Bab 37

29 2 0
                                    

2 bulan kemudian...

Nadia P.O.V

Kubur yang berada di depan mata aku tatapi dengan sayu. Sepanjang dua bulan aku koma,banyak benda berlaku. Seorang demi seorang tinggalkan aku. Walaupun hanya dua insan yang aku sayangi. Kalau aku tak suruh abah bawak laju-laju..benda ni mesti tak jadi. Kalau Zikri tak kejar kitorang, mesti kitorang masih selamat. Why me? Kenapa aku perlu lalui semua ni?

Flashback

'Dush'

Sebuah van telah melanggar kereta abah yang baru sahaja keluar daripada jalan kampung.
Aku dapat rasakan yang aku terkeluar daripada kereta. Mungkin aku tak tutup pintu kereta rapat-rapat bila masuk tadi. Dan aku tak pakai seatbelt.Kalut sangat.
Dari jauh aku dapat lihat Amsyar yang terlentok di cermin kereta dengan dahi yang berdarah. Dia mungkin dah pengsan.
Aku waktu tu dah tak dapat fikir apa. Orang ramai yang datang kat aku dan soal aku pun aku endahkan. Selepas beberapa minit terdampar dekat jalan raya tu, mata aku rasa berat sangat. And...pengsan.

Lamunan aku terhenti apabila Hani datang dan duduk di sebelah aku.

"Nadia...jom, kita balik eh?"

"Why me? Aku baru 15 tahun. Kenapa aku perlu hadap semua ni Hani?" Aku dah macam orang tak batul dah sekarang ni.

"Actually, you are 16 years old now. And...kau kata kenapa kau? Kenapa kau perlu hadap semua ni? Come on Nad! Semua orang akan mati. Lagi satu..bukan kau sorang je yang dapat ujian macam ni. Ramai lagi. And ujian diorang lebih teruk daripada kau. Kau patutnya bersyukur allah tak ambil nyawa kau lagi. Bukan menyalahkan qada dan qadar macam ni. Allah duga kau macam ni sebab kau mampu,kau mampu hadapi semua ni. Walaupun berat bagi kau, insya allah kau boleh hadapi semua ni. Believe me nad.."

Aku tak dapat nak balas apa-apa. Betul kata Hani. Aku ni macam tak terima takdir je. Ya allah,berdosanya aku. Orang lain kat luar sana terima lebih banyak dugaan. Lagi teruk daripada aku. At least,aku masih ada ibu dengan adik beradik aku. Aku masih ada kawan-kawan aku.

"Hani..sorry tadi. Emo sangat. Haha" seriously, entah hantu apa rasuk badan aku sampai aku jadi macam tu.

"No..sokay laa. Aku dah biasa kena macam ni. Haha gurau je" senyuman Hani tiba-tiba mati.

"Nape?" Soalku sambil mengangkat-angkat kening sebelah kiri.

"Aku...tak. Emm..aku..Lupa lah. Ergh tak pe la" aik..Hani ni dah kenapa?

"Pahal kau ni? Cakap la. Seram sejuk pulak aku tengok kau"

"Kau...ingat Amsyar dah mati ke?"

"Ha? Apa maksud kau ni? Aku tak paham" sumpah ape benda pompuan ni cakap? Amsyar dah mati? Dah la aku ni blur.

"Haih. Tak. Okey macam ni..Kau dah dua bulan koma kan. So, sekarang kau dah sedar. Bila kau tanya mak kau abah kau mana masa tu..yaa..you know the answer kan? Tapi Amsyar? Mak kau tak cakap apa-apa kan? And..kau anggap dia dah mati? Kan?" 

Aku hanya mengangguk. Ye. Aku anggap dia dah tak ada kat dunia. Sebab ibu tak cakap apa-apa pun. Ibu hanya geleng je. So..aku anggap geleng tu 'tak ada'. Lagi satu.. otak aku waktu tu sumpah tak dapat mentafsir dan berfungsi. Apa yang ibu cakap semuanya mengejutkan aku. Lebih-lebih lagi...pasal abah. Abah dah tinggalkan aku untuk selamanya. Sejak aku dapat tau semua tu aku asik menangis je. Dalam dua hari jugak. Even aku dah discharged semalam, harini baru aku lawat abah.Tapi tulah...bila aku fikirkan balik, mana kubur Amsyar kalau dia dah meninggal kan?

"Nad...Amsyar belum meninggal lagi. Actually,papa dia ada buat bisnes kat luar negara. Australia. Papa dia ada syarikat kat sana. And..kau tahu..Amsyar dah normal. Dia dah macam kita. Bukan macam budak-budak lagi. Then,papa dia bawak family dia tinggal kat kuar negara."

"Ap..apa..seriously?!! Macam mana pulak dengan Zikri? Dia dekat mana sekarang? Dia ikut Amsyar sekali ke? Angsana dengan Satria? Bila diorang pergi sana wei? Wei asal..asal sekarang baru aku ingat nak terfikirkan Zikri? Oh shit! My brain!!!" Pehh..aku lost gila! Semua benda aku tak ingat. Taksub sangat menangis. Macam nilah jadinya. Ergh..

"Okey..nad!! Relax! Aku akan ceritakan semuanya. Tapi..tak kan la kita nak cerita dekat tapak perkuburan ni pulak..kau ni pon! Kita pergi tempat lain eh?" Oh ye! Baru aku ingat kitorang masih dekat kawasan perkuburan. Emm..sekarang baru rasa takut sikit. Tu lah..rancak bercerita.




Waiting You Where stories live. Discover now