“Sofea... Aku sayang kau... Aku betul-betul minta maaf...” Rafael menangis semahunya.

Max masuk ke dalam bilik wad Rafael. Dia memandang wajah Rafael. Kalau diikutkan panas hatinya sudah lama dia tamatkan nyawa Max. dia sudah lama memendam rasa sakit hati pada Rafael kerana perbuatan Rafael pada Sofea. Tetapi dia masih memandang Rafael sebagai orang yang membantu dia ketika hidupnya hilang arah dulu. Kalau bukan kerana Rafael, dia mungkin sudah lama mati di jalanan.

“Max... apa yang aku perlu buat supaya aku dapat Sofea balik?” Rafael berkata perlahan. Kepalanya masih menunduk ke lantai.

“Tidak ada apa-apa yang boleh Tuan buat selain undur diri. Lepaskan Puan Sofea. Biar dia hidup bahagia..” Max berkata tegas. Dia sudah melepaskan marahnya semalam. Sudah tidak ada gunanya lagi dia mahu memukul Rafael.

“Tapi...aku mahu dia...”

“Tuan patut fikir pasal Claudia. Dia sekarang berdepan dengan maut. Madam Ailee tidak akan lepaskan dia sebab perbuatan dia terhadap Puan Sofea...” Max jadi lebih tegas.

“Claudia? Aku peduli apa? Biar dia mati! Kenapa dia mau seksa Sofea? Dia sendiri cari maut!” Marah Rafael. Hatinya sudah tidak memperdulikan Claudia lagi selepas tahu apa yang Claudia buat.

“Dia tu masih bini Tuan! Tuan sudah sia-siakan seorang wanita! Kenapa mau buat lagi?! Tuan ni manusia yang tiada perasaan!” Max terus berlalu keluar.

Walaupun dia tidak perna menyukai Claudia, tetapi dia merasakan tindakan Rafael tidak patut. Seharusnya Rafael pergi selamatkan Claudia atau pun setidaknya pergi berjumpa dengan Dom dan selesaikan hal itu.

*****

Sofea masih belum sedarkan dirinya. Dia masih berada dalam keadaan koma. Untuk sementara Dean di jaga oleh Ailee dan Graham. Anak kecil itu lebih selamat di villa. Sudah seminggu Dom menjaga Sofea di wad vip itu. Demi untuk memastikan keadaan Sofea, dia sanggup untuk terus berada di sana. Segala urusan kerja lainnya di serahkan pada Nathan dan Yalie.

Jemari Sofea di genggam erat. Terasa sangat sejuk. Wajahnya juga pucat sahaja. Kulitnya kering kurang mungkin akibat kesan ubat-ubat. Belum ada tanda Sofea akan sedar.

“Sayang...tolonglah bangun...jangan terus seksa saya macam ni... Please be strong to our new baby...” Dom mengusap lembut perut isterinya. Khabar yang dia terima dari doktor itu membuatkan perasaannya bercampur baur.

Sewaktu pembedahan di jalankan, nyawa Sofea dan baby yang masih terlalu muda itu sangat-sangat terancam. Tetapi keajaiban berlaku bila Sofea jadi sangat kuat sehingga selesai pembedahan.

“Banyak yang saya mau cakap sama kau. Kau masih belum tahu perasaan saya sama kau.. You have my baby and I dont know both of them... its unfair Angel...unfair... ” Dom mengusap wajahnya berkali-kali.

“Dom..” Aaron menepuk bahu Dom. Dom menoleh dan melihat Aaron. Dayana juga ada. Wajahnya bertukar bengis.

“Apa lagi Aaron?” Dom mengawal dirinya. Dia tidak mahu membuat huru hara di situ.

“Aku datang mau tengok Angel...” Kata Aaron. Wajahnya sedih sahaja. Sejak awal lagi dia mahu datang melawat Sofea tetapi memandang Dom sentiasa bersama Sofea, dia tidak mahu menimbulkan rasa marah Dom. Namun di sebabkan dia sudah terlalu ingin tahu keadaan Sofea, dia memaksa diri untuk datang sahaja.

Dayana pula datang hanya untuk melihat bagaimana nazaknya Sofea. Dia tidak mengharapkan Sofea untuk pulih dan bangun. Doanya terlalu banyak untuk meminta Tuhan mencabut nyawa Sofea. Keinginannya untuk dapatkan Dom semula menjadi-jadi.

“Kau mau tengok dia, silakan.. Do not touch her...” Pinta Dom dengan nada tegas. Aaron angguk. Dia memandang wajah pucat itu. Tetap juga cantik di matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Red AngelWhere stories live. Discover now