Kebenaran

3.7K 277 16
                                    

Ryouta mencari-cari sebuah buku di perpustakaan bawah istana. Kenapa perpustakaan bawah istana? Sebabnya di situ terletaknya pelbagai buku² yang sangat lama.

Ryouta tersenyum apabila dia terpegang buku yang dicarinya.

"Kerajaan Sunflower." gumam Ryouta.

Dia duduk di sebuah kerusi lama dan membaca buku tersebut.

Kerajaan Sunflower..

Kerajaan yang sangat cantik dan keindahan bunga matahari yang sangat banyak.

Kerajaan itu juga dikenali sebagai kerajaan tercantik diatara seluruh kerajaan lain. Kerajaan itu juga kerajaan yang disegani oleh seluruh kerajaan pada zaman dahulu sehinggalah sekarang.

Ryouta menyelak halaman seterusnya.

Kerajaan tersebut memiliki keistimewaan, dan keistimewaan hanya diturunkan kepada kerabat diraja Sunflower. Ianya adalah anugerah terindah yang diberikan oleh Tuhan.

"Memiliki keistimewaan?" soal dirinya sendiri. Dia mula menyambung bacaannya.

Kerabat diraja Sunflower memiliki keistimewaan yang langsung tiada sesiapa yang memilikinya.

Apabila dia marah, matanya akan bertukar kepada oren jernih, apabila dia menangis, air matanya akan menjadi mutiara yang berkilauan dan cantik. Dan.. memiliki kuasa penyembuh yang mampu menyembuhkan sesuatu dalam masa 3 saat sahaja.

Ryouta menagngguk faham. Dia menutup buku tersebut dan meninggalkan perpustakaan itu.

---

Ryouta mula memasuki bilik Saugo. Ryouta memandang sekelilingnya, kelibat Saugo langsung tidak dilihatnya.

Tanpa membuang masa, dia menuju ke arah katil Saugo.

'Hari tu mereka ada cakap yang Rys tidur di sini kerana takut.' desis hatinya.

Ryouta mula mencari-cari dan menyentuh katil milik Saugo di setiap sudut tetapi langsung tidak jumpa apa yang dicarinya.

Dia mendengus geram. Akhirnya dia memandang ke bawah katil dan terkejut besar.

---

Yukino memandang Crystalia yang sejak dari tadi memandangnya.

"Rys, awak jangan la pandang saya lama sangat." tegur Yukino dengan tegas.

Sebenarnya dia malu apabila asyik dipandang. Crystalia tersengih dan mengalihkan perhatiannya ke arah lain.

"Oh ya, sebelum saya terlupa. Esok awak teman saya dan Saugo pergi ke kerajaan Daisy boleh?"

Crystalia mengangguk patuh.

"Baik tuan putera. Itu memang sudah tanggungjawab saya untuk sentiasa bersama dengan kalian semua."

Jawapan Crystalia membuatkan Yukino ketawa kecil.

---

Ryouta mngambil mutiara yang sangat berkilauan baginya. Bukan sikit, boleh tahan banyak juga. Boleh buat seutas rantai.

Ryouta menggengam mutiara tersebut dengan kuat.

"Ja-jadi betul la yang Rys tu.."

Ryouta terduduk di birai katil. Dia mengeluh berat dan menunduk.

"Aku kena bercakap dengan Rys. Betul ke tak apa yang aku fikirkan."

---

Di sudut lain, Crystalia memengang dadanya yang sedari tadi tidak sedap hati.

'Kenapa aku rasa ada benda yang akan menimpa aku? Ke ada benda terjadi dekat istana?' soal hatinya dengan resah.

Crystalia menggeleng kepalanya dan mula mengemas pakaiannya ke dalam bagasi. Kemungkinan mereka akan bermalam di Kerajaan Daisy lebih lama. Sebab kata Saugo sebentar tadi, yang mereka ada perkara yang penting yang turut melibatkan kedua-dua kerajaan.

'Bodyguard' For PrincesKde žijí příběhy. Začni objevovat