twenty three.

525 32 4
                                    

"Jungkook!"

"..."

"Datang hospital sekarang! Shinha masuk hospital!"

"..."

"Datanglah cepat! Sampai sini kau tahulah siapa aku!"

"..."

"EY BUDAK NI KAU DATANG JELAH DOK TANYA SIAPA AKU KAU FIKIR AKU GAY KE NAK TEPON KAU SUKAHATI! HA KAU"

"..."

"Ha pat kit datang tu."

Tut tut tut...

Telefon dimatikan, dan dalam masa yang sama ambulans dan juga pihak polis menimbulkan diri, Shinha diangkat dan dihantar ke hospital.

Seorang polis berjalan mendekati Mingyu dan berjabat tangan dengannya. Digenggaman polis tersebut terdapat sebatang pen dan buku.

"Nak minta keterangan ke?" Polis tersebut mengangguk. Mingyu menyimpan telefon milik Shinha lantas menghadap polis itu.

"Kita mulakan eh. Selain daripada awak, siapa lagi yang ada masa kejadian berlaku?" Soalan pertama diaju. Mingyu menarik nafas.

"Banyak orang sebenarnya. Ha tu yang dok berkumpul kat sana tu, itulah yang ada pada masa tu." Mingyu menunjuk ke arah sekumpulan masyarakat yang berkeras hendak melihat apa yang terjadi walaupun dilarang oleh pihak berkuasa.

Polis itu mengangguk lalu mencatat didalam buku.

"Ada tak masa tu awak syak sesuatu? Saya maksudkan macam ada yang pelik di persekitaran awak?" Soalan kedua keluar dari mulut polis tersebut.

"Tak ada. Keadaan masa tu macam biasa, tapi secara tiba tiba kereta tu macam kilat zap zap zap, kawan saya dah melayang jauh." Dirasakan penjelasan Mingyu itu sedikit lawak, polis tersebut tersenyum kecil.

"Oh, kalau macam tu saya tak adalah banyak soalan nak tanya kat awak sebab dari jawapan awak saya dah tahu awak ni useless. Saya minta diri dulu." Polis itu membongkok tanda hormat dan berlalu pergi. Sempat lagi dia memerli Mingyu.

"Heh, nasib kau polis kalau tak dah lama aku lenyek kau kat sini. Ada hati nak cakap aku useless konon, aku tau semualah bangang." Mingyu bengang. Namun, dia tersedar yang dia perlu menjenguk Shinha dihospital mana tahu 'Jungkook' ada kat sana dah.

Tak lama selepas itu, sebuah kereta berwarna hitam datang untuk menjemput Mingyu dan membawanya ke hospital.

●●●

"Haiyoo manalah budak yang suruh aku datang hospital ni." Jungkook merungut dihadapan pintu masuk hospital yang Mingyu suruh dia datang tadi.

Mana taknya tak merungut, dia dah tunggu dah 15 minit kot.

"Baik aku tanya diorang mana wad Shinha." Jungkook mengambil keputusan untuk bertanya kepada nurse yang bertugas di kaunter pertanyaan. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, kalau dah sesat pakailah waze.

Daripada menunggu si Mingyu yang entah dia nak datang ke tak. Sempat beku kot badan Jungkook tunggu kat luar, suhu persekitaran sekarang bukanlah normal seperti Malaysia. Normal ke? hm. Dimana kebenaran kita tak tahu.

"Hai, saya nak tanya, dimanakah wad Park Shinha, setahu saya dia dihantar ke hospital ni sebentar tadi." Tanya Jungkook ramah. Nurse yang bertugas itu memeriksa buku kedatangan pesakit. Tak lama lepas tu, dia bersuara.

"Pesakit berada dalam bilik kecemasan sekarang." Jawabnya. Jungkook tergamam, teruk sangat ke keadaan Shinha sampai kena masuk wad?

"Bilik kecemasan? Apa yang terjadi dekat dia sebenarnya?" Tanya Jungkook lagi, peluang emas macam ni jangan nak lepaskan. Kalau nanti Jungkook tanya si Mingyu tu, entah nak ke dia jawab punca Shinha masuk hospital ni?

"Dia kemalangan. Dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta dan menyebabkan pendarahan di bahagian otak." Jelas nurse itu. Jungkook mengangguk lalu berterima kasih kepadanya. Kaki Jungkook gerakkan ke bilik kecemasan. Jam tangan Jungkook lihat sekilas.

Mingyu ni mana?!

Tapi, ada satu hal yang merunsingkan Jungkook.

"Bagitahu eomma dengan Jimin ke tak?"

●●●

"Ahh ahjussi! Kenapa boleh habis minyak tengah tengah jalan macam ni!" Mingyu merungut. Ahjussi yang ditugaskan oleh eommanya untuk menghantar Mingyu ke hospital hanya mampu tersengih. Dia juga tidak tahu bagaimana perkara ini berlaku sedangkan dia sudah pasti yang kereta itu penuh dengan minyak. Cepatnya habis?

"Ahjussi minta maaf, macam nilah apa kata ahjussi panggilkan kawan ahjussi untuk hantar kamu?" Pelawa ahjussi, Mingyu mendengus.

"No, thanks. Saya naik uber je. Japgi dia sampai." Mingyu menolak, dia kemudiannya mengambil telefonnya dari kocek seluar dan mendail nombor seseorang.

"Ha! Pakcik! Boleh ambik saya kat xxxxx? Saya nak ke hospital isk (ikut suka kaulah). Ha okok. Cepat sikit tau." Mingyu menutup telefon lalj masuk kembali ke perut kereta. Bersamanya, seorang wanita dalam lingkungan 50an.

"Eomma! Bagilah masa Mingyu sikit, kenapa awal sangat?" Mingyu bertanya. Wanita itu tersenyum lalu menggosok rambut Mingyu.

"Kalau eomma bagi kau masa, kau nak buat apa?" Tanyanya. Mingyu mendengus.

"Mingyu belum habis pun nak lepas rindu dengan dia, dahlah eomma pisahkan kitorang. Bukan perpisahan yang sebentar tau, tapi perpisahan yang agaklah lama. Bagilah Mingyu sedikit masa." Mingyu merayu kepada eommanya. Eommanya aka Puan Kim mengeluh.

"Mingyu, ingat eh, eomma hantar kau jumpa perempuan tu sebab kita ada urusan yang belum selesai dengan keluarga mereka. Kalau diikutkan hati, eomma tak akan daftarkan kau ke sekolah tu untuk berjumpa dengan perempuan tak guna tu!" Mingyu terdiam. Dia tidak sangka Puan Kim begitu benci dengan keluarga sahabag baiknya itu. Dia seperti kehilangan kata kata, tak mampu untuk membalas semua percakapan Puan Kim.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sehingga pakcik uber menjemputnya.

✿✿✿

A lil update from me sempena cuti ini. Inshaallah ff ini akan selalu diupdate. Inshaallah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Btw, sorry tau aku bebalik unpub pub. Aku betul2 takde idea, nak dekat setahun jugaklah aku biarkan ff ni terdampar HAHAHA. tapi kalini aku janji, aku takkan unpub dah! Cuma aku unpub kali ni sebab nak betulkan sesuatu. ♡

Tuition [JK]Where stories live. Discover now