eighteen.

2.1K 182 29
                                    

"Erm hey" Terjengul kepala seseorang dipintu wad Jungkook.

"Oh, hyung. Masuklah." Taehyung masuk kedalam wad tersebut lalu meletakkan sejambak bunga di atas meja yang disediakan.

Sejurus selepas sahaja dia menghantar Shinha pulang ke rumah, dia terus menuju kembali ke hospital dimana Jungkook dirawat.

"Cantik bunga" Jungkook memuji.

"Eh yeke? Hyung beli bunga taik ayam pun kau cakap cantik" Jungkook ketawa. Begitu juga Taehyung.

"Banyaklah hyung, kenapa tak beli kaktus je?"

"Hyung pun terfikir juga, tapi dekat sini susah nak dapat." Taehyung membuat loyar buruk. Jungkook bangun dari pembaringannya tapi segera ditahan Taehyung.

"Baring jelah." Tangan yang menahan bahu Jungkook segera ditepis.

"Hyung, bukan pinggang yang patah, tapi tangan yang luka. Apalah hyung ni." Nampaknya Jungkook lebih pandai dari Taehyung. Taehyung tersengih malu.

"Shinha dah sampai rumah dia ke?" Tanya Jungkook.

"Eh tak tak, hyung tinggalkan dia dekat rumah orang tua tua tadi" Terbuntang luas mata Jungkook. Taehyung ketawa melalak.

"J-jinjja?!"

"--HAHAHAHAHA APA BODOH SANGAT KAU NI AHAHAAHAHAHA" Air mata yang mengalir akibat ketawa yang keterlaluan segera dilap.

"Habis tadi tu hyung datang ambik shinha tadi apa? Hyung hantar pulanglah. Dekat rumah dia" Jelas Taehyung. Jungkook hanya mengangguk sebelum pandangan dilempar ke tingkap.

"Macam mana boleh jadi macam ni, kook?" Lengan Jungkook yang berbalut dipandang. Jungkook hanya mengangkat kedua dua bahunya.

"Entah."

"Kau hyung tengok makin senyap je, dulu bukan main happy-go-lucky, kau ma--"

"Dulu lain sekarang lain, hyung" Taehyung mengangguk. Lain benar Jungkook yang berada dihadapannya, Jungkook yang dikenalnya dulu seorang yang kuat cakap, peramah tapi sekarang Jungkook lebih kepada diam.

"Okaylah, tapi kan, Shinha makin cantiklah, last hyung nampak dia dengan braces dia lagi. Haha makin sukalah hyung dekat dia." Cadar hospital digenggam kuat Jungkook.

"Hyung..masih suka dekat dia?" Tanya Jungkook.

Taehyung mengangguk.

"A'ah, kan hyung pernah kata dia tu first love hyung. Dan kau ingat kan hyung pernah kata hyung takkan tinggalkan first love hyung?" Jungkook hanya mengiyakan.

"Hyung takkan benarkan sesiapa rampas dia dari hyung." Jungkook terkejut tetapi dia terus menyembunyikan reaksinya.

"Hahaha, cinta mati betul hyung dekat dia." Perli Jungkook lalu memukul perlahan bahu Taehyung.

"Ofcourse! Tapikan kau rasa dia suka hyung tak?"

Jungkook mengangguk.

"Mesti suka punya! Sapalah yang tak suka lelaki macam hyung ni? Dahlah hensem, kaya, pandai pergghh perfect!" Taehyung tersengih.

"Adehh" Jungkook mengerang.

"Kenapa?" Tanya Taehyung. Jungkook menggeleng.

"Hati sakitlah, hyung."

°°°

"Hyung balik dulu tau?" Pamit Taehyung sambil menggosok kepala Jungkook.

Jungkook hanya tersenyum sebelum menunjuk dahinya. Taehyung memandang pelik.

Tuition [JK]Where stories live. Discover now