Sebab hati dia tak busuk macam kau, bisik Jimin dalam hati lalu ketawa kecil. Kalau didengar dek Jieun mahu ditibainye engkau pakai kasut tumit tinggi berapa incinya itu. Berlubang muka kau.

"So, what the plan?" Soal Jieun, Jimin memandang ke atas. Berfikir seketika, bila sudah mendapatkan idea, dia rapatkan diri pada Jieun lalu membisikkan sesuatu. Mereka menjauh lalu smirk jahat terukir di bibir masing- masing.

Dan tanpa mereka sedari, di suatu sudut, seseorang sedang memerhatikan gerak geri mereka dengan penuh minat. Tak, tak berapa nak minat sangat pun, buang masa betul. Mungkin mereka dah bersama? Dia angkat bahu lalu pasang kaca mata hitamnya sebelum melangkah pergi dari situ. Tak payah jaga tepi kain orang sangat.

🐰


Selepas je kejadian mengharukan tadi petang, Rachel ambil keputusan untuk mandi. Ya, mandi untuk tenangkan diri dan disebabkan terlalu seronok mandi sakan dalam kamar mandi yang boleh dikatakan lebih cantik dari bilik aku, aku lupa yang aku datang sini tak bawa baju.

Now what?

Takkan nak curi baju Jungkook lagi? Atau curi baju penginap sebelah? Akhirnya Rachel berhuhu haha dalam kamar mandi tu dekat sejam. Rachel mengeluh perlahan, nak tak nak dia kena keluar juga dan raih simpati pada Jungkook. Nak baju woii nak baju! Rachel capai bathrobe dan pakai, dia teliti balik bathrobe tu. Kenapa dia tetiba rasa gemuruh sangat ni?

Em.

Rachel bukak pintu kamar mandi dan lambat- lambat dia hampiri Jungkook yang terbaring secara terlentang atas katil tengah main phone, dia masih lagi pakai bathrobe pada tubuhnya. Rachel ketap bibir, dia telan air liur dan men- scan tubuh Jungkook dari atas sampai bawah. Oit oit, apa aku buat ni? Terus Rachel gelengkan kepalanya dan tepuk pipi dia banyak kali sambil pejam mata. Tapi bila dia muka mata balik, Jungkook dah pandang dia dengan dahi yang berkerut.

"Why?" Tanya Jungkook seraya jongketkan kening. Rachel kemam bibir dan senyum innocent pada Jungkook, macam budak yang nak menggayat bapak dia nak minta sesuatu. Jungkook kerutkan dahi, anak matanya turun ke bawah. Dia telan air liurnya yang terasa kesat bila perasan yang Rachel hanya mengenakan bathrobe pada tubuhnya.

"Baru saya teringat yang kita datang sini tak bawa baju, jadi saya nak pakai apa ni?" Soal Rachel lalu senyum lagi, langsung tak pikir apa- apa. Manakala Jungkook dah rasa macam nak pecah je jantung dia bila tengok senyuman Rachel tu. Ergh, susah betul kalau dapat isteri yang comel nak mati ni.

"Pakai jelah macam tu" jawab Jungkook lalu dia sambung balik main phone, nope, dia curi- curi ambil gambar candid Rachel yang dah muncung tu. Rachel muncungkan bibir, dia berjalan ke tepi Jungkook lalu duduk di birai katil. Nak berhadapan, rasa macam weird dan kekok pulak nanti.

"Saya pakai baju kemeja awak eah?"

"Pakailah" laju je Jungkook jawab. Dan sememangnya lelaki itu lebih suka kalau Rachel memakai baju kemeja dia, baru je dia nak tawarkan. Jungkook pandang belakang badan Rachel sebelum dia duduk tegak lalu sandarkan kepalanya pada leher Rachel. Dia suka buat macam tu untuk cium bau baby yang ada pada tubuh isterinya itu. Sedar tak sedar, phone entah dia campak kat mana dah.

"Rachel.."

"Em?"

"I love you" bisik Jungkook lalu dia lingkarkan lengan dia pada perut Rachel dan menarik gadis itu supaya rapat dengannya. Rachel hanya berdehem untuk menjawab Jungkook. Dan kemudian mereka duk diam balik. Jungkook turunkan wajah hingga bibirnya menyentuh leher Rachel yang sedikit terdedah. Lalu dia gigit bathrobe di bahagian bahu hingga melorot menampakkan collarbone gadis itu. Jungkook merapat balik, dia cium bahu Rachel lalu menggigitnya pelan hingga meninggalkan kesan keungguan disana. Hickey, yep, Jungkook buat balik.

[C] TE AMO | JJK ✓Where stories live. Discover now