TENTANG PROGRAM

784 88 48
                                                  

Tujuan:

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan komuniti aktif yang sentiasa berhubung sekaligus menyokong jutaan pengguna Wattpad yang menulis dan membaca setiap hari di sini.

Bagaimana Program ini Berfungsi:

Program ini mempunyai tiga kitaran di mana setiap satunya berjalan selama empat bulan. Dalam setiap kitaran, kami akan mencari dan melatih Ambassador baru dari seluruh pelusuk dunia untuk turut serta ke dalam kumpulan kami yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Di penghujung setiap kitaran, Ambassador yang tidak mahu meneruskan program ini akan dilepaskan dan mereka mempunyai pilihan untuk meneruskan peranan sebagai Alumni / Friends of Wattpad ataupun ahli biasa.

Tiga Kumpulan Utama:

Program ini terdiri daripada tiga kumpulan utama. Ambassador boleh memilih kumpulan berdasarkan minat masing-masing.

· Content - Berminat dengan isi kandungan cerita. Sanggup menyelami karya-karya yang ada dan memastikan semuanya mengikut peraturan dan mudah untuk dicari oleh pembaca.

· Engagement - Menghubungkan pembaca dan penulis melalui penceritaan, eksperimen berterusan dan sanggup mencuba idea-idea baru. Engagement Ambassadors sangat suka beramah mesra dan berhubung dengan pengguna Wattpad melalui aktiviti percubaan di Facebook Rasmi Wattpad dan Twitter.

· Club - Bersosial adalah sebahagian besar daripada aktiviti kebanyakan pengguna Wattpad.. Dan Clubs adalah tempat di mana anda boleh bersosial! Tetapi ada masanya, keadaan akan menjadi sedikit tidak menyenangkan. Bermakna, tahap kesabaran yang tinggi adalah sangat penting untuk menjadi Club Ambassadors.

Apa yang kami cari:

Pemohon perlulah berumur 18 tahun dan ke atas.

● Pengguna Wattpad yang aktif, dan sudah berada di dalam wattpad sekurang-kurangnya enam bulan.

Mereka yang mahu menjadi wakil untuk Komuniti Wattpad, mestilah mampu mengekalkan dan menegakkan peraturan Komuniti.

Mampu memberikan sekurang-kurangnya 4 jam seminggu.

Akaun yang digunakan untuk memohon adalah akaun persendirian, bukannya akaun bersama. Anda juga perlu mempunyai talian internet dan komputer untuk memudahkan kerja-kerja sebagai Ambassadors.

Penyerahan:

Permohonan dibuka pada bulan ini sehingga 29 April 2019

Ikuti profil ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tarikh pembukaan borang penyertaan.

Program AmbassadorWhere stories live. Discover now