BAB 8

2.1K 9 0
                                    

BUNYI burung-burung berkicauan di tingkap mengejutkan aku daripada tidur. Tak. Sebenarnya cahaya daripada tingkap tu yang buat aku terjaga. Aku menguap sambil tengok sebelah tempat tidur aku. Ara tak ada lagi. Tapi kali ni aku rasa dia sediakan sarapan macam biasa kat bawah. Sebab bau nasi goreng menusuk hidung aku.

Aku bangkit dari tempat tidur dan ke tandas. Aku tengok muka aku sendiri kat depan cermin. Mata aku sedikit sembab sebab aku tak berapa lena tidur semalam. Aku terjaga daripada tidur dua tiga kali. Yang pertama aku tengok dia masih tak ada di sebelah aku. Kali kedua baru dia ada. Aku menarik nafas panjang dan mencuci mukaku di singki.

ARA senyum tengok aku. Aku senyum kembali kepadanya dan menyuap nasi ke dalam mulutku. Sebenarnya lebih kepada senyuman paksa. Di sebalik senyuman aku yang aku pasti menjengkelkan kalau dilihat dari luar, bermain seribu satu soalan di fikiranku. Kau boleh bayangkan tak senyum tapi fikiran fikir lain?

Ara pergi mana semalam? Bunyi apa yang aku dengar tu? Kenapa bunyi tu seperti datang dari basement?

Aku meletakkan sudu aku. Aku nak tanya Ara tentang semua kekusutan ni. "Hmm... Ara. Semalam saya terjaga daripada tidur. Saya tengok awak tak ada kat sebelah saya. Awak pergi mana semalam?" Rendah aje suara aku tanya kepada Ara. Cuba berlagak tenang.

Ara diam. Mukanya kosong ketika memandang muka aku. Dia gigit bibirnya dan kemudian senyum. "Oh... Semalam saya turun pergi ke dapur nak minum air. Saya terjaga dan saya rasa hauslah awak. Sebab tulah saya tak ada kat sebelah awak." Ara kata sambil senyum. Lepas tu dia suap nasi ke dalam mulutnya.

Aku tahu dia bohong.

"Oh..." Aku pun senyum dan angguk kononnya tanda faham. Aku mencapai segelas air kat sebelah piring aku. Tapi kenapa lama sangat dia minum air? Habis tu, bunyi kat basement tu bunyi apa pula? Aku bertanya sendiri dalam hati. Sebenarnya kalau ikutkan, aku nak terus tanya aje kepada Ara. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa sebahagian daripada diri aku ni tak izinkan aku untuk bertanya kepadanya. Mungkin sebab aku tahu, Ara tak akan jujur kepada aku.

Atau mungkin aku tak dapat nak tipu diri aku bahawa aku tak percayakan Ara.

AKU lambaikan tangan aku kepada Ara sewaktu dia bertolak ke tempat kerja. Sebaik sahaja kereta Mustang putih tu menghilang di sebalik pagar rumah aku tu, aku terus masuk ke dalam rumah untuk memulakan misi aku. Kali ni aku namakan misi aku sebagai misi mencari kunci rumah. Aku kunci pintu dan aku pandang sekitar dalam rumah aku.

Okey, mana aku nak cari kunci ni? Rumah aku ni boleh tahan besar. Aku tak tahu nak mula dari mana. Hmm, aku nak cari dekat bilik yang ada rak buku tu. Aku pun masuk ke dalam bilik yang berhampiran dengan tangga tu. Aku buka tombol pintunya. Kemudian aku lihat candlestick tu masih ada kat atas meja. Masih berada dalam kedudukannya ketika aku tinggalkan ia kelmarin.

Aku pun mulakan pencarian dalam laci-laci meja yang ada kat situ. Argh, berhabuknya. Ternyata bilik ni memang jarang digunakan. Sampai terbatuk-batuk aku menyelongkar laci kat situ. Tak ada sebarang petunjuk bahawa kunci tu ada di situ. Kemudian aku cari dalam rak buku tu. Mustahil kunci ada dalam rak buku kan? Aku hampir berputus asa. Aku ingat pencarian aku adalah sia-sia, namun aku jumpa satu benda lain.

Aku jumpa gambar aku dan seorang lelaki terselit di sebalik buku-buku dalam rak. Lelaki bertopi hitam. Kami berdoa berkot hitam segak dalam gambar ni. Aku dapat rasakan sesuatu ketika aku renung gambar ni. Aku tutup mata dan tiba-tiba aku terbayang gambaran aku sedang bergelak ketawa dengan lelaki tu. Aku seperti rapat dengan dia. Minum bersama dan kemudian tertawa.

Siapa lelaki ni?

Aku simpan gambarnya dalam poket dan aku tutup rak almari buku. Kemudian aku keluar dari bilik tu. Aku ingin meneruskan pencarian mencari kunci. Aku rasa lebih baik aku cari kunci tu kat tingkat atas. Mungkin Ara simpan kunci tu kat salah satu bilik kat atas berbanding kat bawah ni. Sebelum aku naik ke atas, aku terpandang koridor gelap tu dari jauh. Dan aku terfikir sejenak.

Aku masuk semula ke dalam bilik tadi dan mengambil candlestick tu. Aku masuk ke dapur dan aku nyalakan dua lilin. Kemudian aku masuk ke koridor gelap tu. Fuh. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum cuba memulas tombol pintu tu. Mungkin semalam Ara masuk ke dalam bilik ni. Dan mungkin dia tak kunci semula pintu ni. Hati aku berdoa dan berharap agar pintu ni tak berkunci.

Argh! Pintu ni berkunci juga. Aku kecewa. Tapi ada yang lain pada tombol pintu ni.

Ia tak berhabuk.

Aku gosok jari-jemari aku. Memang tak berhabuk seperti kelmarin. Aku semakin yakin. Ara mungkin ada masuk ke bilik ni. Dan bunyi aneh yang aku dengar semalam memang datang dari basement bawah rumah ni. Hmm... apalah yang ada kat bawah tu.

BILIK tetamu yang pertama dah habis aku geledah. Aku terbaring kat atas katil kepenatan. Aku pandang siling bilik tu dan mula berfikir-fikir sendiri. Terlalu banyak persoalan yang berlegar di fikiran aku. Sebab pertama aku cari kat bilik tetamu sebab aku tak fikir Ara sorokkan kunci tu kat bilik tidur kami. Ia sangat mudah untuk dicari kalau Ara letak kunci kat sana. Lagipun, aku tak pernah tengok dia pegang kunci.

Kat mana dia letak kunci tu? Kenapa dia pergi basement semalam? Bunyi apa yang aku dengar? Dan tiba-tiba aku terfikir bilik yang paling hujung tu. Mungkin kunci tu ada kat dalam bilik tu. Tapi bilik tu pun berkunci juga. Argh, sakitnya kepala aku! Kalau boleh nak aje aku tanya Ara pasal semua ni. Tapi aku rasa ia bukan keputusan yang bijak. Aku pun tak tahu kenapa.

Aku seluk poket aku untuk ambil gambar tadi. Aku renung kembali gambar ni. Hmm, siapa lelaki ni. Seperti ada memori yang kuat antara aku dan dia. Aku rasa tak salah kut kalau aku tanya Ara tentang gambar ni?

GHAIRAHWhere stories live. Discover now