twenty four

35 1 0
                                    

13.1.2020
30.6.2022

Hai. It has been two years.
No, sayang. Its been 4 years.

..

JK's side

Aku duduk terpaku. Kesibukan yang berlaku di sekelilingku tidak sama sekali mempengaruhi. Kaki aku lemah, hati aku remuk melihat wanita yang aku sayangi terpaksa bertarung nyawa didalam bilik kecemasan.

Ya, wanita.

Aku bukan melihat dia sebagai seorang pelajar yang masih memerlukan perhatian dari seorang guru, tapi aku melihat dia sebagai seorang wanita yang harus dilindungi.

Panggilan yang aku dapat secara tiba tiba pada petang tadi telah berjaya mengoyakkan kerisauan di pundak hati.

Selama ini telahan ku benar, ada sesuatu yang bermain didalam kehidupannya. Permainan kotor, jijik dan menyusahkan.

Kedua tangan aku pautkan bersama, memohon kepada tuhan agar dia dibangkitkan.

Tidak cukup dengan itu, telapak tangan aku raupkan ke muka. Menyesal.

Papan tanda bilik kecemasan yang sedang berkelip kemerahan aku pandang.

Sudah menghampiri pukul 9 malam, tiada kabar dari seorang doktor mahupun jururawat tentang keadaan Shinha.

"Hyung," suara kecil dapatku tangkap, segera kepala ku dongakkan melihat gerangan.

Dia tersenyum.

Mahu membalasnya, tapi tiada daya.

"Aku Mingyu, kawan baik Shinha. Akulah yang call tadi," dia memperkenalkan diri.

Perasan yang aku tidak membalas, dia segera duduk di tempat duduk yang kosong bersebelahanku.

"Aku tahu hyung belum makan, ada roti dan air kosong je sempat beli," katanya sambil plastik di genggamannya diayun dihadapanku.

"Hanat, 5 jam kau lambat. Ni je?"

"Ha ye. Bak sini, aku lapar," aku merampas plastik tersebut dan mengeluarkan roti.

Strawberry Milk.

Menggiurk...

Mingyu berdecit membuatkan aku menoleh tepat kearahnya.

Luka sebesar duit 10sen terletak elok di pergelangan tangannya.

"Apa benda kau ni,"

"Tak hyung, luka ni besar juga kan. Dapat ni sebab cuba selamatkan Shinha," kerutan di dahi dapat menambahkan perasa di dalam makanan. Aku mengangguk.

"Kau pergi jumpa doktor, ubat dulu luka ni. Kang kena jangkitan kau jugak yang naya,"
Aku sandarkan diri ke dinding dan mengeluh dingin. Sedingin suhu di Korea saat ini.

"Sebelum tu..."

"... apa yang terjadi sebenarnya ni dan kenapa Shinha?" dadaku sesak seharian memikirkannya. Aku perlu tahu sebabnya mengapa semua ini terjadi dalam masa yang singkat.

Suasana hening serta merta, tiada lagi decitan yang dikeluarkan melainkan keluhan berat.

Roti yang masih berbalut aku ketepikan dan seluruh badanku berpaling ke arahnya.

"What happened...did i missed something? "

Mingyu terhenti sejenak sebelum senyum memandangku. Kepala bergerak kekiri dan kanan menafikannya.

Perasaanku tidak enak, hatiku tidak tenteram. Sepertinya, ada lurah di balik pendakian.

Bebola matanya bergerak ke atas dan kekiri dengan pantas.

Apa yang disembunyikannya?

Author's side.

Pintu seluas 10 meter itu terbuka luas, menonjolkan sosok seorang yang berkot putih dan memakai penutup mulut.

Cemas dan hampa membaluti wajahnya. Saking payahnya dia ingin memberitahu perkara tersebut kepada sang penjaga.

Mingyu dan Jungkook mendongak dan serentak berdiri mendekati doktor tersebut.

"Macam mana dengan dia, doktor?" Jungkook menunggu dengan hati yang meluap luap. Namun, tidak berbalas.

Jungkook yang sememangnya tidak sabar, dia mula memegang kolar doktor tersebut.

Mendorongnya ke dinding. Mingyu, yang diam membatu di pendiriannya hanya mampu melihat kelakuan Jungkook yang mula bertindak di luar kawalan.

Tidak mampu berbuat apa apa karna dia tahu apa yang berlaku.

"Encik, sabar. Lepaskan," jururawat yang menemani doktor tersebut mula bertindak untuk meredakan situasi dengan menenangkan Jungkook.

Hati mana yang tidak hancur, perasaan siapa yang tidak terusik jika kesayangan berada dalam kesusahan.

Setelah diarahkan untuk menarik nafas dan menghembusnya beberapa kali, akhirnya Jungkook mulai kembali ke dunia realiti.

Tenang.

"I'm sorry, doc. I just wanted to know what had happen to my girl," Jungkook meminta maaf dan meraup mukanya untuk kedua kali nya.

"Awak penjaga kepada Ho Shinha?" Tidak ingin membocorkan rahsia pesakit kepada yang salah, privasi harus diutamakan.

Jungkook buntu, halkumnya bergerak keatas dan kebawah seiring dengan pengaliran saliva yang ditelannya beberapa kali tanda gelisah.

Risau sekiranya doktor tersebut tidak mahu berkongsi kepadanya.

"Saya cikgu dia,"

Cikgu? Heh.

Mingyu tersengih namun sempat menukar alur wajahnya kepada sedih apabila Jungkook berpaling kearahnya.

"Oh, kalau macam tu ikut saya ke pejabat,"

"Baiklah," Jungkook membalas sambil membuntuti doktor tersebut ke pejabatnya.

Tinggallah sang Mingyu dihadapan bilik kecemasan, keseorangan.

"Apa yang aku buat ni ya Tuhan," kini, gilirannya pula duduk termanggu sambil ditemani dengan bayang bayang gelisah.

Luka yang nampak seperti benar itu ditenung dalam sebelum matanya naik melihat pintu bilik kecemasan.

Ya, luka yang direka sebelum sampai di hospital bagi menampakkan bahawa dia sanggup berkorban ketika menyelamatkan Shinha.

Mengapakah dia perlu berbuat sedemikian?

Apa rancangannya?

Biarlah masa yang menceritakan.

.

Jungkook hanya melihat pergerakan doktor yang agak kabut dari tempat duduknya.

Kaki diarah ke kanan dan ke kiri selari dengan barisan mejanya.

Fail yang berada di genggaman dibelek berkali kali.

Saat demi saat berlalu, akhirnya doktor tersebut menghela nafas berat dan melihat Jungkook dengan pandangan yang serius.

"Pesakit mengalami pendarahan di bahagian kepala dan sekarang berada dalam keadaan yang lemah. Kecederaan yang berada di bahagian kepala pesakit teruk kerana mungkin terhantuk atau terhempas kuat sewaktu accident berlaku. Erm, dan pesakit koma."

Jungkook terkedu, mindanya kosong. Tiada lagi kegusaran. Dunianya seolah olah gelap. Sungguh kasihan. Dalam sekelip mata, semuanya jatuh.

"...untuk berapa lama?"

"Itu masih menjadi satu soalan kepada saya juga. Depends on the patient, kita kena terus berdoa supaya pesakit kuat dan dapat sedar dengan secepat mungkin. Kita juga kena kuat, bagi sokongan kepada Shinha."

Oh Tuhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tuition [JK]Where stories live. Discover now