twenty two

1.1K 85 14
                                    

Aku berjalan meninggalkan Mingyu. Aku lapar, tapi tulah, aku sanggup berikat perut demi mempertahankan maruah dari diejek Mingyu. Dah bertahun dia tinggalkan aku, pastu muncul balik pastu perangai serupa monyet.

Entah apa yang dibuatnya di luar negara pun tidak ditahu.

Aku toleh balik, mengharap dipujuk tapi hampa Mingyu sudah lesap. Dasar Kim Mingyu betul!


Tapi aku pelik, kenapa dengan tiba tiba je dia balik? Pastu satu sekolah dengan aku.

Kenapa makcik Kim pisahkan kami, tengok sekarang. Aku dah kekok nak bermain kasar dengan dia.

Hm takpelah, pulang nanti boraklah pepuas.

Aku pun terus berjalan menuju kekelas.

Tidur lebih bagus.

°°°

Aku berjalan keluar dari kelas dengan muka cemberut. Yelah, perut aku sakit sebab tak makan, dan aku mengantuk. Ni semua sebab Mingyu taguna tu hmp!

Setelah berjaya keluar sesakan manusia yang berebut ingin pulang, aku ternampak satu sosok tubuh yang aku sangat kenal. Dia menoleh kearahku dan menerpaku. Ditangnnya ada sebungkus roti. Eleh, sebungkus je.

Bungkusan itu disua kepadaku.

"Nah, kau tadik takda makan kan?" Katanya. Aku menggeleng. "Taknak aku tak lapar." Jawabku kasar tanpa melihat wajahnya. Jual mahal apa salahnya ('∀')

"Okay then." Dia membuka bungkusan itu dan mengeluarkan isinya, mulutnya dibuka. Kuajaq kau Mingyu.

"Betul ni?" Tanyanya meminta kepastian. Aku merengus kuat lalu roti itu kurampas. Iman aku tak kuat nak.

Mingyu tertawa.

"Ceh, taknak konon." Perlinya. Hah dah mula dah.

"Taknaklah." Bungkusan roti itu ku kembalikan. Bungkusan je roti dah habis agagaga.

Lalu aku berjalan kembali kehadapan tanpa menoleh kearah Mingyu.

Mingyu terkedek kedek ingin menyaingiku.

"Okay bebeh. Im sorry sebab buat macam tu. Makan jom?" Kedengaran Mingyu meminta maaf sambil kaki dikuiskan ke tar. Aku tersenyum.

Sedar juga ye engkau, Encik Kim Mingyu?

"Okay! Jom ah aku lapar ni!" Mood ingin memarahinya dengan lebih lama telah hilang. Aku memang pantang orang belanja belanja ni memang aku phewww.

"HAHAHA cepat betul kau mengalah ya?" Tanyanya lagi. Aku mencebik.

Eh kau ni Mingyu, macam tak kenal pulak aku.

"Eh gyu, nak tanya ni." Aku merangkul lengannya. Dia hanya mengangguk.

Aku mendongak melihatnya. Maklumlah, aku ni pendek.

"Asal kau balik? Pelajaran dekat luar negara tu tak cukup bagus ke? Ke makcik Kim yang paksa?" Pada soalan terakhir, aku tersenyum sinis. Heh, kau fikir aku tak tahu si Mingyu ni anak mama.

Mingyu berhenti dari berjalan dan melihatku. Wajahnnya secara spontan didekatkan dengan wajahku yang peloles.

"Kau tak suka ke aku balik ni?" Mukanya yang redup membuatkan aku takut.

Dan aku gagap.

"B-bukan ma-cam t-tu, a-aku ta-tanya je. T-tak pa-payah j-jawabl-lah." Gagap aku teruk dah ni. Mingyu masih lagi dalam redupnya. Ala gyu, janganlah buat muka cemtu, gerun aku dibuatnya gila.

"Jomlah jalan. Nanti kat sana baru kita cerita." Sambungnya lalu menarik tanganku kasar.

Amboi gyu, dah lebih ni. "Eh sengal sakitlah tangan aku kau genggam kuat." Aku meronta. Namun dia mengendah. Aku meronta semampu yang boleh.

"Senyaplah, orang kata apa kau buat cemtu nanti? Difikir nanti aku nak culik kau. Tak ke naya aku?" Marahnya. Mulutku memuncung. Mengalah sekali lagi.

Namun setelah ditengah jalan raya, genggamannya longgar dan ini masanya aku untuk melepaskan diri.

Tanganku rentap, dan aku berlari kehadapan tanpa melihat kiri kanan. Ku toleh kearah Mingyu, dia sudah cemas.

Tiba tiba suatu benda keras merempuhku. Aku terbang jauh dari tempat asal, dan rebah disitu. Mataku berpinar dan pemandanganku jadi kabur. Dalam kekaburan aku bisa melihat sosok tubuh Mingyu berlari kearahku.

"SHINHA! SHINHA! WEH BANGUN JANGAN MATI DULU!" Jeritnya. Mungkin bagi membenarkan aku mendengarnya.

"WOI TELEFONLAH AMBULANS! TERCEGAT KAT SINI KERUMUN BUDAK NI KENAPA!" Herdiknya kepada orang orang yang berada disitu. Terus sahaja mereka semua mengeluarkan telefon, tidak pasti sama ada hendak menelefon ambulans atau menggambarku yang tengah nazak.

Tiba tiba sakit dikepala bertambah kuat kuat, aku tak tahan, tambahan luka ini yang pedih menyakitkan aku.

Mataku tertutup perlahan dan duniaku gelap.

Kosong,

tiada suara mahupun cahaya.

rasa sakit yang aku tahan tadi sudah hilang.

jangan bilang aku dah mati sudah. Aku masih muda (つд⊂)

°°°
"Shit!" Mingyu mencarut sebaik sahaja tubuh Shinha melayang jauh.

"Kenapa kena awal awal!" Dia bergegas ke arah Shinha yang sudah mulai didekati orang ramai.

"SHINHA! SHINHA! WEH BANGUN JANGAN MATI DULU!" Jerit Mingyu. Dilihat ke arah orang ramai yang mengerumuni Shinha, tidak satu seorang pun yang mengeluarkan telefon bagi menghubungi pihak ambulans.

"WOI TELEFONLAH AMBULANS! TERCEGAT KAT SINI KERUMUN BUDAK NI KENAPA!" Setelah diherdik oleh Mingyu, baru mereka bergegas mengeluarkan telefon masing masing.

Typical manusia sekarang ;

Laman sosial lagi penting dari tolong orang.

Mingyu berpaling kearah Shinha yang sudah berdarah dari kepala hingga kaki.

Dia baru berjumpa kawan baiknya itu pagi ini, kenapa bisa terjadi begini?

Setelah itu dia meraba raba kocek Shinha mencari telefon Shinha.

"Dapat." Nombor telefon yang tertera di telefon itu ditekan sesuka hati.

Tut..tut..tut..

"Hello Shinha? Kenapa telefon ni?"

"Haa Jungkook!"

•••

¯\_(ツ)_/¯

Tuition [JK]Where stories live. Discover now