Bab 18

40 3 0
                                    

Im craving you.
So much damn.


Nadia keluar dari rumahnya.
Dengan langkah yang lemah longlai dia mencapai beg sekolahnya menuju ke kereta ayahnya.

"Seriously abah, baru pukul 3 pagi kot. Takkan kita dah nak pergi kem tu?"dengan mamai Nadia menyoal ayahnya.

"Yes. Kita on the way ke sekolah. Then,Nadia akan naik bas. Abah tak ikut. Abah just tolong cikgu-cikgu yang uruskan kem ni harini. Sebab abahkan nak hantar anak abah ni"

"Ha?? Okay tak kesah. Tapi kenapa mesti pukul 3 pagi bah?? Gila la pengetua ni. Orang nak tido pon tak senang"

"Dah-dah naik kereta cepat! Kang lambat pergi sekolah,tertinggal bas. Abah takkan bawak Nadia balik tau. Abah tinggalkan aje Nadia sensorang kat sekolah. Biar dapat jumpa orang dengan kain kapan."

"Ish abah ni. Buat orang meremang je. Dah la sekarang pukul 3 pagi. Cepat la jom pegi sekolah."-Nadia

"Hah! Tau takut"
:
:
:

Nadia melihat jam di pergelangan tangannya,
3:30 pagi. Baru hanya beberapa murid sahaja yang ada di sekolah. Menurut cikgu, sepatutnya murid-murid berkumpul pada pukul 4 pagi. Hanya Nadia dan beberapa orang sahaja di sekolah. Sad life.

"Huh. Ni abah la ni, datang awal pepagi gini. Peh berkurun aku nak tunggu yang lain." Nadia membebel seorang diri.

Kini,jam menunjukkan pukul 3:50. Sudah ramai pelajar yang datang. Bas untuk kedua-dua kelas ini pun sudah tiba.Hanya satu bas sahaja yang diperlukan kerana jumlah pelajar setiap kelas hanyalah 21 dan 23 orang sahaja.

Semua murid mula menaiki bas apabila jam menunjukkan pukul 4 pagi.
Seperti yang dirancang,Nadia akan duduk disebelah Hani. Tetapi apakan daya, Cikgu sudah membahagikan kumpulan masing-masing di tapak perhimpunan tadi dan mereka perlu duduk mengikut kumpulan di bas tersebut. Setiap kumpulan ada empat orang pelajar. Nadia bersama rakan sekelasnya, Haura dan dua orang pelajar kelas 3 Bitstwist, iaitu Khairul dan Hafiz.



Tapak perkhemahan 

Nadia p.o.v

Huh. Sampai juga akhirnya selepas tiga jam perjalanan. Even aku duduk sebelah Haura kaki kepochi tu aku dapatla tido dengan tenang pada satu jam yang pertama. Satu jam yang berikutnya aku terpaksa dengar gosip hangus dia tu. Nasib lah nak. Aku pon tak sangka aku akan segrup dengan Hafiz. My crush kat sekolah. Huhulala. Sem matt.
Aku tadi tak habis dokk usya dia derr. Haha

Pagi pagi buta ni semacam biasa tak ada aktiviti lain la selain bersenam. Pastu sesi berkenalan dengan fasilator kat kem ni. Ergh memasing poyo. Pikir sem ahh? Dalam kol 10 gitu ada buat permainan dalam kumpulan. Tah pape game tah aku layankan je. Aku tengok Hani dengan budak lain bukan main syok usya pakcik fasilator kat sini. Sampai main game pon tak lepas pandang. Eff pulak buat muka beku dia tu. Pelik betul mamat ni. Acah beku konon. Pirahhh.

Tengah syok main tu, tiba tiba ade beberapa fasilator datang jat tempat kitorang. Dia buat pengumuman.

"Assalamualikum w.b.t, kepada adik-adik SMK Budiman, harini korang akan ditemankan dengan pelajar sekolah lain juga ye. Sekolah ni sampai lambat kerana ada hal tertentu tadi. Dan saya cuma nak cakap,setiap kumpulan akan ditambah ahlinya. Sama ada 4 atau 5 orang daripada sekolah tersebut. Saya harap awak semua akan berikan kerjasama dengan pelajar sekolah tersebut. Ada apa-apa soalan?" Abang fasilator yang paling digemari budak sekolah ni cakap dengan muka mintak penyepak.

"Saya. Saya nak tanya sekolah mana yang akan bersama kitorang nanti?" Nazim, ketua kelas 3 Amirates menyoal. Dia tu memang tak tau malu muka tembok.

"SMA Kluang"

"What? Pehh SMA dohh"
"Poyo dohh mamat kat sana"
"Abis la kena ceramah free"

Masing-masing mula buat bising bila dengar sekolah menengah agama Kluang akan buat aktiviti dengan kitorang. Bukan apa. Tapi, budak sekolah kitorang especially grup La perras tu tak suka dengan budak sekolah ni. Ada aja yang nak dibahan kalau diorang berjumpa. Apa dosa budak-budak tu pon aku tak tau. Diorang yang banyak dosa tu tak sedo diri pulok. Nasibla La perras tu tak ada. And one more, budak lelaki sekolah tu agak poyo. Tapi ramai kata yang budak-budak lelaki tu hensem. 

"Silent!! Korang semua beratur ikut jantina dan sambut diorang kat dewan utama. Now!" Garang matt fasilator ni.

Semua dah kecut. Mulalah beratur. Dalam 5 minit macamtu dua buah bas tiba. Pehh mesti ramai nih. Bila diorang turun jaa kitorang bersalam salaman dengan diorang. Memasing acah muka suci macam baru buat solat hajat plus solat dhuha plus solat tahajud.

Kalau dah jumpa budak dari sekolah lain tak sah la kan kalau tak ada yang menggedik acah someone tu berkenan di hati. Lagi-lagi mamat sekolah agama tu ramai yang hensem. Melalak.com wei!

Aku just buat muka biasa. Aku tengok tak ada lagi yang hensem,so relax je.
Bila dah berkumpul semula ada ajaa yang menggatal nak tangkap gambar apa semua. Abang fasilator pon bagi je sebab waktu tu waktu makan tengah hari. Aku tengok Eff. Eff tengok aku. Apa dia buat? Tengah selfie dengan pompuan dari sekolah agama tu. Muka tak redho je guys. Aku just bagi thumbs up! Haha boekk ah Eff

Tengah shok-shok membahan Eff tiba-tiba..

"Hai Nadia. Long time no see"

Ayat macam kat drama kan? Hahaha drama sangat.








Waiting You Where stories live. Discover now