BAB 3

4K 14 0
                                    

Kriuttt.

BUNYI pintu dibuka. Ara mendahului langkah dan masuk ke dalam rumah. Aku mengikutinya dari belakang. Aku tak terus masuk. Aku lihat keadaan dalam rumah aku dari pintu. Ruang tamu aku yang berkeluasan sederhana. Susun atur dan reka bentuk perabot adalah seperti kontemporari Inggeris. Beberapa bingkai gambar yang digantung dan yang diletakkan di atas meja menarik perhatian aku.

Aku lihat pula ke arah laluan dalam rumah aku. Menuju ke dapur rasanya. Dan kemudian ada tangga untuk menuju ke tingkat atas. Semuanya kelihatan baru dan kelihatan lama... Perasaan aku bercampur baur. Dada aku tiba-tiba berdegup kencang. Argh, kenapa aku perlu rasa resah macam ni. Aku mengurut dada dan cuba untuk bertenang. Rumah aku nampak tenang dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku memujuk diriku sendiri.

"Hei... Kenapa tak masuk lagi? Awak okey?" Ara tiba-tiba keluar dari arah dapur. Baru aku sedar yang aku masih tercegat kat pintu. Aku cuma anggukkan kepala aku dan melangkah masuk ke rumah dengan kaki kanan. Aku dapat rasakan langkah kakiku adalah seperti gerak perlahan. Sehingga aku dapat dengar hentakan kaki aku kat lantai. Lantai rumah aku diperbuat daripada kayu. Jadi, memanglah aku dapat dengar hahaha. Aku berlagak tenang sambil tersenyum kepada Ara. "Saya okey. Tak ada apa-apa."

Ara senyum lagi kepadaku. "Awak duduklah dulu kat situ. Nanti saya akan bawakan air. Saya nak masak untuk makan tengah hari. Hmm, atau awak nak naik ke bilik dulu?" Berehat kat dalam bilik seronok juga tapi gambar-gambar kat atas meja tu lebih menarik perhatian aku. "It's okey Ara. Saya nak tengok-tengok gambar kat atas meja ni. Saya berehat kat sini ya."

Ara kata okey. Dia pandang aku seketika dan kembali semula ke dalam dapur. Aku tutup pintu masuk tadi dan mulakan pengembaraan aku. Aku namakan pengembaraan mengenal diri sendiri. Dengar macam klise. Aku pusing sekeliling ruang tamu sambil meninjau bingkai-bingkai gambar yang bergantungan kat dinding. Ini akukah? Aku tatap gambar kahwin Ara dan seorang lelaki. Aku renung gambar tu lebih dekat. Yup. Memang muka lelaki tu muka aku. Aku tengok hujung gambar tu tertulis tahun 2008. Dah sembilan tahun kami kahwin. Dah lama dah tu.

Aku harap sangat ada sesuatu yang dapat aku ingat sekiranya aku lihat gambar-gambar ni. Namun tidak ada satu pun yang dapat mengembalikan memori aku. Aku tetap bersabar. Gambar-gambar yang lain menunjukkan gambar percutian aku dengan Ara. Gambar aku dan dia kat halaman rumah ni. Gambar Ara tamat pengajian. Gambar orang tua, mungkin parents dia atau aku. Gambar aku tunggang kuda. Dan gambar budak-budak. Anak kami ke? Tak. Aku tak rasa macam tu sebab gambar ni macam dah terlalu lama. Aku rasa mungkin ini Ara masa kecil. Yalah muka pun macam muka dia kut.

Dah habis semua gambar aku tengok. Tak ada yang istimewa sebab aku tak ingat apa-apa dan aku rasa biasa saja. Semua yang aku nampak ni kelihatan baru aje di mata aku. Dan sebenarnya, tak banyak pun gambar yang terletak kat ruang tamu tu. Aku harap Ara ada simpan gambar atau album yang lain. Aku melabuhkan punggung kat sofa. Aku lihat sekeliling ruang tamu. Sederhana dan cantik. Tak ada televisyen ke? Nanti aku nak tanya Ara.

Aku mula memikirkan apa aku nak buat kat sini. Lebih baik aku kerja daripada aku langsung tak buat apa-apa. Tapi Ara tak benarkan aku bekerja. Katanya nak bagi aku berehat. Betul juga apa yang dia cakap tu. Entah aku ingat ataupun tidak macam mana nak kerja. Silap-silap aku turun pangkat semula kat syarikat tu. Aku pandang ke luar tingkap dan melihat ke halaman rumah kami. Agak luas juga kawasan halaman rumah aku ni. Aku pandang rumah jiran. Siapalah agaknya jiran sebelah rumah aku ni. Rapat ke tidak aku dengan mereka.

Sebulan aku koma kat hospital. Tak banyak barang yang nak dibawa daripada hospital sebab Ara dah bawa balik beberapa barang aku dan dia sebelum ni. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku harap ingatan aku pun selancar apa yang diuruskan oleh Ara. Tapi ia memakan masa. Aku ingat kata-kata doktor tu. Cuba berfikiran positif. It takes time.

Aku bangun dan menuju ke koridor rumah. Aku pandang sekali imbas kat tingkat atas rumah aku. Aku jalan melepasi tangga rumah menuju ke satu bilik. Aku buka tombol pintu tu. Pintu itu berbunyi. Macam biasa aku tak terus masuk tapi aku pandang dahulu suasana bilik tu. Berhabuk. Bilik kecil yang menempatkan barang-barang mengemas rumah seperti penyapu dan mesin vakum. Ada rak kecil yang menempatkan buku-buku tapi tak banyak. "Siapa punya buku-buku ni?" soal aku dalam hati. Aku rasa aku tak berminat dengan buku ni jadi aku anggap buku ni Ara punya. Aku tutup pintu bilik.

Aku pandang koridor rumah yang mempunyai laluan melepasi dapur. Agak jauh dengan kawasan ruang depan dan tertutup dengan tangga. Mungkin laluan ke belakang rumah kot? Aku bersoal sendiri lagi dalam hati. Aku teruskan perjalanan untuk ke destinasi yang dituju. Aku melangkah perlahan-lahan. Eh? Ada koridor kecil lagi di sebelah kiri. Gelap. Tak ada lampu atau cahaya yang menerangi koridor tu. Laluannya kecil dan sempit berbanding koridor yang lain.

Aku sedaya upaya kecilkan mata meneliti apa yang ada di dalam koridor tu. Aku melangkah perlahan dan cuba nak masuk ke dalam...

"Hei."

Bapak terkejut beruk aku. Badan aku ikut terkejut macam terkena renjatan elektrik. Ara tiba-tiba bersuara di belakang aku.

"Awak nak pergi mana tu?" Perlahan suara Ara tanya aku. Entah macam mana perempuan ni muncul senyap betul tak ada suara. Aku yang masih terkejut tak dapat nak kawal suara aku. Aku jawab dengan tersekat-sekat tapi aku cuba berlindung. "Eh, Ara... Tak... Tak ada, koridor dalam ni gelapnya. Saya cuba nak masuk nak buka lampu. Belum sempat saya masuk awak dah sampai. Hehehe." Tersengih-sengih aku jawab macam kerang busuk. Apa hal kau gelabah macam kau ada buat salah ni Dani.

Respons Ara senyum aje. Lepas tu dia cakap, "Lampu kat situ rosak. Tak ada apa-apa pun kat sana. Hmm, awak. Makanan dah siap. Awak nak makan terus atau awak nak naik atas dulu?" Ara tanya sambil matanya merenung tepat ke dalam mata aku. "Err. Saya ikut awak ajelah." Ringkas aku jawab tapi dia diam. "Kita makanlah dulu. Saya pun rasa haus ni." Akhirnya, aku buat keputusan. Tekak aku memang rasa kering.

"Okey." Ara senyum dan berjalan semula ke dapur. Aku menarik nafas panjang sepanjang yang boleh. Aku tak tahu kenapa aku rasa berdebar semacam tadi. Hmm, mungkin sebab koridor gelap tu kut. Aku pandang semula ke arah koridor yang kecil dan sempit tu. Bulu tengkuk aku tiba-tiba meremang. Kegelapan koridor buat aku rasa seram. Aku cepat-cepat melangkah keluar menuju ke dapur untuk bersama dengan Ara.

GHAIRAHWhere stories live. Discover now