Bab 16

178 9 1
                                    

Kereta dipandu melebihi had laju. Pemanduannya juga tiada hala tuju. Ellissa memandu dengan jiwa yang agak bercelaru sambil menangis teresak-esak.

Tudung yang dipakainya telah dibuka dan dicampak ke seat belakang. Pemanduannya berhenti dihadapan sebuah kelab malam.

Segala memori dulu kini terngiang-ngiang diingatnnya. Kali pertama dia masuk ke kelab malam itu dengan paksaan dan keluar dengan seorang lelaki yang telah mengubah hidupnya.

Ya, Emir Haqiem.

Kaki Ellissa melangkah masuk ke kelab malam itu dengan perlahan-lahan. Kakinya juga turut menggeletar.

Dia mengambil tempat di sebuah kerusi. Tanpa rasa bersalah, dia memesan air yang sering diminumnya dulu. Arak.

"Kenapa kau lupakan aku?"

"Kenapa kau tengking aku?"

"Kenapa kau benci aku?"

"Kenapa!"

Emosi Ellissa menjadi kucar-kacir lagi apabila dia menghabiskan air araknya.

Setelah lama tidak minum air najis itu, kini dia telah berani untuk minum air itu semula hanya kerana putus asa.

"Aku sayang kau Emir!"

"aku sayang kau..."

"Kau faham tak? Kau tau tak aku sayang kau!" Ellissa menjerit-jerit seperti orang gila. Mabuk la katakan.

"Cik, kenapa jerit-jerit ni?" tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri Ellissa.

"Aku sayang dia..."

"Cik jangan risau...saya ada." Tanpa ragu-ragu lelaki itu memeluk tubuh Ellissa.

Tetapi, Ellissa tidak menolak. Mungkin hatinya sudah kembali ke jalan yang hitam kembali.

Kepalanya diletakkan di atas dada bidang milik jejaka itu. Sedar tak sedar, lelaki itu ialah bekas teman lelaki Ellissa dahulu.

Ya! Zulfa Iskandar.

- - - - -

"Aduh..mana Ellissa ni?" Ayu mula risau.

"Dah cuba call?" Tanya Aliff Zikri memberi cadangan.

"Dah tapi tak angkat." Balas Ayu pula.

"Jom la saya teman awak cari dia. Awak tau dia selalu pergi mana kalau dia sedih or what?" Tanya Aliff Zikri lagi.

"Pantai yang dia selalu pergi tu je la. Jom la cepat."

Ayu dan Aliff segera bergegas ke pantai yang selalu dituju oleh Ellissa jika dia bersedih.

- - - - -

"Arghhh!"

Kepalanya diketuk beberapa kali menggunakan tangan yang digenggam seperti penumbuk.

"Emir...jangan la macam ni. Kenapa? Kepala Emir sakit ke?" Puan Khadijah mula cemas apabila melihat reaksi Emir.

"Si..si..apa..pe..rempuan...ta...tadi..?" Tanya Emir kepada Puan Khadijah.

"Perempuan mana?"

"Ellissa tu ke?"

"Tu kan perempuan yang Emir suka, sebelum Emir kemalangan Emir ada bagi cincin dekat dia."

"Kenapa aku tak dapat ingat dia ni? Arghhh!" Rungut Emir di dalam hati.

"Dah la Emir rehat la dulu. Kesian Emir...mesti penat kan?" Puan Khadijah mengusap kepala anaknya itu.

"Kembar mana?" Tanya Emir.

Nampaknya Emir hanya ingat ahli keluarga yang terdekat dengan kawan rapat dia je.

"Ada kat luar dengan Abi. Okay lah Emir rehat ye.. Ummi nak balik ni nanti esok Ummi datang lagi ye melawat Emir."

"Assalamualaikum." satu ciuman seorang ibu dihadiahi kepada seorang anak yang soleh.

"Waalaikummussalam." Balas Emir dengan muka yang tersenyum.

Selepas kelibat Puan Khadijah hilang dari pandangan mata, tiba-tiba Emir termenung memikirkan hal yang diceritakan ibunya tadi.

"Si..siapa...dia?"

- - - - -

Okay guys! Done for this 😭sungguh penat mengarang. Sis mintk maaf for this late update cause sis skrg busy sgt2. Ha next week sis exam tau! Doakan yang terbaik ye!😘😘

Semoga author kamu yang comel ni lulus😂

Lorong HitamWhere stories live. Discover now