mulut Amyra. Aku kena percayakan dia! Tapi kenapa aku mimpi dia tinggalkan aku? Betul ke Myra.. Betul ke di hati Myra langsung tak ada tempat untuk abang..

~•~

" Amer nak jumpa Myra! " luah Tengku Shazmer kepada Tengku Shazren. Tengku Shazren mengeluh perlahan.

" Tapi.. "

" Amer takkan ganggu dia dah if dia cakap dari mulut dia sendiri yang dia dah tak perlukan Amer dalam hidup dia. Amer janji.. "

Tengku Shuhana yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke wad terbantut. Apa yang dikatakan oleh Tengku Shazmer cukup jelas di telinganya.

~•~

Amyra teringat akan pertemuannya dengan Tengku Shazren sebentar tadi.

" Amer nak jumpa Myra.. Pergilah lawat dia.. Please.. Abang merayu.. "

Amyra mengeluh perlahan. Dia tersepit.

" Fea.. Riz.. Jangan lari nanti jatuh! " nasihat Amyra apabila anak-ii nya berlari lari menuju ke pintu rumah. Amyra pelik memandang sekeping kertas yang ditampal di pintu kondonya.

Aku tahu Shazmer nak jumpa kau. Dia nakkan kata putus dari kau. Bagitahu dia yang kau dah jumpa orang lain dan kau dah tak perlukan dia atau.. Aku terpaksa gunakan kekerasan. Ingat! Kau ada anak..

Sincerely,
Shazmer's true love

Amyra mengetap bibir. Kertas itu direnyuk.

~•~

Amyra berjalan perlahan lahan masuk ke dalam wad yang menempatkan Tengku Shazmer. Tengku Shazmer mendongak memandang pelawatnya. Bibirnya serta merta mengorak senyuman apabila matanya menangkap susuk tubuh Amyra.

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now