"Yukino memang sepadan dengan tuan puteri."

Kosuke mengangguk setuju.

"Tapi dia tu bodoh la. Terus terang Crystalia jodoh dia. Kalau Crystalia sedar pun, memang Crystalia tetap memilih dia."

Kyho tersenyum lucu dan mengangguk setuju. Kali ini, Kyho setuju dengan Kosuke. Cuma dia tahu, yang Yukino mana tahu siapa jodoh Crystalia.

Kyho jadi terbayang wajah terkejut Yukino apabila mengetahui dirinya adalah jodoh Crystalia. Membayangkan sahaja membuatkan Kyho ketawa kecil.

Mereka berdua terus menuju ke arah Yukino yang sudah mengangkat Crystalia ala bridal style.

"Tuan putera, tolong jaga tuan puteri baik2."

Yukino mengangguk faham.

"Dan tolong jauhkan Crystalia dari Tashima kalau kau nak selamatkan Crystalia la. Sebab Crystalia hampir diperkosa oleh lelaki tak berguna tu."

Wajah Yukino mengeras memikirkan nasib Crystalia yang sangat terseksa.

"Baiklah. Aku janji. Aku rasa aku kena pergi. Aku yakin semua risaukan Rys sekarang."

Dan setelah mendapat anggukan dari Kyho dan Kosuke, terus dia pergi pulang semula ke arah istana Kerajaan Sunflower.

Kosuke yang memandang kelibat Yukino yang membawa pulang Crystalia, terus berbalik ke arah lain.

Kyho yang perasan perubahan Kosuke terus tersenyum.

"Tenanglah..Kita masih boleh berjumpa dengan tuan puteri lagi."

Kosuke tetap diam. Kyho memandang lekat ke arah Kosuke, dan terkejutnya dia apabila Kosuke tengah menangis.

"Kenapa Kosuke?! Kau sakit ke?"

Kosuke menggeleng.

"Tak..aku cuma rasa sunyi. Walaupun Momo ada, tapi tetap saja. Crystalia sudah tak ada dekat sini. Aku rasa kosong."

Rintihan Kosuke membuatkan Kyho menepuk belakang Kosuke agar Kosuke berhenti menangis.

Sejujurnya, ini pertama kali Kosuke menangis disebabkan Crystalia. Dan dia yakin bahawa Kosuke sangat sayangkan Crystalia sampai tak sanggup melihat Yukino membawa pulang Crystalia.

---

Liam terdiam di ruang tamu tersebut. Rash dan Kyosuke sudah tidur dalam bilik tetamu, malahan semua orang telah tidur.

Kenapa? Wajarlah semua sudah tidur, sebab sudah tengah malam.

Kenapa Liam tidak tidur lagi? Sebabnya adalah dia sedang menunggu Yukino. Dia yakin Yukino akan balik malam ni bersama dengan Crystalia setelah mendengar jawapan Tazuko petang tadi.

"Yukino? Oh-Yukino ikut ahli sihir semalam, kata ahli sihir tu, mereka tahu keberadaan Lia. Aku yakin Yukino akan jumpa Lia nanti. Korang jangan bimbang."

Seperti itulah apa yang dikatakan oleh Tazuko setelah Rash bertanya.

Dalam beberapa detik setelah itu, pintu istana terbuka dan Liam ternampak Yukino yang sedang mendukung Crystalia yang tidak sedarkan diri.

Dengan pantas, dia menolong Yukino untuk membawa Crystalia. Walaupun Yukino agak pelik kerana Liam ada Kerajaan Sunflower, tetapi diendahkannya dahulu. Crystalia lagi penting.

---

Liam dan Yukino memandang wajah damai Crystalia.

"Macam mana kau boleh ada di sini, Liam?" Soal Yukino dengan pelik.

Sebelum menjawab, Liam duduk di atas sofa manakala Yukino duduk di sisi katil milik Crystalia.

"Aku datang sini selepas dengar Lia hilang lagi. Dan aku taknak Tashima hancurkan Lia lagi." jujur Liam dengan serius.

Yukino mengangguk setuju.

"Tapi macam mana Lia boleh pengsan? Apa dah terjadi sebenarnya?" Soal Liam dengan panik.

Siapa tak panik melihat kawan baiknya sebegitu. Hatinya sedih melihat keadaan Crystalia.

Yukino mengeluh berat dan memandang Crystalia lagi.

"Giko yang lakukannya. Giko adalah ahli sihir jahat dalam kawasan itu. Dia yang membuatkan Rys macam ni, tapi kau jangan bimbang. Aku sudah hapuskan dia." Ujar Yukino dengan pantas apabila terlihat wajah Liam sedikit berubah.

Liam mengangguk faham dan mengeluh kasar.

"Yukino, apa yang kita nak buat sekarang ni? Aku yakin setelah Crystalia sedar nanti, pasti Tashima agak berbuat lebih kasar padanya. Aku taknak semuanya terjadi." Luah Liam dengan sayu.

Yukino mengetap bibirnya dengan kuat. Hampir berdarah dibuatnya.

"Aku akan bawa Rys lari dari Tashima."

Liam terus memandang Yukino dengan pantas. Dia menggeleng kepalanya tanda 'kurang setuju'.

"Tak boleh. Kalau kau buat macam tu. Serta merta semuanya jadi kalut." ujar Liam kepada Yukino yang nampak tidak sabar.

"Kenapa? Kan lebih baik macam tu. Aku--bukan aku je, tapi kita semua taknak apa2 terjadi pada Rys. Ini peluang yang baik untuk bawa Rys lari." Ujarnya dengan serius.

Liam menggeleng lagi tanda 'tidak setuju' dengan ucapan Crystalia.

"Dengar Yukino. Aku sangat kenal Tashima sejak dari dulu. Dan kau tak kasihan ke dekat Raja dan Permaisuri? Pasti dia rindukan Crystalia juga."

Perkataan Liam membuatkan Yukino terdiam. Yukino akui Liam betul. Dia bukan apa, tapi terlalu bimbangkan Crystalia sampai jadi panik sendiri.

"Apa kata kalau kita tunggu Crystalia sedar dan kita lihat apa Tashima akan lakukan pada Lia. Kalau dia melayan Lia dengan teruk, bukan kau saja yang boleh bawa lari Lia, tapi aku akan bantu kau, Yukino."

Ucapan tersebut membuatkan Yukino tersenyum dan mengangguk mantap. Sekurang-kurangnya, ada juga sahabat yang boleh menolongnya dalam susah.

'Bodyguard' For PrincesKde žijí příběhy. Začni objevovat