Siapakah Ambassadors?

118 10 0
                                    

Ambassadors (Duta) adalah kumpulan pengguna Wattpad dari seantero dunia yang membantu melancarkan perjalanan komuniti Wattpad.

Profil ini adalah profil di mana kumpulan pengguna dari Malaysia berkumpul. Kami juga mempunyai kumpulan lain untuk bahasa Inggeris, Indonesia, Spanish, Portuguese, Russian, Filipino, Turkish, dan banyak lagi bahasa lain yang dibantu oleh Ambassadors, di mana kebanyakan anggotanya adalah bilingual.

Semua Duta dipilih oleh pasukan Wattpad daripada senarai pemohon yang menghantar permohonan untuk menyertai program ini. Mereka akan dilatih dan perlu berhubung dengan staf di Wattpad HQ dalam banyak projek.

Duta juga adalah sukarelawan yang tanpa paksaan memberi sedikit dari masa dan tenaga mereka untuk menjadikan Komuniti Wattpad lebih kukuh dan utuh seperti hari ini.

Program AmbassadorWhere stories live. Discover now