Bab 24

121 5 0
                                    

"Sebelum kita kahwin, saya nak awak tau yang saya ni seorang pesakit." Kata Ellissa.

"Pesakit? Awak sakit apa?" Tanya Emir dengan nada serius.

"Ketumbuhan." Balas Ellissa dengan senyum pudar.

"Jadi, bila pembedahan?" Tanya Emir.

"Saya taknak jalani pembedahan. Saya takut.." Balas Ellissa dengan nada suara yang rendah.

"Saya nak awak buat pembedahan tu, tapi lepas kita kahwin. Muktamad."

Jujur disudut hati Emir, dia risau akan kesihatan Ellissa.

Ellissa terdiam seketika.

"Kita tak payah tunang, terus je kahwin. Saya risau dengan keadaan awak. Makin lambat kita kahwin, makin cepat ketumbuhan awak membesar nanti." Suara Wmir kedenganran tegas.

Ellissa hanya mengangguk.

"Boleh tak kalau kita tak jumpa bapa saudara saya? saya takut.."

Emir tersenyum.

"Okay..pasal tu awak jangan risau."

Perut Ellissa terasa memulas. Perit.

"Kenapa?" Tanya Emir.

"Takde apa.."

Perutnya terasa seperti ditembak-tembak menggunakan shotgun.

Pil didalam beg tangan dicapai. Pil itu segera ditelan dengan bantuan air kosong.

"Awak sakit ke?" Tanya Emir cemas.

Ellissa menggeleng.

"Jom balik."

- - - - -

"Perkahwinan diaorang akan dipercepatkan dan diaorang terus berkahwin. Pertunangan tak dilangsungkan." Lelaki itu memberi laporan.

"Argh!" Dinding batu ditumbuk kuat oleh Zulfa Iskandar.

"Kau boleh keluar sekarang." Arah Zulfa Iskandar kepada lelaki itu.

Kaki mengatur keluar dari rumah banglo milik Zulfa Iskandar.

"Kenapa Ellissa..kenapa?" Tangan kembali menumbuk dinding batu itu.

Tangannya sudah berdarah dek tumbukan yang kuat dan padu pada dinding yang keras.

"Kau tau tak aku sayangkan kau?" Gambar Ellissa diusap.

"Bodoh! Kau bodoh Ellissa!"

Bantal dan selimut dicampakkan ke lantai.

Pang!

Pasu kaca kecil yang berada diatas meja ditolak kasar. Pecah berderai.

"Sial kau!"

"Bodoh!"

"Kau rampas milik aku!"

"Kau bodoh sebab terima dia!"

Kepala dihentak-hentak ke dinding. Zulfa Iskandar sekarang tidak kurang seperti orang tidak siuman.

- - - - -

"Ummi..Walid.." Panggil Emir.

Wajah Puan Khadijah dan Encik Yusuf memandang wajah anak sulungnya.

"Emir nak cepatkan majlis perkahwinan kitaorang.." Emir berasa serba salah.

"Kenapa?" Tanya Encik Yusuf.

"Aqilah sakit." Itu sahaja yang keluar dari mulut Emir.

"Dia perlu jalani pembedahan, tapi Emir cakap kat dia tunggu kami kahwin dulu. Lagipun kalau ikutkan dia taknak buat pembedahan."

"MasyaAllah..Okay walid bagi kamu cepatkan majlis ni. Tak payah bertunang sebab walid pun risau tentang bakal menantu walid tu." Encik Yusuf setuju dengan Emir.

"Kalau macam tu..ummi pun setuju." Puan Khadijah juga turut bersetuju.

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya.

"Bila walid boleh jumpa bapa saudara dia?" Tanya Encik Yusuf.

"Boleh tak kalau kita tak libatkan bapa saudaranya Aqilah? Sebenarnya..." Emir mula membuka cerita.

"Ya Allah..sampai macam tu sekali? Kalau macam tu kita teruskan sahaja niat kita tanpa melibatkan bapa saudara dia."

"Terima kasih walid..ummi.." Emir tersenyum.

Dia sanggup buat apa pun demi Aqilah, gadis yang dicintainya.

Emir naik ke biliknya. Cincin di dalam kotak baldi berwarna merah itu diperhati lama.

Sudah lama dia ingin sarungkan cincin ini dijari Ellissa.

"Ya Allah...kau permudahkanlah segalanya. Jika benar dia adalah jodohku, maka satukan lah kami hingga ke syurga."

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Hi semua! Nak bagitahu ni, Lorong Hitam dah nak sampai penghujungnya😢Maaf untuk segala typo!🙏🏻saya cuba perbaiki. Keep support untill ending okay?😛Adios🍭

Lorong HitamWhere stories live. Discover now