"Hyung! Boss accident..tolong aku.." Suara Chanyeol menggigil. Kejadian ini sama seperti kejadian yang menimpanya 7 tahun lepas. Kemalangan ngeri yang dia tidak boleh lupakan.

"Kau buat lawak ke Yeol?" Suara Jin mula serius. Seketika kemudian, sebuah ambulans dan beberapa kereta polis kelihatan menghampiri kawasan kemalangan. Jin dengar bunyi ambulans itu.

"Jinjja? Macam mana keadaan boss?!" Tanya Jin panik.

"Boss pengsan. Hyung, aku takut. Kau datanglah sini."

"Yah Park Chanyeol! Lebih baik kau tak payah ingat semua benda tu. Kau tunggulah kejap aku datang sana!" Kata Jin. Namun tiada jawapan dari Chanyeol.

"Yeoboseyo? Yeoboseyo? Chanyeol?" Jin memanggil.

"Yeoboseyo?" Suara seorang lelaki kedengaran di dalam talian. Jin kerutkan dahi.

"Nugusaeyo?" Tanya Jin.

"Saya polis. Pemilik telefon ni tak sedarkan diri. Encik siapa ya?"

Jin tepuk dahinya. Dia selak rambut yang menutup dahinya ke atas.

"Pengsan? Err..saya kawan dia. "

"Encik boleh pergi Hospital Kanghan. "

________________

Jimin berdecit. Dia gosok tapak tangannya. Sejuknya macam nak mati. Yoona masih lagi cuba mencari apa-apa yang boleh membantu mereka keluar dari stor ais ini.

"Arghh sejuk betul! Tiba-tiba saya mengharapkan patung doraemon muncul. Boleh saya minta pintu untuk keluar dari tempat ni. " Jimin merungut kesal. Wajahnya sedikit pun tak gembira.

"Jimin, saya tak sedap hati lah." Kata Yoona tiba-tiba. Jimin jongketkan sebelah keningnya.

"Waeyo?"

"Entahlah. Macam something dah jadi. Something yang buruk." Kata Yoona.

"Cik Yoona, inilah yang buruknya. Kita terperangkap dalam ni lah yang buruknya." Kata Jimin sambil turut membantu Yoona mencari apa-apa yang boleh membantu mereka keluar dari situ.

"Diaorang memang nak kita mati beku dekat sini ke? " Yoona buat muka dan terus mencari. Jimin pandang siling. Dilihatnya siling berwarna putih itu. Dia kecilkan matanya apabila terlihat satu siling yang lain dari yang lain. Siling itu kelihatan seperti mempunyai dua lapis.

"Cik Yoona, tolong cari something yang boleh kita panjat." Arah Jimin. Dia kemudian melihat sekeliling. Bimbang ada cctv pula dalam ni. Dan ya. Tiada. Nasib baik.

"Jimin, apa kata kita panjat ais blok tu je. Kan besar. Tinggi pula tu. " Cadang Yoona. Jimin kelihatan berfikir.

"Boleh. Tapi..kita kena heret ais blok tu lah. Berat. Cik boleh ke?" Tanya Jimin. Yoona senyum sinis.

"This is Im Yoona lah. " Yoona terus menghampiri ais itu. Diheretnya satu ais blok yang sangat tinggi itu. Jimin yang terkejut. Kuat juga kekasih hati boss ni.

"Okay! Now, boleh panjat! Cik panjat dulu. " Jimin dukung Yoona dan diletakkan atas ais blok itu. Yoona pandang siling di atasnya kini. Dia mengeluh.

"Jimin, kita dalam masalah!" Kata Yoona tiba-tiba. Jimin yang baru nak panjat terus tak jadi. Dia mendongak memandang Yoona.

"Waeyo?"

"Mana boleh buka siling ni. Ada skru!" Rungut Yoona. Jimin tepuk dahi. Haih lah. Mana pula nak cari pembuka skru dalam ni. Jimin kelihatan berfikir. Seketika dia terlihat sesuatu. Senyuman nipis terukir di bibirnya apabila menyedari siling itu saja yang diperbuat daripada papan yang sangat sangat nipis. Yang lain diperbuat dari batu.

"Well cik Yoona. This is Park Jimin. Mafia paling talented. Tak payah susah-susah buka skru tu. Pecahkan sajalah. " Jimin tersenyum dan berjalan menghampiri ais blok yang tersusun itu. Dia ambil satu ais blok yang sedikit kecil dan berjalan semula menghampiri Yoona.

"Cik tunduk!" Arah Jimin. Yoona ikut arahan. Dan Jimin terus baling ais blok itu ke siling. Pecah berkecai siling itu sudah pasti. Yoona hampir melompat gembira.

"Okay! Palli!" Yoona terus naik ke atas diikuti Jimin. Mata Jimin dan Yoona membulat lihat timbunan duit tersusun di tepi.

"Huh. Ni kerja kau Taeyong? Seludup ais. Tak guna!" Jimin mengeluh.

"Dah lah jom." Jimin berjalan mencari pintu keluar. Dia tersenyum kerana tidak sampai dua minit mencari, dia sudah nampak sebuah pintu.

To Be Continue

First of all, i'm so sorry for a very very long hiatus. 😥
Memandangkan dah akhir tahun so i'm so busy with majlis akhir tahun such like AAA, MGA, MMA, MAMA KOREA, MAMA JAPAN, MAMA HONG KONG. Kena vote and more. Must fokus dekat my fav at all.
Dont worry guys, sebab cerita ni dah nak sampai ke penghujung. Thanks kepada semua yang masih setia dkt ff ni. Sayang korang muah. By the way, still x boleh move on dgn Anpanman yg Bts perform dkt MAMA JAPAN. Homai😰 Tak expect langsung! Ok bye!

Prince of CharismaWhere stories live. Discover now