Bab 22

125 4 0
                                    

seorang lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam serta berkaca mata hitam memerhatikan mereka semua.

mencari maklumat setelah diupah seseorang.

"Boss..aku ada dapat beberapa maklumat. Tapi berita ni lagi hot, jadi aku nak kau sediakan bayaran lebih untuk aku." Kata lelaki itu.

"Jumpa aku kat tempat biasa. Nanti kau cerita semuanya." Kata Zulfa Iskandar.

ya! someone tu ialah Zulfa Iskandar!

*Restoran Sentosa*

"Apa news kau yang hot sangat tu?" Tanya Zulfa Iskandar.

"Sabar la boss..kita mula dengan cerita yang boss nak tau dulu." Kata lelaki itu.

"Hah cerita la cepat."

"Haritu dia pergi hospital sebab dia ada sakit boss." Lelaki itu membuka ceritanya.

"What?! sakit? Kau bagitau aku sekarang dia sakit apa!" Zulfa Iskandar mula cemas apabila mengetahui orang yang dicintainya sakit.

"Ketumbuhan boss. Tapi apa yang aku dapat tahu jugak, dia taknak jalani pembedahan walaupun dia boleh selamat." Sambung lelaki itu.

"Shit!" Ini sahaja yang keluar daripada mulut Zulfa Iskandar.

"Ha ni cerita hotnya boss. Tadi aku ikut dia pergi rumah satu lelaki ni. Dan aku dengar yang diaorang nak bertunang tak lama lagi."

"Bodoh betul! Aku nak kau siasat tentang laki tu dan aku nak kau ikut Ellissa tu 24 jam!" Kata Zulfa Iskandar sambil mencampakkan sampul berwarna coklat diatas meja.

Tepat sekali! sampul yang berisi duit.

"Aku nak kerja kau 'clean'. Aku taknak sesiapa pun tahu." Kata Zulfa Iskandar lalu pergi dari situ.

"Baik boss!"

- - - - -

"Happy aku bila dengar kau dengan Emir nak bertunang."

"Aku pun tak sangka weh..Aku bersyukur sangat sebab dia ingat aku dan dia tak salahkan aku sebab dia kemalangan." Balas Ellissa.

"Tahniah Ellissa!" Kata Ayu sambil menawarkan senyuman yang paling manis.

"Kau tu jadi tunang orang lama, bila nak mendirikan masjid pulak?" Tanya Ellissa sengaja.

"Ala macam kau taktau yang Aliff tu selalu busy." Ayu memuncungkan bibirnya memandang Ellissa.

"Takpe nanti kita boleh naik pelamin sama-sama" Ellissa mengeyitkan matanya.

"Ellissa..aku nak tanya tapi kau jangan terasa okay?"

"Kau nak tanya apa?"

"Kau taknak bagitahu Emir ke tentang sakit kau?" Tanya Ayu dengan nada rendah.

"Entahla.." Jawab Ellissa sayu.

"Aku rasa baik kau bagitahu dia sebab dia kan bakal suami kau. Takkan kau nak berahsia pulak."

"Belum sampai masanya lagi untuk aku bagitahu dia..." Balas Ellissa.

"Habis? Bila kau nak bagitahu dia? Tunggu kau dah critical baru nak bagitahu?" Pelbagai soalan diajukan oleh Ayu.

"Okay nanti aku cuba bagitahu dia."

"Bila tarikh pembedahan kau?" Tanya Ayu.

"Aku cakap doktor aku nak tangguh dulu. Aku tak bersedia lagi..."

"Aku nak kau buat jugak pembedahan tu buang ketumbuhan kau sebelum bertambah teruk. Aku sayang kau Ellissa jadi aku taknak tengok kau sakit."

"Okay. Aku masuk tidur dulu eh? Esok pagi aku nak pergi rumah Emir bincang pasal majlis pertunangan kitaorang. Kau ikut eh?"

"Ala sorry Ellissa. Esok aku nak keluar dengan Aliff. Yela dia kan busy susah nak dapat cuti."

"Ha takpelah. Esok kau tolong hantar aku je eh dekat rumah Emir. Boleh?" Tanya Ellissa.

"Boleh boss! before kau tidur tu jangan lupa makan ubat."

ya, Ayu Dalisa memang cukup mengambil berat tentang sahabatnya itu.

"Iye..nanti aku makan."

Ellissa hanya tersengih seperti kerang busuk sambil memandang Ayu.

"Sekarang!!" Jerit Ayu.

"Iyee!!" Balas Ellissa sambil kakinya memanjat anak tangga.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

nampaknya dah lama watak "Zulfa Iskandar" dengan "Aliff Zikri" tak muncul kan?? Jangan risau lepasni watak diaorang akan muncul😂Ha rindu tak dekat Emir Haqiem dengan Ellissa?👀 Sorry kalau bab selepas ni agak banyak part sedih.😉🤣

Lorong HitamWhere stories live. Discover now