Mulai Curiga

3.2K 220 26
                                    

Tashima termenung dalam biliknya. Fikirannya melayang ke arah Crystalia. Dia sedikit curiga terhadap Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower.

Tazuko yang kebetulan melintas di bilik Tashima tiba² terhenti.

Bukan apa, dia ternampak Tashima sedang termenung. Well, Tashima tidak tutup pintu. Mungkin terlupa.

Tu la, banyak sangat kerja, sampai terlupa nak tutup pintu. Tanpa membuang masa, Tazuko memasuki bilik Tashima walaupun dia tahu Tashima takkan izinkannya masuk.

Tazuko memandang pelik ke arah Tashima yang langsung tidak sedar kehadirannya.

'Ada masalah apa dengan dia ni? Lain semacam je.' bisik hati Tazuko.

Tashima terkejut apabila Tazuko mencuit bahunya. Tak lama itu, dia memandang tajam ke arah Tazuko.

"Kau nak apa? Selalu datang masa yang tidak tepat. Menyampah pula aku." ujar Tashima tanpa mempedulikan hati nurani milik Tazuko.

Tazuko memandang datar ke arah Tashima.

'Nasib baik kau abang aku. Kalau tak..nahas la kau.' desis hati Tazuko dengan geram.

"Aku bukan apa, tapi sebagai adik kau, kau boleh ceritakan apa yang ada di kepala kau tu sekarang. Apa guna aku jadi adik kau tapi kau tak luahkan. Aku tahu kau mesti ada masalah. Apa dia? Cakap jela." terang Tazuko dengan sedikit panjang.

Tashima mengeluh berat dan memandang ke hadapan semula.

"Aku bukan apa. Aku cuma pelik dengan Raja dan Permaisuri Kerajaan Sunflower tu ha.." luah Tashima dengan risau.

Dahi Tazuko berkerut seribu.

"Apa yang peliknya? Aku tengok okay je." balas Tazuko.

"Kau tak faham. Aku sebagai calon menantunya nak tahu khabar Lia. Tapi sampai sekarang mereka tak bagitau." ujar Tashima.

Terkaku Tazuko mendengarnya. Dia mula mencari-cari alasan dalam otaknya.

"Er..kau lupa eh? Aku kan sudah cakap dekat kau yang Crystalia dalam baik² sahaja. Kau jangan la risau." ujar Tazuko sambil ketawa kaku.

Tashima masih lagi mendiamkan diri.

"Kau lain, mereka lain. Tak sama bagi aku. Aku nak tahu keadaan Lia depan mata aku sendiri." jelas Tashima lantas bangun dari kerusi.

Tazuko mula gelabah dan menggeleng laju.

"Uish! Jangan pergi lagi Tashima. Kau mesti lupa dua hari lagi majlis Lia kan? Masa tu kau boleh jumpa dengan Lia. Tak pun, tanya keadaan Lia dekat Raja dan Permaisuri." cadang Tazuko.

Dalam hatinya berdegup kencang agar Tashima menerima pertanyaannya. Tashima memandangnya dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Kau pun pelik la. Kenapa setiap kali aku nak pergi ke sana, ade je alasan kau? Kau ada rahsiakan apa² dari aku ke?" soal Tashima dengan curiga.

Tazuko mengeluh dan memandang Tashima dengan biasa walaupun hatinya bagai nak meletup sekarang ini.

Tak sangka Tashima bijak.

"Aku tak ada rahsia apa² pun dari kau. Aku cuma cakap perkara betul. Takkan aku nak tipu kau? Aku kan adik kau." ujar Tazuko.

Dia bersyukur kerana pencakapannya tidak gagap.

"Hmm..aku harap kau jujur. Kalau aku dapat tahu kau menipu, kau tahu la apa yang aku akan buat dengan kau." ujar Tashima dengan tegas.

Tazuko mengangguk faham dan tersenyum tawar.

'Bodyguard' For PrincesWhere stories live. Discover now