BAB 4

3.4K 11 0
                                    

AKU melangkah masuk ke dapur. Bau wangian masakan Ara menusuk ke dalam rongga hidungku. Aku lihat suasana dapur. Ada meja makan yang memuatkan empat kerusi. Dapur yang ringkas dan sederhana. Aku menarik kerusi bersedia untuk makan. Begitu juga Ara. Benda pertama yang aku buat ialah aku capai air minuman kat atas meja. Gulp. Laju aje aku teguk air minuman tu. Sedap. Air warna merah. Air sirap kut. Aku teguk sampai habis. Tekak aku rasa kering sangat. Aku tak tahu apa yang buat aku resah sampai macam ni. Takkanlah.

"Haus betul awak eh. Mungkin awak penat... makan banyak-banyak tau." Ara senyum sambil kaut nasi untuk aku. Aku senyum tawar saja. Macam tak berapa selera. Tapi demi nak jaga hati Ara, aku kena makan juga. Pertama kali aku makan dengan Ara macam ni. Ara masak lauk ayam dengan sayur. Entah masakan apa. Aku tahu makan aje. Aku makan sesuap. "Ermm, sedapnya! Pandai awak masak eh Ara." Aku puji Ara. Aku bukan nak ambil hati. Tapi dia masak memang sedap. Masa kat hospital, aku rasa dia beli makanan dari luar aje kut bagi aku makan.

"Eh, tak adalah. Biasa aje. Awak ni baru makan dah puji lebih-lebih." Ara ketawa. Aku meneruskan suapan aku yang seterusnya. Kami berdua makan dan tak banyak bercakap. Selesai aje makan, aku tolong dia mengemas dan cuci pinggan. Rajin tak aku? Hahaha. Aku rasa aku macam tetamu dalam rumah ni. Aku masih rasa asing. Aku cuba sesuaikan diri. Aku pandang tingkap kat dapur. Nampak halaman kat belakang rumah. Tak ada apa-apa yang menarik. Pemandangannya hutan.

"Ara, saya ke depan dulu ya. Nanti kita naik atas sama-sama, awak tunjukkan bilik kita okey?" Aku meminta izin daripada Ara. Baiknya aku.

"Okey."

Aku pun keluar dari dapur. Aku pandang belakang untuk tengok koridor misteri tu. Apa ada kat dalam agaknya. Aku tertanya-tanya sendiri. Nanti aku nak masuk juga ke dalam. Rumah aku kut. Takkan tak boleh kan. Aku terus ke ruang tamu. Nak tunggu Ara kat sana. Ke nak terus ke atas? Aku pandang ke tingkat atas dari bawah. Nampak macam gelap. Ada cahaya pun sama-samar saja. Kemudian Ara muncul dari dapur. Dia ni asyik tiba-tiba saja.

"Mari saya bawa awak ke tingkat atas." Ara pun pelawa aku untuk naik ke atas. Aku ikut aje dia dari belakang. Aku pegang pemegang tangga tu. Berhabuk. Aku tengok telapak tangan aku dan gosok jari-jemari aku. Memang berdebu. Hmm, Ara jarang mengemas kut sebab jaga aku masa kat hospital? Aku membuat konklusi sendiri. Tangga ni diperbuat daripada kayu. Setiap derap tapak kaki kedengaran.

Sampai kat tingkat atas, aku nampak ada empat bilik kesemuanya. Patutlah suram. Cuma ada dua tingkap yang bersambung kat tingkat atas. Boleh tahan keluasan kat tingkat atas ni. Aku pandang setiap ruang dan sudut yang ada. Mata aku tertumpu pada bilik yang paling hujung. Kenapalah aku selalu tertarik pada benda-benda yang gelap dan tersorok. Ara bawa aku pada bilik yang kedua.

"Dani. Inilah bilik tidur kita." Ara bawa aku masuk ke dalam. Benda pertama yang aku tengok kat dalam bilik ni adalah katil aku dan Ara. Ohh jadi kat sini lah aku dengan Ara tidur ya... Perabot-perabot dalam ni hampir kesemuanya diperbuat daripada kayu jati. Rekaan yang menarik dan ringkas. Aku suka. Ada satu tingkap yang menghala ke luar halaman rumah. Dan ada tandas kat situ.

"Dani. Kat sini terletaknya baju-baju awak. Awak ambil aje kat sini." Ara bagi tahu aku sambil buka almari baju aku. Lepas tu dia kemas entah apa kat dalam almari tu. "Hmm, Ara... Terima kasih ya. Awak banyak sangat tolong saya. Tolong uruskan itu ini. Kalau tak ada awak, entah macam manalah nasib saya. Dahlah saya tak ingat apa-apa. Err... Saya tak tahu nak buat apa." Aku berhenti di situ. Memang ini yang terbuku di hati aku.

Ara pandang saja aku. Lepas tu dia senyum sambil kata, "Hei, tak apalah Dani. Awak kan suami saya. Dah memang itu tanggungjawab saya. Kan sayang..." Dia dekatkan muka dia dengan muka aku.

"Terima kasih, Ara." Aku peluk dia. Aku tak tipu. Itu respons spontan aku. Aku dapat rasa kasih sayang aku dan dia. Lepas tu aku nampak ubat kat atas meja. "Eh, Ara. Ubat apa tu?" Ara melepaskan pelukannya. "Oh ya..."

Dia capai ubat kat atas meja tu. "Ini ubat yang doktor bagi kat saya. Untuk pulihkan ingatan awak dan kesihatan awak selepas kemalangan tu. Tak apa ubat ni saya simpan. Nanti saya akan bagi awak makan ikut masa. Pagi dan malam sebelum tidur. Awak mesti makan okey?" Ara kata sambil pegang ubat tu.

"Okey..." Aku malas membantah. Aku sebenarnya malas nak makan ubat. Tapi, macam mana nak sembuh cepat kan? Lagipun, aku kena ikut semua yang Ara cakap.

Aku menghempaskan badan aku kat atas katil. Argh, seronoknya dapat baring macam ni. Katil kat hospital sebenarnya buat aku rasa tak selesa. Sekarang aku betul-betul rasa macam aku dah 'pulang'. Hah, itu satu petanda yang positif kan? Bolehlah daripada tak ada langsung. Aku pandang Ara. Ara letakkan ubat tu kat belakang cermin tandas. Aku sebenarnya belum puas nak ronda satu rumah ni. Tapi aku rasa penat sangat. Tiba-tiba aku teringat koridor gelap kat bawah.

"Ara. Apa ada kat koridor gelap kat bawah tu?" Aku tak boleh nak berdiam diri lagi. Aku rasa macam ada sesuatu dan aku perlukan Ara untuk tenangkan fikiran aku.

"Kenapa? Awak ada ingat apa-apa ke?" Ara tak bagi jawapan. Aku lebih berharap yang Ara belum bagi jawapan.

"Tak ada. Saya saja nak tahu. Manalah tahu saya dapat ingat apa-apa kan?" Aku senyum-senyum kepada Ara supaya Ara kesiankan aku dan Ara temankan aku masuk koridor tu. Penakutnya kau, Dani.

"Lampu kat koridor tu rosak. Ada satu bilik aje kat dalam koridor tu. Bilik yang menuju ke basement."

Wah. Bilik bawah tanah. Dengar macam menarik. Aku nak masuk ke dalam bilik tu. "Oh... Ara. Nanti awak bawa saya ke basement tu boleh tak?" Dani perlu ke kau berteman? Aku tak peduli. Lampu kat koridor tu kan rosak. Gelap.

"Hmm, tak ada apa-apa pun kat basement tu. Barang-barang lama semua. Macam stor aje kat bawah tu. Lagipun awak ada alahan pada habuk. Basement tu berhabuk sangat. Masa awak okey dulu, awak tak nak langsung turun bawah tu tau. Nanti mata awak bengkak. And awak bersin tak henti-henti. Nak ke?" Ara pandang muka aku.

Aku terdiam sejenak. Oh... Barang-barang lama. Mungkin tak penting kut untuk aku turun ke bawah tu. Lagipun Ara kata aku ada alahan. Hmm, tak apa nanti next time aku akan turun juga ke basement tu. Aku sambung baring. Aku rasa aku nak berehat sekejap. "Ara saya nak rehatkan mata sekejap ya..." Ara tak jawab tapi aku dapat rasa yang Ara berdiri sambil tengok aku tidur.

GHAIRAHWhere stories live. Discover now