BAB 10

2.2K 16 4
                                    

AKU duduk di meja makan dengan muka yang sugul. Aku tak banyak bercakap dengan Ara pagi ni. Aku lebih suka macam tu. Kepala aku ni macam nak meletup memikirkan persoalan-persoalan yang tak ada jawapannya. Ara pun hanya mendiamkan diri sejak tadi. Kami seperti buat hal masing-masing. Hmm, entahlah. Malas aku nak fikir.

"Dani awak okey?" Tiba-tiba dia bersuara.

"Saya okey Ara. Cuma saya sakit kepala sikit." Ara hanya diam.

"Hmm... Awak ada teringatkan apa-apa ke?" Ara tanya soalan yang aku tak terfikir pun dia akan tanya. Aku tak teringatkan apa-apa. Cuma mimpi buruk aje... Patut ke aku bagi tahu Ara?

"Tak. Saya tak ingat apa-apa lagi." Aku berkata sambil pandang muka Ara. Aku buat keputusan untuk diamkan aje mimpi buruk aku tu. Aku tak rasa dia dapat bantu aku pun kalau aku bagi tahu dia tentang mimpi aku. Lagipun, ia cuma sekadar mimpi kan?

Ara pandang aje muka aku. Daripada air mukanya, aku tahu dia hairan dengan aku. Bukan aje hairan. Aku dapat rasa dia tengah risau. Ada sesuatu yang difikirkannya. Aku buat bodoh saja. Dia tak tahu yang kepala otak aku ni pun tengah terfikirkan sesuatu juga. "Dani..." Dia pegang tangan aku. "Kalau ada sesuatu. Atau awak ada teringatkan apa-apa peristiwa, awak bagi tahu saya ya. Awak tahu kan kita bersama dalam hal ni." Ara genggam tangan aku.

Aku tersentuh hati bila dia cakap macam tu. Adakah aku terlalu paranoid? Atau pun mungkin aku selalu fikir bukan-bukan sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi? Aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba berfikir positif sejenak. Aku nak lepaskan diri aku daripada kerisauan ni. Sekurang-kurangnya hanya sekejap.

"Saya okey Ara. Awak jangan risau ya. Saya cuma sakit kepala sikit aje kadang-kadang. Mungkin kesan daripada kemalangan tu kut? Dan kadang-kadang saya mimpi buruk. That's all. Not a big deal. Kalau saya ada teringatkan apa-apa, mestilah saya bagi tahu awak kan? Cuma setakat ni memang saya belum ingat apa-apa." Aku jelaskan kepada Ara. Okey. Aku terlepas cakap pasal mimpi buruk. Aku harap dia tidak menghidu kerisauan yang melanda diri aku sejak beberapa hari ni.

"Awak mimpi apa Dani?" Ara tanya aku soalan yang paling aku tak nak jawab. Hah, masaklah kau Dani. Siapa suruh kau bagi tahu Ara yang kau ada mimpi buruk? Sekarang kepala aku ligat lagi mencari alasan. Nak bagi tahu ke tak?

"Err, tak ada apa-apa yang penting. Saya jatuh dari tingkat tinggi aje. Hehehe. Itu mimpi buruk saya." Aku ambil keputusan untuk berbohong. Nanti panjang pula jadinya kalau aku terus terang.

Ara pandang muka aku. Tak. Lebih kepada merenung. Alamak dia tahu ke aku bohong? Ke dia pandai baca fikiran aku? "Mungkin awak terlalu banyak berfikir... Hmm, tak apa nanti saya akan cuba ambil cuti untuk jaga awak kat rumah ya?" Ara cadang kepada aku. Di mana aku rasa itu satu cadangan yang baik. Atau tidak.

"Eh, tak perlulah Ara. Masa saya kat hospital kan awak dah banyak kali ambil cuti kan? Awak dah banyak tolong saya. Saya tak nak makin terbeban kerja awak kerana saya. Lagipun weekend kan ada?" Aku tak nak dia kecewa sangat tentang hasratnya untuk menjagaku.

"Okay... By the way Dani. awak masih makan ubat-ubat yang hospital bagi tu kan?" Ara tanya aku.

Aku angguk sambil berkata, "Ya, masih."

HARI ni aku tak nak buat apa-apa misi. Aku tangguhkan dulu pencarian kunci tu. Aku nak rehatkan minda aku ni sekejap. Walaupun aku tahu aku tak boleh selamanya macam ni, dengan misteri yang belum terjawab dan hidup kosong tanpa apa-apa jawapan, tapi aku percaya adanya hari yang dinamakan cheat day.

Aku keluar berjalan-jalan di sekitar halaman rumah untuk menghirup udara segar. Umphhh... nyamannya udara kat luar ni! Cuaca terasa sejuk dan aku memeluk tubuhku. Baru hari ini aku mempunyai kesempatan untuk berjalan di luar memandangkan hujan sebelum ini. Di sekitar rumah aku ni banyak pokok. Memang tenang betul suasana kat sini ni. Kat belakang rumah aku ni pun hutan saja. Memang dikelilingi oleh alam semula jadi. Aku suka tinggal kat sini.

Tiba-tiba aku terpandang jiran aku. Rumah mereka tak juga jauh dari rumah aku. Cuma halaman rumah aku yang luas ni menjadi jarak antara rumah kami. Wanita dalam lingkungan lewat pertengahan umur dan berambut pendek. Dia nampak aku. Aku senyum kepadanya dan dia pun turut senyum sambil melambaikan tangannya kepadaku. Aku membalas lambaiannya dengan memajukan langkahku ke arahnya. Aku tiba di sebelah pagarnya. Aku lihat di hujung pagar ni terdapat satu pintu yang menghubungkan pagar mereka dengan pagar kami. Supaya senang kami nak keluar masuk kut.

"Dani! Hai! Awak apa khabar?" katanya teruja sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku.

"Baik. Hehehe. Maaf tapi puan ni nama..." Aku harap dia tahu bahawa aku mengalami amnesia. Tapi nampaknya tak. Dia kelihatan bingung sekejap sambil merenung wajah aku.

"Puan Marine. Oh, sweetheart are you alright?" katanya kepadaku sambil melemparkan muka kasihannya kepadaku.

"Yes, I'm fine. Cuma saya kehilangan memori saya dan saya tak dapat ingat apa-apa peristiwa sebelum kejadian kemalangan tu. Puan tahu kan pasal kemalangan tu?"

"Oh my God. Yes I know about the accident. Tapi Dani saya tak tahu yang awak hilang ingatan. I'm so sorry! Saya amat bersimpati pada awak. Saya harap semuanya baik-baik saja dan semoga awak pulih dengan cepat. Hmm, Ara tengah bekerja ke sekarang?" Mukanya memang kelihatan betul-betul terkejut dan mengambil berat kepadaku.

"Ya dia tengah bekerja. Tapi tak apa sebab saya okey aje sorang kat rumah ni. Lagipun dia dah banyak kali ambil cuti untuk jaga saya masa kat hospital dulu." Aku terangkan kepadanya.

"Oh..." Kecil suaranya sambil mengangguk perlahan.

"Saya sebenarnya jarang berjumpa dengan Ara. Saya tahu awak kemalangan pun sebab saya yang tanya dia. Saya hairan lama tak nampak awak kat rumah tu. Tu yang saya tanya. Nasib baik awak okey Dani. Glad to see you!" Dia kata kepadaku. Aku hanya senyum.

"And if you need anything, just give me a call. Memandangkan Ara sibuk dengan kerja dan saya tak tahu kalau dia selalu keluar malam lagi ke tak," katanya sambil tersengih. Kemudian dia menambah lagi. "Kesian pula awak tinggal sorang-sorang kat rumah tu. Awak ada nombor saya tak?"

"Wait. Ara keluar malam?" Aku tidak pedulikan soalannya kerana tertarik pada ayat sebelum itu.

Sebelum jawab soalan aku, dia menunjukkan mimik muka yang kurang senang kepada pandanganku. Dia menyampah ke? "Hmm, maaflah Dani. Saya lupa yang awak hilang ingatan. But yes. Sebelum awak kemalangan, Ara selalu keluar malam. Dan ada satu malam tu, saya dengar seperti awak bergaduh besar dengan dia. Teriak antara satu sama lain. Tak lama lepas tu saya nampak Ara keluar dari rumah sambil memandu dengan laju."

Boleh tahan mak cik jiran aku ni bergosip. Tapi aku tak kisah. Aku dapat satu maklumat yang bagi aku sangat penting. Mungkin Ara tak akan bagi tahu aku sebab ia akan menimbulkan pergaduhan dan kesulitan. Betul tak?

"Oh... I see. Tapi puan jangan risau. Setakat ni kami okey dan dia jaga saya dengan baik sekali," ujar aku kepadanya dan aku tak nak cetus apa-apa drama yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. "Oh, saya ada nombor puan. Ara ada tinggalkannya kat rumah." Aku menambah lagi.

"Oh, baguslah macam tu. Apa-apa telefon aje saya tau. Lagipun saya sorang kat rumah ni. Maklumlah janda," katanya sambil ketawa kepadaku.

"Baiklah. Thank you so much Puan Marine..."

Aku pusing ke belakang untuk menuju ke rumahku semula. Sambil berjalan aku cuba menghadam maklumat yang aku baru terima. Kami bergaduh dan Ara selalu keluar rumah pada waktu malam? Dia pergi ke mana? Jadi selama ni dia tak ada di sebelah aku tu dia keluar rumah ke? Kepalaku semakin ligat berfikir persoalan yang semakin bertimbun. Aku cuba mengawal pernafasanku.

Jadi, apa bunyi-bunyi yang aku dengar kat basement tu? Bukan dia ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GHAIRAHWhere stories live. Discover now