Bab 35

37 1 0
                                    

"Nadia nak tanya abah dengan pakcik sesuatu..boleh?" Aku yang sedang duduk dihadapan kedua-dua orang lelaki ini mengharapkan balasan yang positif.

Pagi ni, aku,abah,papa Amsyar dan Eff buat mesyuarat tak berapa gempar di pejabat papa Amsyar. Mula-mula nak buat kat Mcd je,tapi si Eff dengan abah kata tak sesuai. Iyekan ajalah. Nasib ada air cond. Tak de la aku cair duduk sebelah Eff. Eh ehh kesitu.

"Nadia nak tanya apa?" Abah dengan muka pelik membalas.

"Fasal.. acik Zahrah.." oh ye lupa nak bagitau. Mak Zikri tu namanya Zahrah.

Aku tengok muka abah dengan papa Amsyar dah cuak kuasa lima belas. Seriously? Cuak gila muka. Tak hensem bebenar.

"Ma...macam mana Nadia.."

"Nadia tau everything. Tapi part yang orang kampung ada kat umah memasing tu Nadia tak tau. And thats why Nadia nak tau. Jangan tanya kenapa Nadia nak tau benda ni. And..Nadia tau semua kisah ni daripada Opah." Okey bukan nak kurang ajar atau apa..tapi ayat abah tu memang klise yang amat. Mesti nak tanya macam mana aku tau kan?

"Kenapa Nadia nak tau fasal  dia?" Kalini papa Amsyar pulak menyoal aku.

"Hm..panjang kisahnya pakcik. Aduh malas pulak nak cerita. Eff kau citer ah. Aku kalau cerita tak sampai ke otak. Tapi sampai ke Afrika" haha tak salahkan melawak masa genting ni? Tapi betul apa aku cakap. Aku tak pandai bercerita. Nanti mesti orang tak faham.

Maka,Eff dengan muka separuh redha pun bercerita. Sekali sekala aku menyampuk sebab ada statement dia tu tak berapa nak betul.

"Astaghfirullah,kenapa Nadia tak bagitau abah sebelum ni?" Oh mak ku!

"Er..er..Nadia tak tau macam mana nak cerita. Lagipun Nadia takut abah tak percaya je. Nadia pun tak tau yang bende ni semua ada kaitan dengan abah. So...apa jadi kat acik Zahrah masa orang kampung dekat rumah masing-masing?"

"Kenapa Nadia nak tau? Untuk apa?" Aduhaii abah ni.

"Ye Nadia. Acik rasa tak perlulah diingatkan cerita yang lama tu. Yang lepas biarlah lepas" papa Amsyar ni..ayat uhh taknak klise lagi ke?

"Abah,pakcik...kitorang nak sedarkan Zikri. Nak sedarkan dia yang abah dengan pakcik tak bersalah. So,dia akan berhenti ganggu family kita. Abah tau kan yang saka dia cuba nak bunuh Nadia dengan Amsyar? Tu semua sebab Zikri nak balas dendam. Sebab dia tak tahu hal sebenar."

"Pakcik..betul kata Nadia tu. Mungkin dengan bagitahu Zikri hal yang sebenar dia akan berhenti buat kerja kotor ni. Zikri tu pun mesti pakcik dah anggap dia anak pakcik sendiri kan? Tak kan pakcik nak biarkan dia terus tersesat macam tu? Pakcik..insya allah kalau kita bagitahu hal yang sebenarnya dekat Zikri, boleh batalkan niat dia nak bunuh pakcik dan keluarga pakcik." Berkarisma betul Eff bila berbicara. Aduhh..ayat dia sopan bebenar. Bila dengan member segala carutan keluar. Munafik!

Abah dan papa Amsyar saling berpandangan. Akhirnya, papa Amsyar mengangguk. Abah pula mula bercerita.

"Sebenarnya..masa orang kampung masuk rumah masing-masing, pawang dengan kontraktor tu tikam Zahrah. Kitorang waktu tu dah sedaya upaya nak hentikan. Tapi..kitorang tak mampu. Kitorang dibelasah teruk dengan orang kampung. Bila kitorang cuba nak gerak..kontraktor tu ugut nak bunuh kitorang. Lepas mereka tikam Zahrah, pawang tu...pawang tu ambil cangkul dan halakan cangkul ke kepala Zahrah. Dia hentak cangkul tu banyak kali..sampai kepala Zahrah tercabut. Lepastu..dia tanam kepala tu di bawah jambatan yang baru siap.Badannya pulak kontraktor tu bawak dan tanam ke tempat yang lain. Masa tengah baca mentera untuk kukuhkan jambatan tu, tiba-tiba angin bertiup kuat. Tak tau apa yang berlaku,pawang tu rebah dan mati. Kontraktor yang cuba mendekati pawang tu pula kena tolak dan pengsan. Sampai sekarang kitorang tak tahu siapa yang buat benda tu. Mungkin saka Zahrah. Abah rasa menyesal sangat. Abah pengecut dan lemah! Tak mampu lindungi kawan baik sendiri"

Waiting You Where stories live. Discover now